PART 2 : Malam Berinai

Assalamualaikum..

Entry nikah sudah, sekarang jom feeling untuk entry malam berinai pulak. Huehuehue. Majlis Malam Berinai ni diadakan di rumah belah perempuan iaitu rumah yuyu. Memang dah adat bagi family yuyu dari siblings yang first sampai lah yang last ni (yuyu ler tuh) akan buat majlis malam berinai.



Majlis bermula lebih kurang jam 8.30 malam selepas waktu isyak. Di mulakan dengan bacaan doa, berzanji dan selawat. Muda-mudahan majlis malam ni berjalan dengan lancar dan diberkati Allah S.W.T. Aminn.. Sementara para tetamu sedang sibuk dibawah, yuyu pon bersiap-siap untuk dimakeup.




Decoration Pelamin & Makeup by Nurul Bridal

Suka sangat dengan decorations pelamin ni. Love it so much!! Untuk pengetahuan semua, pelamin ni adalah 100% design by yuyu. Yuyu survay internet sikit-sikit dan yuyu design sendiri. Main theme nya adalah Sakura & Garden. Yuyu nak pelamin berkonsepkan taman dan dipenuhi dengan bunga SAKURA!! Nak feeling ala-ala kat korean macam tuh. Hehe.. Dan hasilnya... Alhamdulillah.. Seperti yang diri sendiri inginkan. Thanks to Kak Nor sebab merealisasikan untuk dapat pelamin impian macam ni. Yuyu bagi 100 markah untuk akak! Hehehe.. Untuk bride to be yang masih mencari bridal dan pelamin decorations. Highly recomanded to this bridal. For me, sangat puas hati. :)

Untuk majlis malam berinai ni, yuyu request pada MUA nak makeup yang sangat simple. Tak nak terlalu tebal. Takot nanti macam opera cina sudah. :) Yang penting nampak smooth, simple dan cantiks!


Posing skit depan cermin sambil tunggu si pengantin lelaki datang. Maafkan keobsesan si pengantin ni.. Rock lah konon. Nasib baik still nampak cute lagi. Hoho..

Actually, yuyu decide untuk pakai 2 set persalinan untuk malam berinai ni. Dan gambar kat atas tu adalah persalinan pertama yang yuyu pakai. Masa first time nampak dress ni kat butik terus jatuh cinta sangat-sangat dengan dress ni sebab simple dan fully patch lace with pearls. Oh i love pearls!!! Memang cantik sangat! Terus cakap dengan suami nak pakai dress ni untuk malam berinai. Nasib baik lah suami tak kisah.
Love u oppa!


Masa yang ditunggu dah tiba.. Rasa berdebar sangat sebab nak berhadapan dengan semua orang.

Berarak ke pelamin.. Waktu ni rasa segan sangat sebab kena berhadapan dengan semua orang. 
Malu.. :) Tapi, sedaya upapa sorokkan muka malu tu. 


"Senyum tak perlu kata apa-apa"



Sesi renjis-merenjis berlangsung dan juga sesi ambil gambar dengan keluarga dan jugak sedara-mara. 

Full view dress yang yuyu pakai waktu ni..

:)

Lepas sesi merenjis dan bergambar dengan ahli keluarga siap. Yuyu dengan suami pon bergegas untuk tukar persalinan yang kedua pulak. Sedar tak sedar jam dah menunjukkan dekat 11 malam waktu tu. Tu yang jadi kelam kabut kejap sebabnya risau dekat tetamu malam tu dan (diri sendiri) penat untuk majlis esok harinya. Tapi, alhamdulillah.. semuanya dapat diatasi dengan tenang dan smooth..

Sangat suka dengan pic yang ni. Rasa macam dekat dalam hutan. hhehehe..
Suasana yang sangat cantik!!!

Persalinan untuk yang kedua pulak yuyu dan suami memilih theme tradisional. Tak nak sama dengan dress yang pertama tadi tuh. Jadi, kata sepakat telah ditentukan dan kami memilih "Songket". Dress pertama ala-ala modern style dan yang kedua baju songket. So, balance citarasa. :)



"I Love You Husband"


You and Me.. Forever... (*_^)

Amboi sayang.. tangan kat bawah tu.. macam lah kita tak nampak..

~Our Love Story~








Continue......

Stay Tune....

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol