Walimatul Urus Yuliana & Mohamed Zahamanshah


Assalamualaikum.. J

Tengok pada tajuk entry je pon semua dah boleh agak kan apa yang yuyu nak bagitahu ni. Pluss dengan entry-entry sebelum ni tentang preparation yuyu sebagai bakal-bakal pengantin.. Ihikss! Alhamdulillah, buat masa ni segala urusan yang penting dah pon disettlekan. Just tinggal yang kecik-kecik je. Hope hujung bulan ni dapat settlekan semuanya supaya nanti tak kelam kabut. J

Semalam yuyu baru settlekan untuk borang nikah. Dapatkan cop kebenaran nikah daripada pendaftar nikah, cerai dan rujuk. Kalau ditanya, terus terang memang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran dalam menguruskan borang-borang nikah. Tapi, ini juga akan menjadi pengalaman yang manis sebab berlaku hanya sekali saja seumur hidup.

Alhamdulillah, permohonan diluluskan dan kami berdua dibenarkan nikah.

Sangat lega bila urusan penting ni dah settle. Just tinggal nak bagi dokumen ni pada imam/tok kadi yang akan nikahkan yuyu nanti. Pape pon doakan semuanya berjalan dengan lancar. J

Nak dipendekkan cerita, perkenalan antara yuyu dan tunang ialah sewaktu yuyu baru je habis SPM. Yuyu decide untuk kerja part time before continue study. Yuyu kenal tunang pon sebab kedai yuyu dan dia bersebelahan. Ermmm yuyu bekerja sebagai salesgirl dan dia pulak manager kat pasaraya Hwa Thai. Itupun kawan sekerja yuyu yang kenalkan kitorang berdua. Masing-masing tak berani nak tegur sapa.

Bermulalah sesi mengenal hati budi masing-masing. Mengenal latar belakang keluarga masing-masing. Tapi, masa tu tak declaire apa-apa pun sebab status hanya lah berkawan. Dan betul selepas 4 bulan, yuyu behenti kerja disebabkan menyambung pelajaran dalam diploma. Masa tu jugak, yuyu dengan tunang lost contact. Lebih setahun jugak lah tak pernah jumpa dia, tak pernah contact. Tapi, Allah Maha mengetahui dan Dia telah merancang perjalanan hidup hambanya.. Yuyu dan tunang berjumpa balik. Masa tu macam percaya tak percaya je. Betul lah kata orang-orang tua. Kalau dah jodoh takkan kemana. Meski berpisah selama bertahun-tahun sekalipun tetap jumpa jugak. J Kuasa Allah!!

STEP 1
Pada 12 Februari 2012, Alhamdulillah, diatas persetujuan kedua-dua pihak keluarga. Kami telah mengikat tali pertunangan selama setahun setengah. Kalau diikutkan, pihak lelaki hanya nak setahun sahaja. Tetapi, yuyu dan keluarga mintak setahun setengah disebabkan waktu tu yuyu baru sahaja habis study. Actually, tunang yuyu tu dah lama lamar yuyu dan ajak untuk bertunang, tapi yuyu menolak dengan cara baik sebabnya komitmen terhadap pelajaran. Ayah pon tak bagi, ayah cakap habiskan dulu belajar baru tunang. Heheh Ok ayah!

Dan syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah!!

STEP 2
Siapa sangka diusia muda, ketika kawan-kawan masih sambung belajar, mengejar cita-cita ke menara gading. Yuyu membuat keputusan untuk berkahwin. J Alhamdulillah, sampai sekarang yuyu tak pernah menyesal dengan keputusan yuyu untuk berkahwin diusia muda. Walaupun pada awalnya, ayah pernah cakap yang sepatutnya yuyu masih sambung belajar dan tak perlu untuk berkahwin awal. Tapi, Allah Maha Mendengar! Lama kelamaan ayah setuju dengan keputusan yuyu ni. Yuyu yakin, Allah akan sentiasa bantu hambanya yang sentiasa berusaha dijalan yang diredhanya.

Hari berganti hari, waktu terus berlalu, hujung bulan ni genap 10 bulan yuyu tunang. Sekejap rasanya.. Beberapa bulan yang lepas, kedua-dua belah keluarga telah pon berbincang untuk menentukan tarikh keramat untuk kami berdua. Ihiks! Perancangan yang telah dipersetujui adalah bulan 3 tahun depan. Tak lama lepas tu, mak yuyu cakap tak boleh nak buat bulan 3 sebabnya, masa bulan 3 tu berderet sedara yuyu semua nak kahwin jadi, ditukar kepada bulan 2. Huhu makin awal nampaknya yer.. Tapi, masa tu belum tentukan lagi tarikh untuk nikah semua sebab keluarga yuyu dari kakak kawen ayah memang akan carik tarikh yang baik dan sesuai untuk majlis nikah. Sampai lah ke turn yuyu ni.

Oleh disebabkan bercadang untuk nikah awal tahun depan, jadi masa tu calendar hijrah tahun 2013 belum keluar lagi. So, memang kena tunggu diantara bulan 11 atau bulan 12 ni untuk dapatkan calendar hijrah tu. Sobs Sobs!! Dan.. dalam akhir bulan 11 yang lepas baru dapat tahu tarikh yang sesuai untuk nikah nanti.

Inilah kad jemputan untuk majlis yuyu nanti. Insyaallah akan diedarkan dalam masa 2 minggu lagi. J

Yuyu sertakan sekali peta majlis untuk kerumah yuyu. 

Dikesempatan ini, yuyu dan tunang menjemput semua bloggers dan juga readers yang mengenali yuyu untuk hadir ke Majlis Perkahwinan kami.

Insyaallah, yuyu akan bernikah pada hari Jumaat 25 Januari 2013, kemungkinan Majlis Nikah akan berlangsung pada sebelah petang selepas waktu solat zohor bagi memberi ruang untuk kaum adam menunaikan solat jumaat.

Pada hari esok Sabtu 26 Januari 2013 akan berlangsung Majlis Malam Berinai. Majlis ini akan diadakan pada sebelah malam dan mungkin selepas isyak sebab ada marhaban sekali.

Majlis Resepsi pula akan berlangsung pada hari Ahad 27 Januari 2013. Majlis seperti biasa bermula jam 11 pagi hinggalah jam 5 petang. Waktu bersanding yuyu pada jam 2.00 petang. Jadi, pastikan jangan ketinggalan untuk tengok yuyu bersanding.. Huehuehue..

Ketiga-tiga majlis tersebut akan diadakan di Teratak Mahligai yuyu di No 14, Jalan Duku 18, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. Jadi, kepada orang johor tu, sudi-sudikan lah ye untuk hadir ke majlis yuyu. Yuyu teringin ada blogger yang sudi dating majlis yuyu. Nak sangat jumpa korang depan mata. (^_*)

Hurmmm bulan depan dah nak kawen dah. Bulan depan status dah berubah dah.. Bulan depan dah hidup berdua dah.. Rasa macam tak percaya pulak. Sebelum ni, dok asyik tengok majlis kawen orang lain je. Tengok kad kahwin orang lain je. Sekarang, depan mata tengok kad kahwin sendiri. Dalam hati, betul ke aku nak kahwin bulan depan?? urmmm..

Doakan semua urusan berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.. 

Note: boleh add yuyu di fb (Yuliana Wahit) kalau ada yang nak special invite dari yuyu. 


Kahwin Muda?? Relevan atau tidak!

Assalamualaikum.. :)

Korang perasan tak yang zaman sekarang ni dah berputar balik ke zaman nenek, moyang, mak, bapak kita?? Haah, banyak sangat benda dah jadi macam dulu-dulu.. Contohnya macam trend pakaian, tudung.. apa lagi?? haaa lagi-lagi sekarang ni, dah ramai yang kawen muda... eh, kawen diusia muda. Macam yuyu. Yuyu lah salah satunya calon berkahwin diusia muda.. :) 


Korang rasa bagus atau tidak berkahwin diusia muda??

Dari yuyu start baligh lagi yuyu dah berazam dalam diri yang yuyu nak berkahwin pada usia 25 tahun. Tak nak kahwin awal-awal dan tak nak kahwin lambat-lambat. Tengah-tengah. Yuyu nak belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD, then yuyu nak carik duit, nak keje dulu. Beli rumah, beli kereta baru fikir nak kahwin. Wahhh, tinggi sungguh cita-cita dan angan-angan yuyu ni. tapi, tak salahkan kalau ada angan-angan.. 

Masa sekolah, yuyu takot nak kawen muda-muda sebab nanti orang cakap yuyu gatal nak kahwin. Tapi yuyu pon tak nak kahwin lambat-lambat sebab tak nak kena panggil andartu (anak dara tua). Advance tak yuyu, muda-muda dah fikir pasal masa depan. Huehuehue..

Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Planning yuyu dari kecik rupanya Allah dah planning dulu sebelum yuyu lahir.. Allah dah tetapkan yuyu belajar sampai mana, yuyu kawen bila, jodoh yuyu ngan siapa, yuyu dapat suami macam mana.. Dari A-Z Allah dah tentukan. 

Dalam Islam, tak perlu fikir tentang apa orang nak cakap tentang kita. Sebab, orang akan bercakap selagi hayat masih dikandung badan. Lagi-lagi bab kawen, lagi lah orang bercakap.. Eh, anak si polan tu baru lepas SPM.. belum sampai 20 tahun pon umur tapi dah kawen. Gatal betul! Boleh tak kalau yuyu cakap orang-orang sebegini adalah orang yang cetek akal pemikirannya?? :)

Allah dah tentukan si dia kawen awal, siapa kita nak persoalkan?? Yuyu ingat masa kat sekolah ustazah ada  bagi tazkirah tentang hukum berkahwin. Wajib berkahwin jika seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin, tidak berniat untuk menganiayai isterinya dan juga dia yakin jika tidak berkahwin akan terdorong dalam melakukan maksiat.Berpegang pada hukum Allah..  Yuyu yakin, kehidupan dan rezeki selepas berkahwin mesti berbeza. Insyaallah, Allah akan bantu kita. 

Apa pendapat korang?? 


HB Nikah & Resepsi

Assalamualaikum :)

Kembali mood-mood happy nak kahwin ni.. Before-before ni, banyak entry2 yuyu post pasal HB yang yuyu buat utk kawan-kawan dan juga customer.. Haaa kali ni nak post entry untuk HB diri sendiri pulak.. Weee.... 

Ini HB nikah yuyu.. Material from Fabric. Disebabkan untuk nikah theme colour adalah putih so, yuyu decide for my hb ni urmm rainbow colour. Nak buat selain dari warna pink.. (erkk tp ada jugak terselit pink colour kat situ.. ihik..)

Hand Bouquet untuk Majlis Nikah.

...........................................................................................................


Ni pulak HB resepsi yuyu. Untuk majlis resepsi, yuyu memang nak kan HB dari material Felt. sebab comel!! cute!! Theme colour for my reception nanti ialah White, Pink & Turqoise Green.. So, pink colour haruslah ada.. :)




What do you think??? OK tak...

My Convocation Day!

Assalamualaikum :)

Sepatutnya entry ni dah publish minggu lepas lepas lepas lepas nya lagi.. cerita yang dah hampir  sebulan berlalu baru nak dipublish kat orang. Huehuehue.. Kira halal ye dok??

Alhamdulillah, bertarikh 9 Disember 2012. Yuyu telah bergelar seorang graduan yang sah! Chewah.. ayat nak megah gitu. Pengorbanan, kesungguhan, kerja keras selama dua tahun setengah tu akhirnya berbaloi bila yuyu menerima segulung diploma dalam bidang perakaunan. 

Serious!! Hari tu adalah hari yang sangat bahagia untuk yuyu sebab dapat jugak membuktikan pada kedua ibu dan ayah yuyu yang anaknya ni boleh berjaya sampai dapat diploma. Macam-macam pahit manis yang dilalui sepanjang 2 tahun setengah tu.. Alhamdulillah I got it!! Walaupun dari sem 1 sampai sem 5 yuyu tak dpt berikan result yang membanggakan untuk diorang.. Tapi, yuyu tebus masa praktikal (LI).. Alhamdulillah, yuyu dpt 4 flat for LI result.. Allah Maha Adil dan Maha Merancang..

Eh, jom lah kita layan je gambar-gambar sekitar majlis konvokesyen berlangsung..

This is my suite for konvo.. Hurmm.. rasa megah sangat dapat pakai baju ni.. Ihik!

Saya Yuliana Wahit adalah seorang graduan yang comel!

My best best best n best friends forever!! 

Love u more guys!! Lepas ni masing2 dah kawen susah nak lepak sesame ag.. 

This is my classmates! We all are students of Diploma In Accounting..

All photos from #Instagram.. Do follow me @yulianawahit..

Love both of you mom and dad!! Mom bagi present flowers for me. Masa ni, sedih sangat sebab mom n dad peluk yuyu and they say thank you for me sebab bagi diorang hadiah diploma ni. Oh no!.. air mata memang mencurah-curah tak boleh nak berhenti. Thanks a lot sebab melahirkan, membesarkan, menjaga anak dara yang nakal ni sampai berjaya sekarang ni. Hurmm dah nak kawen dah.. Insyaallah akan ku kenang jasa mom n dad.. Love u!!

Mesti korang pelik nape gambar sikit sangat.. Hurmm memang sikit pon, sebab pagi tu, masa majlis dah mula tiba-tiba yuyu dapat text dari tunang yang dia accident! Oh my god.. masa tu jantung ni, terus dup dap2 laju-laju.. tak tau nak cakap apa. macam nak nangis kat situ jugak! tapi terpaksa tahan. So, satu hari tu memang tak de mood sangat! Mendiamkan diri je. Berharap majlis konvo ni habis cepat.

Alhamdulillah, majlis habis dalam tengah hari, cepat2 gi makan, gi settle kan pemulangan jubah dan yang lain2. Then, teros ajak parents balik sebab nak pergi tengok keadaan tunang. Hurmm.. Nak menangis rasa bila tengok keadaan dia yang sangat terok. Tak tau nak cakap apa.. Mampu beristighfar je dalam hati. Sesungguhnya Allah Maha Adil.. Dikala Dia memberi kegembiraan dalam hidup kita, Dia jugak memberi kedukaan dalam hidup kita supaya kita tak leka dan alpa dengan-Nya.. Ya.. Aku redha dengan semua dugaan dan ujian mu.. 

Korang, tolong doakan tunang yuyu semoga cepat sembuh dan boleh berjalan lagi k.. Terima Kasih.. :)

Pencarian Bloglist December blog Yuyu

Assalamualaikum..

Malam ni yuyu nak buat segmen. Segmen simple sesimply siti.. Hahaha.. Pencarian Bloglist December untuk blog yuyu. Macam dah lama tak buat segmen, tu yang gatal nak buat. jangan risau dan jangan takut, terma dan syarat tak susah pon. senang aja. harap ada yang sudi join.. 

Tengok bawah ni:-
- tak perlu follow blog .. (kalau nak follow pon blh.. dialu-alukan)
- tak perlu like apa2..
- tak perlu buat entry apa2..
- hanya tinggalkan URL BLOG anda diruangan komen dibawah.
- then, yuyu akan terus letak u all dlm blog list December yuyu

Senang kan?? so, apa lagi.. jom lah join..

Segmen ni akan tamat pada jam 
10.00 malam esok (Khamis 6/12/12)

** note: hanya url blog shj dibenarkan, bukan url entry.. 

DIY Guest Book

Assalamualaikum. :)

Since last week terpikir bila lah nak start DIY guest book ni. Haishh tak menyempat langsung.. Sibuk menyiapkan HB order dari customer, dari kawan sendiri jugak yang nak kahwin this December. Membusy kan diri untuk orang lain, sampai untuk diri sendiri tak menyempat. Huehuehue.. Alhamdulillah tadi baru siap buat guest book untuk tetamu nak conteng-conteng for my big day nanti. :)

Before tu, pernah terniat nak order je ngan orang untuk guest book ni, sebab badan ni tak mengizinkan untuk mencuri-curi masa buat guest book. dengan this week my konvokesyen day lagi.. tapi, kecewa sangat sebab harganya sangat MAHAL!!! price start from RM90 and above. Memang yuyu fikir 100 kali sama ada nak order atau tak.. sangat tidak berbaloi habiskan beratus2 ringgit semata-mata untuk guest book. Start dari tu, tak kira!! yuyu nak DIY sendiri jugak untuk guest book ni. Apa cara sekalipun..

Yuyu baru teringat yang ada lebihan kain putih (masa buat veil nikah), pearl beads size besar dan kecik, dan lebihan lace. So, yuyu pon keluar lah untuk cari additional items for guest book. Tak nak lah nampak simple sangat. 


Firstly, yuyu beli kertas lukisan untuk dijadikan buku. Yuyu beli dalam 4 pcs, 1 pcs ada 16 keping kertas. Yuyu gabungkan semuanya dan cover depan dengan belakang tu yuyu guna kertas keras yang bahagian belakang kertas lukisan tuh. Jimat dan tak payah beli had cover yang keras lagi. Then, yuyu stapler dibahagian tepi kiri dan binding tape macam buat assignment gitu. hehe, total semuanya ialah RM11.50. 

Lepas tuh, yuyu beli span nipis untuk digamkan dibahagian cover depan dengan belakang, supaya bila pegang buku lembut je dek effects span tuh. Like!  Kemudian, yuyu sampul buku tu dengan kain lebihan masa buat veil tu. Macam sampul buku teks.. :) Tapi, pastikan kain tu ditarik sedikit supaya nanti rata, kemas dan tak berkedut.


Nampak tak effects span kat situ?? :)

Jadi, bermula lah sesi mendesign guest book nih. Tonggeng sana.. Tonggeng sini.. Pusing sana.. Pusing sini.. 

Dan hasilnya!!! TARAAA!!!





(Front & Rear view)

Cantik tak?? Exclusive tak?? nampak macam mahal tak?? Hehhehe.. Yuyu tampal lebihan lace, kemudian yuyu tampalkan pearl beads size 8mm & 6mm (pink & putih total RM8.00)  kat atas lace dan jugak di semua permukaan cover tu nampak macam bersepah2 sikit dan yuyu letak gambar yuyu dan tunang yang dikelilingi oleh bulu-bulu (1/2 meter RM1.50) comel tuh. Yuyu letak reben transparent di bahagian tepi kiri tu  supaya tak nampak kosong sangat dan yuyu tampal kan reben pink plain (RM6.50) tu untuk mudah diikat dibahagian hujungnya. Total kos DIY guest book ni adalah RM29.50 sahaja. Murah kan?? daripada tempah kat orang sampai beratus-ratus ringgit sangat membazir. 

Alhamdulillah, berkat usaha dan rajin dapat yuyu siapkan guest book yuyu sendiri. Biarlah tak semahal mana pon macam orang lain yang penting hasil titik peluh sendiri terasa berharganya. Siapa kata tak boleh berjimat?? yang penting rajin je.. Semuanya boleh!! Yeayyy!!

See u next entry.. Bye!

Next DIY Project!

Assalamualaikum :)


TEASER!!

cer teka.. cer teka next project ni??

Bye!!



Sayeshukepink Dot Com in REMAJA NOVEMBER 2012

Assalamualaikum.. :)

Really?? macam percaya tak percaya.. macam ye tak ye.. macam mimpi pon ada.. dah sepak menampor banyak kali pipi ni ..owhh.. ini kenyataan.. :P

Pagi-pagi dah dikejutkan dengan news ni.. yuyu dapat tau dari rakan blogger jugak.. 

Apa lagi.. terus call tunang mintak tolong dia belikan magazine Remaja. dapat je terus belek2 cari betul ke blog aku ni masuk REMAJA.. still cam caya tak caya lagi nih!


COVER : HERO REMAJA
EDISI NOVEMBER 2012



Ihik!! senyum sampai ketelinga bila baca ni.. "COMEL SI YULIANA WAHIT" yeahh.. memang comel sangat-sangat.. Entry yang dipaparkan pulak adalah entry pasal Diy Veil Nikah tu.. Uii.. siap ada markah lagi tuh.. hehe.. tak pelah.. walaupun hanya dpt 3.5/5.. tapi, bersyukur!!! 

Thank you pada REMAJA sebab sudi selitkan blog naif ni dalam ruangan blogspot. Tahniah jugak pada 3 blogger yang bertuah direview jugak dalam ruangan blogspot. Jom kita terjah diorang jugak!! sini..sini.. evangelistanil.blogspot.comhairul-hasraf.blogspot.comlisaafha.blogspot.com

Eh..eh..eh.. korang dah beli belom?? haaa.. cepat gi beli.. hehehe..
REMAJA EDISI NOVEMBER 2012!!

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol