Part 3 : Wedding Reception @ Pasir Gudang,Johor

Assalamualaikum..

Kali ni yuyu nak imbas kembali saat manis wedding reception yuyu dan suami. Yuyu tahu, sepatutunya entry ni dah dipublish 6 bulan yang lepas. tapi, baru hari ni dapat dipublish. Sorry sangat-sangat. Hari ni baru sempat siapkan entry yang sangat panjang untuk majlis resepsi ni. Harap masih ada yang sudi singgah-singgah dan jugak tak bosan dengan blog sepi ni. 


Oklah.. nak dijadikan cerita. Majlis reception ni berlangsung pada Hari Ahad, 27 Januari 2013. Majlis dibuat dirumah pengantin perempuan dan bermula seawal jam 8 pagi macam tu. Sebabnya ada berzanji dari kumpulan makcik yuyu. Jadi, sudah tentulah pagi-pagi yuyu dah bangun, mandi dan siap-siap untuk sambut tetamu sebab mak awal-awal dah pesan waktu orang berzanji yuyu kena ada kat situ. :) Tapi, gambar waktu ni tak ada sebab yuyu terlupa untuk inform OP yang pagi tu ada berzanji. Hurmm salah diri sendiri. 

Selamat Datang ke Majlis Perkahwinan Yuliana & Zahamanshah.

Lepas kumpulan orang berzanji habis, masa tu MUA pon dah datang dan jam dah menunjukkan jam 11 pagi. So, yuyu pon cepat-cepat naik atas ready untuk makeup. 

Makeup Session...

Sesi makeup ni ambil masa dalam 2 jam lebih jugak untuk siap. Disebabkan lama, yuyu request untuk makeup baring sebab kalau duduk, boleh tepu punggung ni. Seperti biasa, makeup pon yuyu request nak yang smooth, simple dan pinkish-pinkish sikit. :)

Wajah selepas di beri sentuhan ajaib. :)


...........................................................................................................


Dress by NR Bridal
Photographer by Ezan Hamzah Pictures
Videographer by  Photophysic Production

Ramai orang tegur yang dress sanding yuyu sama macam Irine Nadia. :) Tersenyum sendiri bila ada orang tegur macam tu. Actually, memang dah lama yuyu mencari dress yang boleh matchingkan dengan something yang boleh ganti Veil dengan benda lain. Sebab yuyu tak nak tiga-tiga majlis asyik pakai Veil je. So, nak tukar kepada benda lain. Then. bila ternampak dress yang Irine Nadia pakai waktu sanding dia. memang jatuh hati sangat!. Berkenan sangat kat hati ni. Jadi, yuyu request kat bridal untuk buat dress macam ni, tapi not 100% sama macam dress yang Irine punya. Yuyu tukar pada colour, design yang bahagian bawah dan jugak accessories. Bukan niat nak ciplak, tapi memang dah berkenan kat hati sangat. Hukhuk..

Alhamdulillah, hasil dressnya seperti yang korang semua tengok kat gambar atas tuh. Gambar tu curik sikit kat outdoor session sebab ni je yang ada full dress. Haa.. untuk outdoor shoot next entry k. 

Untuk outfit suami pulak , kami decide untuk suami pakai Tuxedo. Nasib baik si suami ni tak kisah dan setuju je dengan apa yang yuyu decide.. hehehe.. sayang suami saya.. :)


My Flower Girls...
Sebelum tu, dah bagitau siap-siap dekat dua budak cilik ni untuk jadi yuyu punya flower girls. Siap buat baju sama-sama lagi.. Tapi, bila dah sampai waktu nak sanding.. Tiba-tiba lenyap entah kemana.. Seronok main ler tu..

Front View dari pintu gerbang..



Design for Guest Book boleh tengok kat entry ni DIY Guest Book
..........................................................................................................................

Pengantin perempuan sedang menunggu kehadiran si pengantin lelaki.

Kalau diikutkan, tentitif dalam kad kahwin pengantin lelaki tiba pada jam 2.30 petang. Tapi, masa ni, yuyu siap makeup semua lebih awal dari  yang dijangka. Jadi, ayah suruh pihak pengantin lelaki gerak je awal. Lagipun, homestay suami belakang rumah je. Hehehe..

Suami dalam perjalanan untuk bertemu dengan si isteri.. Heeee..

Kedengaran lah bunyi kompang (pang pang kopang kopang... lalala..) mengiringi keluarga suami.. Masa ni, yuyu dok kelam kabut turun bawah siap2 nak duduk kat pelamin. huehue.. yolah.. nak jumpa suami kan..


Ok.. terserlah lah wajah kegedikan yuyu waktu ni. haish.. rasa menyampah pulak tengok muka sendiri yang mengada-ngada..


Sesi tol sedang dijalankan.. Hehe.. entah berapa lah suami kena pau ye.. tak pe.. yang penting dapat jumpa isteri. hiikkk...


Haaa... ni kena pau dengan mak andam pulak.. keh keh.. entah kenapa pengapit lelaki macam over je dari pengantin lelaki.. tak pe suamiku.. sekali seumur hidup lalui saat-saat ni.. enjoy it..



 ~  Us.. Husband & Wife.. ~


Majlis diteruskan dengan sesi bacaan doa. Kemudian, diteruskan dengan pencak silat. Nak jujur boleh tak?? waktu ni memang sangat sakit badan dengan pinggang sebab kena duduk mendada dan tegak. tak boleh bongkok. Lepas tu, pencak silat tu lama sangat, muka ni memang kena senyum  je walaupun badan dah lenguh ni sakit. Allah je yang tahu.. tapi, cara untuk yuyu hilangkan rasa sakit badan ni.. Pandang muka suami sambil senyum.. Ngeh.. ngeh...


 Bergaya tak pokcik-pokcik ni semua bersilat.. Thumbs up!!

Selesai je pencak silat, majlis diteruskan dengan sesi mengambil gambar bersama ahli keluarga, adik-beradik, saudara-mara dan kawan-kawan. Dah tak de dah sesi merenjis sebabnya dah dibuat masa malam berinai.


Suami, yuyu, mak, ayah, ibu mertua & bapa mertua. 
Part of my life.


Sesi makan beradap pulak. Waktu ni, perut yuyu memang lapar sangat tapi, tak dapat makan sepuas-puasnya kat situ. Sayangnya tengok makanan yang banyak-banyak atas meja tu. 






Wedding Cake by Loyang Kuih

Highly recomended to try dan cuba sendiri dia punya kek, cupcake, coklat dan sebagainya. Memang terbaik. Dah lah sedap, cantik-cantik design yang dia buat, murah pulak tu. Dan yuyu sangat puas hati dengan design yang dia buat kan untuk wedding cake yuyu. Simple but nice..

Lagi sekali nak cakap.. " I Love u Husband!"

.........................................................................................................................

Outdoor Session

Selesai je majlis, dan tetamu pon dah mula berkurangan. So, cepat-cepat yuyu dan suami decide untuk pergi ke lokasi untuk outdoor. Lagipon, photographer & videographer dah cakap kalau boleh jangan lambat sangat sampai kat sana sebab kita nak shoot lama sikit dan nak shoot waktu matahari terbenam. woww.. interesting!!!


Lokasi untuk outdoor pulak disuggestkan oleh abang videographer. Nama tempatnya ialah Christine Golf Resort. Tempat dia memang cantik dan sangat exclusive. 






Limited possing dari yuyu. Cheewaahh..

Paling suka gambar ni, gambar ni diambil masa matahari tengah terbenam. 
Cuaca yang sangat indah dan cantik! Terasa macam tengah buat filem. ahakss!

....................................................................................................................

Last but  not least, sempurnalah ketiga-tiga majlis (nikah, malam berinai dan resepsi) yang telah berlangsung selama tiga hari berturut-turut. Alhamdulillah, Allah berikan kekuatan dan hilangkan rasa kepenatan untuk yuyu dan suami. Dan sempurna jugalah love story yuyu dan suami. Daripada yuyu bujang, bertunang sampai lah yuyu bergelar seorang isteri, dan insyaallah bergelar seorang ibu juga. Alhamdulillah.. Terlalu banyak kenangan pahit dan manis yang telah dilalui namun, sedikit demi sedikit mampu yuyu tangani. 

Apa yang yuyu harapkan, entry-entry yuyu men-DIY segala persiapan perkahwinan, dan juga entry ketiga-tiga majlis ni dapat memberikan sedikit manfaat dan juga idea bagi bakal-bakal pengantin diluar sana. Jangan lah pula disalah anggap. :) 

Akhir sekali, yuyu ingin ucapkan ribuan terima kasih pada, kedua ibu & ayah yuyu, ibu mertua & ayah mertua, adik beradik, saudara-mara yang membantu dalam preparation perkahwinan sehingga berjalan dengan lancar sekali. Terima kasih juga kepada kawan-kawan yang sudi hadir ketiga-tiga majlis yuyu. Hanya doa kalian semua yang yuyu harapkan. 
Lasly, thanks sebab sudi baca entry yang panjang gila kebebeyh nih. Hope u all enjoy it!!
Love u all.. peace!!
Sedikit perkongsian untuk semua..
Sabda Rasullullah S.A.W :
"Tiga perkara yang jangan dilambat-lambatkan, iaitu solat apabila telah masuk waktunya. Jenazah apabila telah siap (urusan mandi dan kafan) dan anak-anak gadis setelah ditemuinya yang sesuai untukknya."  -Riwayat  At-Tarmizi-




8 ulasan:

Sya Mimie berkata...

cantiknya awak yuyu.. cantik sangat2.. :)
sama cantik sama padan.. :)
tahniah..
lama tak terjah sini..

Budakkacamata berkata...

wah superb lah majlis.cantiknya pengantin perempuan. by the way tahniah!

Fienazzuki berkata...

yuyu!!!
Cantik sangat!!!!
Suka suka!!!

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum yuyu, dah lama sheila tunggu yuyu review wedding! heeee bestnyaa, yuyu nampak manis dan sweet sangat in wedding dress! heeeeeeeeeeeeeeeeee :)

hainom OKje berkata...

Cantik!...
Ooo masih ada lagi org nak bersilat yeh Yuyu

Liza Razak berkata...

cantiknya sis..suka tgk wedding dress sis :)

nadya shaf berkata...

canteknya kak.
semua nya cantek. pink !

Am_Mir berkata...

Wahhh! sukalahhh! >.<
comel + cantiknya akak yuyu!!! Senyum je Mira tengok! >.<
Tak terlambat lagi kan utk ucap Selamat Pengantin Baru. hee .
Semoga bahagia dan kekal hingga ke Jannah! Aaminn ... -^^-

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol