Pencarian Bloglist December 2013

Assalamualaikum..

Sempena dah masuk bulan December, bulan terakhir bagi tahun 2013. Yuyu nak buat segmen sikit iaitu "Pencarian Bloglist December" untuk blog yuyu. Macam dah lama tak buat segmen, tu yang gatal nak buat. jangan risau dan jangan takut, terma dan syarat tak susah pon. senang aja. harap ada yang sudi join..




Tengok bawah ni:-
- tak perlu follow blog .. (kalau nak follow pon blh.. dialu-alukan)
- tak perlu like apa2..
- tak perlu buat entry apa2..
- hanya tinggalkan URL BLOG anda diruangan komen dibawah.
- then, yuyu akan terus letak u all dlm blog list December yuyu
- masukkan jugak url blog yuyu dalam blog list anda. (win-win situation)

Senang kan?? so, apa lagi.. jom lah join..

Segmen ni akan tamat pada jam 
10.00 malam esok (Khamis 5/12/13)

** note: hanya url blog shj dibenarkan, bukan url entry.. 


Set Supplement Idaman Hati!!

Assalamualaikum..

Dulu-dulu tak pernah amek kisah langsung pasal supplement ni. Bagus ke makan supplement ni?? Penting sgt ke?? Tengok sama je semua. Tak de beza pon..  Haaa.. kau.. Eksen betol gituh.. Sebab dari dulu yuyu memang buta huruf pasal supplement2 ni. 

Baru sekarang ni terkedek-kedek search sana sini.. goggle sana.. goggle sini cari supplement yang bagus. Entah kenapa bila research pasal shaklee supplement product, terus berkenan. Jadi, usaha usha-mengusha si suami pon bermula.. Pelan-pelan explain kat suami.. Terangkan satu-persatu. Pada mulanya, suami yuyu memang tak setuju yuyu nak ambil shaklee. Dia tak yakin yang yuyu boleh discipline nanti bila dah amik supplement shaklee. Hahahaa cam tau2 je..

Tapi tu, last-last alhamdulillah suami bagi jugak green light. haaa.. apa lagi, yuyu pon order lah cepat-cepat kan. Tak sabar nak mencuba.. 



Alhamdulillah, sampai jugak akhirnya.. Set yang yuyu ambik ialah Set Kesuburan untuk Suami & Isteri. Bulan 9 yang lepas kan yuyu baru lepas keguguran. So, ramai suggest untuk ambik set kesuburan ni. Complete untuk suami & isteri.  Hari ini, baru masuk 2 hari percubaan. So far, minum susu ESP Shaklee ni memang sedaaaaappp gilaa.. Sangat sedappp.. Suami pon suka.. Happy bila tekak ni dapat menerima, jadi tak rugi lah beli kan.. huhu.. 

OK lah, tak nak cerita panjang-panjang sebab masih dalam tempoh percubaan.. After 1 or 2 month nanti yuyu share resultnya ok.. Insyaallah, kita hanya mampu usaha & merancang.. Allah yang tentukan segala-galanya.. Doakan yang terbaik untuk yuyu dan suami.. 

Byeee!!!

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol