Cip Cegah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebuah syarikat teknologi iaitu ABRA Corp Sdn Bhd telah melancarkan alat pengesan pergerakan pelajar yang diberi nama SchoolTrac. SchoolTrac ini berbentuk kad yang mengandungi cip dan akan disambungkan ke pusat data sekolah bagi memaklumkan guru dan juga penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau sms. 


Pengarah Projek ABRA Corp iaitu Mohd Shahril Mahmud (gambar diatas) mengatakan bahawa ibu bapa akan menerima SMS atau pun email daripada data pusat(sekolah) setiap kali pelajar memasuki dan keluar dari sekolah. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ini.. 
 SchoolTrac juga mencatat semua maklumat kehadiran setiap pelajar menerusi pancaran sistem pada produk berkenaan. Syarikat ABRA Corp Sdn Bhd sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac ini disemua sekolah di seluruh negara.. -BeritaHarian-

Bagus juga kan sistem ni. So, ibubapa sekarang tak perlu lah risau sangat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah.. Dengan adanya perkhidmatan sistem ni dapat membantu dan menyelesaikan sedikit kerisauan pada ibubapa sekarang. Kepada para pelajar, ada baiknya kalau korang pakai kad tuh supaya korang tak boleh bohong parents korang.. 

Agak-agak bila ya sistem SchoolTrac ni di lancarkan kesemua sekolah di Malaysia.. Hehehehe.... Devil face!! Jangan Maraahhh... Peace!


Segmen : Follow Blog Kamu!!!

Assalamualaikum..

Hari ini.. Yuyu tersangat lah rajin untuk join satu segmen.. iaitu Segmen: Saya Follow Blog Kamu!! Segmen ini dicreate oleh blogger Charlie.. Yuyu dah follow degara rules yang dia bagi..and of course i'm a malaysian blogger!! So, kat sini yuyu nak tag sape ekk?? yuyu nak tag http://mi2-bluebird.blogspot.com/..


Haaaa besar gedabak gila banner ni yuyu letak.. dan follower yuyu sekarang ada 1195 orang.. 
Pemenang akan dipilih seramai 3 orang top referral.. dan hadiahnya dalah contact lens.. best kan.. so, jom ramai-ramai join segmen ni.. klik sini SINI.. ok bye!!


Selamat Hari Kemerdekaan ke-55

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebagai mukaddimah untuk entry ini.. yuyu nak laungkan merdeka kuat-kuat boley?? hehehe 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Huh!! Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kita untuk merasai hari kemerdekaan negara kita yang ke-55 ni.. Dah 55 tahun dah merdeka kan.. Yuyu pon baru terkedek-kedek nak buat entry sempena merdeka ni. Orang lain semua buat entry tepat jam 12 malam tadi.. Muehehee..

Ada yang join perarakan kat dataran merdeka tak?? huhuhu.. mesti best kan.. yuyu just dapat tengok kat tv je.. Kalau boleh nak join jugak.. Nak rasa semangat kemerdekaan tuh. tapi, yuyu ni jauh kat selatan.. cane nak join..

Sebagai anak MALAYSIA , yuyu nak berterima kasih kepada pejuang dan pemimpin negara kita.. Kerana merekalah kita hidup dengan aman hari ini.. Shopping dengan aman tanpa dengar bunyi tembakan dan bom kebabom tuh.. Melantak kuih tart gulung sambil naip entry..(erkk aku lah tuh..) Keluar rumah tengok jiran-jiran main basikal, makcik-makcik sapu sampah, kanak-kanak bermain layang-layang.. Jelas terserlah kebebasan didalam negara kita kan.. (ok, bab keluar rumah memang aku tipu sangat-sangat..)

nampak tak muka merdeka kat atas tuh.. hehehe of course lah!!

Ok, actually yuyu mengambil masa selama 5 jam untuk membuat entry nih.. Entah kenapa pon yuyu tak tahu.. Tengok entry tak de pon sepanjang karangan wajib lebih 350 patah perkataan. Maybe sebab yuyu buat entry sambil tengok tv?? sebab tu meleweh banyak.. hahaha.. ok dah! Disini, yuyu sebagai anak Malaysia sangat berbangga menjadi anak Malaysia!!

I LOVE MALAYSIA!!


Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don & Husna yang patut dicontohi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Kita semua tahu yang Ustaz Don & isterinya Husna telah selamat diijabkabulkan.. Ramai blogger-blogger yang post entry berkenaan majlis beliau.. Rasa sejuk je mata yuyu bila tengok betapa sweet nya diorang ni.. :) terasa macam nak kawen jugak.. hahha gatal.. Kat sini yuyu nak share beberapa fakta yang sangat menarik tentang perkahwinan pasangan tersebut. Perkongsian ini di kongsi oleh krew Nadia Zahari Photography & Artmosphere Photography. Let's see...


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2) Husna memakai inai dipergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga /tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3) Make-up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidahk mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4) Tiada inai ditiga jari Ustaz Don kerana inai dilelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5) Selepas ijab qabul nikah, Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6) Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna,  Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.  
7) Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8) Kesemua hantaran dikedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiran dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain
Credit : Fb page sjiehan.com

Yuyu macam dapat rasakan kebahagian perkahwinan diorang ni.. Huhuhu.. Harap yuyu dapat create majlis perkahwinan macam ni.. Perkahwinan berlandaskan islam dan juga diredhai Allah.. :) dan juga seorang imam  yang boleh membimbing yuyu menjadi seorang isteri yang solehah.. Amin... 

Hope sharing di atas memberi sedikit panduan untuk kita semua.. Sharing is Caring!!!


Seorang lagi perogol terlepas hukuman

Assalamualaikum..

Seorang lagi perogol terlepas dari hukuman merogol gadis dibawah umur.. Chuah Guan Jiu, 22 tahun telah dibebaskan dengan ikatan jamin RM25000 dan juga bon jaminan berkelakuan baik.. Hakim Mahkamah membebaskan tertuduh kerana pihak mahkamah mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual itu adalah persetujuan bersama dan dia masih muda dan juga ini kesalahan pertama. 


Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan. tetapi hanya dengan rayuan dan juga pihak mahkamah mengambil kira ini melibatkan masa depan tetuduh kerana masih muda maka tertuduh dibebaskan..

See?? betapa mudahnya undang-undang negara kita kan.. Senang sangat.. Baru lepas kes pemain boling kebangsaan tuh.. Tambah pulak yang ini.. Dulu kata pemain boling tu dibebaskan sebab mempunyai masa depan yang cerah untuk negara.. Kes yang ni pulak.. Just seorang juruelektrik je kot.. terlepas jugak?? Apa kes ni?? Apesal dok memikirkan masa depan si jantan-jantan je.. How about the other side?? Adil ke?? Serious rasa sangat marah dengan undang-undang kerajaan sekarang nih... Tak kira sama ada orang islam, cina, india, agama apa sekalipun.. Selagi diorang berteduh dinegara islam ini.. Sepatutnya diberi hukuman yang setimpal lah.. Bukan senang-senang je.. Dah macam buat surat rayuan kat pengetua sekolah pulak kan.. Pengetua sekolah pon tak de baik hati sangat nak bagi lepas anak-anak murid dia yang dah buat salah..

Ni apatah lagi kesalahan melibatkan maruah seseorang.. Honestly, menangis bila baca kes yang sama macam ni.. Terasa macam duduk dinegara yang tak aman.. Undang-undang yang lebih kepada duniawi.. Akhirat di anaktirikan.. Ya Allah.. Apa dah jadi sekrang nih.. Hukum mu diabaikan oleh pentadbiran kami.. Astaghfirullahalazim.. 

Kita? rakyat yang kecil ni?? hanya mampu melihat perogol-perogol tu berkeliaran.. Tidak mampu untuk bersuara.. Lepas ni, polis-polis semua dah tak payah susah-susah buat report megnenai rogol sebab kalau buat  pon akan terlepas hukuman.. Nak macam tu?? Fikir-fikirkan lah korang.. Negara kita ni dah macam terpesong jauh sangat dari landasan islam.. 

Hanya mampu berdoa supaya diri ini, keluarga, sahabat dan juga umat-umat islam dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri dan juga keluarga.. Aminn..


Cara mengesan akaun palsu pengikut twitter

Assalamualaikum..

Siapa ada akaun twitter?? Follow SINI dulu... heheh promote jap..  Majority ramai yang memiliki akaun twitter kan.. Sekarang ni pon dah ramai yang mula taksub dengan twitter.. termasuk tuan blog ni hah.. Follow sini.. Follow sana.. Retweet sini sana.. Followers pon dah beribu raban. Tapi yuyu tak delah lah sampai beribu.. Beratus pon tak jejak lagi.. Tapi, korang konform ke followers korang tu original bukan fake followers?? Uiiii.. Jahatnya mulut aku.. Maaf yer.. 

Sebab sekarang ni banyak website-website yang menawarkan jual beli untuk followers twitter.. paham tak? senang cakap.. Kita bayar duit kat website tu then kita dapat lah beli followers beribu raban nih.. So, nampaklah macam artis-artis fofular gituh!! padahal fake followers je kot.. Kalau korang ada niat nak beli fake followers boleh klik link-link website ni.. intertwitter.combuytwitterfollow.com & fanmenow.com.

Ada sesiapa nak cuba search berapa banyak fake followers dalam akaun twitter korang?? 
Then, connect sistem dengan akaun twitter korang dan sistem akan display berapa peratus fake followers korang.. Yuyu pon dah cuba!! tengok sini..


haaaa... seee my followers semua original.. not faker!! Thanks korang...

eh..eh.. korang pon boleh tengok berapa ramai fake followers member korang jugak.. Just type je nama diorang kt situ.. huhuhu best kan.. So, tak yah lah berbangga sangat dengan followers korang yang beribu-raban tuh.. Check dlu sini.. Clear!! baru lah boleh bangga.. hehehehe.. Jom ramai-ramai kita try this application..

Selamat Mencuba.. (^_^)

p/s: baca keterangan lanjut tentang sistem ini di SINI... Wajib baca okeyh!!


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalamualaikum.. (^_^)

Seperti mana yang kita semua tahu yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan( erkk mcm lancarkan roket nak pergi bulan pulak..) satu kad iaitu Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia kepada semua pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi tak kisahlah institut awam atau swasta.. Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar institut pengajian tinggi..

KADS1M ini diberi secara percuma kepada semua pelajar-pelajar.. Tidak dikenakan bayaran se-sen pon dan kad ini boleh digunakan disemua premis & perniagaan yang berkenaan.. Yang bestnya tak perlu untuk korang buat permohonan nak dapatkan kad ini sebabnya nanti pihak terlibat akan hantar kepada pengurusan institut korang then, diedarkan pada korang semua.. So easy kan..


inilah rupa KADS1M yang akan korang dapat nanti.. (huhu nama siapalah kat kad tu ekk.. femes kau kejap).. Kenapa ada logo Bank Rakyat dekat kad tu?? Sebab Bank Rakyat lah yang menguruskan percetakan kad tersebut.

Untungnya pelajar-pelajar sekrang ni yerkk.. Macam-macam diberi kemudahan.. Rugi pulak habis belajar awal-awal.. (cehh rugi konon.. ko yg mmg dah tak nak belajar..) hehehe... So, harap-harap digunakan dengan sebaiknya lah kemudahan yang telah diberikan oleh kementerian ni ye.. Jangan pulak nanti timbul hal-hal yang tak sedap didengar.. Bersyukurlah.. Allah suka hambanya yang selalu mengucapkan syukur.. :)

Kalau korang semua inginkan keterangan lanjut boleh klik website ini http://www.1pengguna.com. Disitu semua maklumat lengkap.. Boleh rujuk sepuas-puasnya.. Senarai perniagaan yang terlibat juga ada.. Jadi, korang semua nanti tak delah maen terjah semua kedai mintak diskaun siswa 1 Malaysia.. Muehehe.. Tamo..tamo.. 

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini..

Be positif thinking..

Assalamualaikum..

Boleh tak yuyu nak meluahkan perasaan dekat sini? haishhh.. tak suka sebenarnya nk post entry luahan hati.. tapi, selagi tak terluah.. selagi itulah rasa terbeban jiwa raga ni.. Entahlah.. aku manusia biasa.. orang lain pon begitu juga.. Sama.. Tiada yang beza dari segi zahir.. Hanya dalaman kita yang membezakan.. (don't think anything eh..) tapi............

Sejak dari terciptanya bumi, malaikat, jin, manusia dan keseluruhan alam semesta ini.. Allah telah memerintahkan hambanya untuk beriman kepada-Nya.. Begitu juga dengan Nabi Muhammad.. Tidak pernah putus asa menyebarkan dakwah agama islam keseluruh dunia..  Menyeru kepada kebaikan.. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah.. Aku lahir dari rahim seorang ibu yang beragama islam.. Dan tumbuh menjadi dewasa seperti sekarang ini..

hemmm... rasanya macam terlalu panjang mukaddimah aku tu yerk.. dah cuba aku pendekan.. tapi, tetap berjelar jugak.. maaf ye.. 
Kenapa setiap perbuatan yang baik disisi Allah itu selalu dipandang hina disisi manusia?? Aku sendiri tak habis pikir.. Sampai sekarang masih tiada jawapan.. Aku masih boleh terima jika penolakan itu datangnya dari bukan beragama islam.. tetapi, sayang.. malah sebaliknya.. Aku bukan lah seorang yang tinggi ilmunya.. tetapi, hanya ingin berkongsi.. 

Ada saja yang mempertikaikan sesuatu hal yang mendorong kebaikan.. Kenapa ya? kenapa?? Adakah kita lupa bahawa Allah mencipta manusia itu untuk beribadat dan menuntut ilmu dan menyebarkannya?? Ya.. memang ilmu didada sangatlah cetek.. tapi, tanggungjawab seorang muslim untuk menyebarkan kebaikan walaupun hanya sekadar nasihat.. Terimalah.. terimalah dengan ikhlas kebaikan itu.. Bukan dibalas dengan cacian dan makian.. Itu bukan suruhan Allah..

Please!! think positif... jangan terlalu memandang pada sisi buruknya.. 
Tiada siapa yang sempurna.. Tiada!! 

Hmm.. terluah jugak perasaan yang terbeban dalam hati ni.. Terasa kelegaannya.. Sebenarnya banyak yang nak diluahkan lagi..  Kalau tak faham apa yang yuyu membebel kat atas tuh.. Cuba fahamkan.. Kalau faham.. Alhamdulillah.. Maaf salah dan silap.. :)


8 Produk Samsung yang diharamkan..

Assalamualaikum..

Syarikat Apple telah menyenaraikan lapan produk Samsung Electronic kepada Mahkamah Persekutuan.. Produk keluaran Samsung ini perlu ditarik balik di pasaran dan dilarang memasuki Amerika Syarikat.. Sumber dari Berita Harian, Hakim Lucy Koh meminta senarai produk tersebut selepas juri di San Jose minggu lepas mengarahkan syarikat Samsung membayar pampasan sebanyak AS$1.05 blilion kerana didapati firma dari Korea Selatan itu meniru model iPhone dan iPad keluan Apple.

iPhone VS Samsung

Antara lapan produk tersebut ialah Galaxy S 4G, Galaxy S2 AT&T, Galaxy S2 T-Mobile, Galaxy S2 Epic 4G, Galaxy S Showcase, Droid Charge dan Galaxy Prevail. Hakim Koh memerintahkan keluaran Samsung Galaxy Tab 10.1 dilarang dan disekat kerana mendapati persamaan reka bentuk paten dari keluaran Apple.. -sumber Berita Harian-

Huh!!.. Dasyat..dasyat.. sampai macam tu sekali yerk.. Dahlah sekarang ni ramai pengguna lebih sukakan keluaran teknologi dari Samsung.. maklumlah.. mesra pengguna kan.. tiba-tiba.. kena sekat pulak!! Yelah, memang tidak dinafikan, teknologi dari Apple yang memperkenalkan sistem touch screen terlebih dahulu.. Then, barulah muncul produk-produk lain.. Mungkin kalau reka bentuk nya berbeza syarikat Apple takkan suruh bayar pampasan kot.. huhuhu...

Tapi, kalau diberi pilihan.. Yuyu lebih suka produk Samsung daripada Apple sebabnya mudah dan mesra pengguna.. Walaupun yuyu ni pengguna iPhone.. (nampak tak kecurangannya disitu..)

p/s: jangan lah kat Malaysia pon disekat.. huhuhu..


Jualan Bundle YUYU!

Assalamualaikum..

Yuyu nak buat pengumuman sikit.. Yuyu ada buat jualan bundle di fanpage yuyu.. 

Terdapat beberapa shawl, pashmina & juga inner 2 tone & 3 tone disitu.. Items disitu adalah limited edition..
First come first serve! harga pon murah sangat.. Semua harga items dibawah RM10.. 

So, grab now!! Thanks..


Segmen Closed!

Assalamualaikum.. (^_^)

Tadi siang yuyu ada buat segmen iaitu SEGMEN: MOOD RAYA BELUM HABIS LAGI!.. 
dengan ini yuyu nak umumkan yang segmen telah ditutup.. :)
Alhamdulillah.. walaupun tak ramai yang join.. tapi, ada jugak yang sudi untuk join this segmen..
Terima Kasih sangat-sangat sebab korang semua support segmen yuyu nih.. 

Blogger yang join segmen nih yuyu dah list kan diorang dalam bloglist raya yuyu.. Boleh dicheck ye.. 
Yang lain tu, kalau sengaja atau tak sengaja terscroll ke bloglist tu.. Rajin2lah singgah blog mereka-mereka..
Lagi bagus kalau korang follow sekali... muehehee... :)

Oklah.. Selamat Malam dan Selamat Berhari Raya.. 



Segmen : Mood Raya Belum Habis Lagi!

Assalamualaikum.. (^_^)

Alhamdulillah.. Segmen yang ketiga telah dilancarkan hari ni.. iaitu 

SEGMEN: MOOD RAYA BELUM HABIS LAGI!

Tujuan segmen ini dilancarkan adalah untuk mengeratkan silaturrahim antara blogger-blogger, menambah kenalan anda dan juga yuyu nak tau siapa yang masih lagi didalam mood raya.. :)
eh eh.. insyaallah segmen ini jugak membantu untuk meningkatkan traffic blog anda.. kan kan??

Syarat-syarat pon tak susah.. Senang je.. Follow this rules okey..
1- Follow this blog YUYU
2- Like my fanpage YUYU
3- Buat satu entry bertajuk SEGMEN: MOOD RAYA BELUM HABIS LAGI! dan sertakan gambar raya anda(tak kisahlah dengan family atau individu) dan nyatakan kenapa mood raya korang belum habis lagi?? contoh: sebab tak puas nak collect duit raya banyak-banyak!
4- Link kan entry anda di ruang komen dibawah.. Di shoutbox atau sebagainya tidak dilayan..

haa senang kan?? tak susah pon.. Tiada pemenang untuk segmen ini.. Cuma bagi peserta yang join segmen ini akan yuyu list kan diorang dalam LIST BLOGGER RAYA YUYU di sidebar dan yuyu akan review blog diorang.. :) so, join lah ramai-ramai.. Just for enjoy and fun.. 

Tarikh tutup sehingga jam 12 malam ini.. Ok bye...


Lemak dah meninggi gunung!

Assalamualaikum.. 

Firstly, yuyu nak wish Selamat Hari Raya lagi sekali sebabnya raya kan sebulan.. so, kenalah wish hari raya manyak-manyak.. mueheehe..

Haissshhh.. Hari ni dah start keje.. Malasnya.... 1 week off work.. then, When go to back work?? ohooii.. Lemak dah tepu sangat dah nih! menggunung lagi.. Rasa macam nyesal plak apply cuti lama-lama sangat.. Bangun pagi dah lah lambat.. kelam-kabut pergi kerja tadi.. Huh! sob..sob..




Ada muka malas nak gi kerja tak?? ni muka memang tak touch-up pape.. just tepek bedak tabur je.. 
Takut lambat sampai office! 

Pluss hujan lebat kat sini.. Menambahkan lagi kemalasan dalam diri nih! So, rasa mcm nak zzzzzzzz... 
Kepada yang dah start bekerja hari ini.. Ambik mood semula untuk kerja okeyh.. Lupakan sikit-sikit mood raya tuh.. Kang kerja tak siap.. Boss mengomel plak.. :)

SELAMAT KEMBALI BEKERJA SEMUA!!
(*_*)


Oh no!! Traffic down...

Assalamualaikum..

Rasanya belum terlambat untuk yuyu wish Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua blogger di Malaysia, Bunei & juga Indonesia.. (chiitt.. mcm menang anugerah pulak..) Walaupun sekarang ni dah masuk raya ketujuh.. Dan tujuh hari jugalah blog ini usang dengan tidak ber-update..

Tapi, how can i do.. Memang sangat-sangat busy raya tahun ini.. Bukan tak nak update... tapi tak sempat nak update.. Nak touch-touch lappy pon tak sempat jugak tau.. Mana taknya.. Kat rumah ni, tinggal yuyu saja anak perempuan yang belum berkahwin.. Jadi, yuyu lah yang kena jadi assistant mak kat dapur.. Sedih jugak sebenarnya sebab dah excited sangat raya sampai tak sempat nak take picture raya.. So, this year no picture raya!! huh.. orang lain semua update gambar-gambar raya yang bling-bling tuh! sob..sob..

Dah memang jadi rutin hari raya... dari raya pertama sampai ketiga memang tak boleh keluar.. semua saudara-mara datang beraya.. memang tak cukup tangan melayan.. alhamdulillah.. Raya keempat sampai raya keenam ni.. yuyu & sekeluarga pulak beraya rumah saudara.. Haa kau.. raya keempat baru dapat keluar.. 

Kesimpulannya disini.. dok membebel-bebel kat atas tuh.. Hanya nak meluahkan rasa sedikit kecewa dan hampa kerana ketiadaan masa untuk meng-update blog ini maka traffic blog pink ini down abis gila.. huk huk... sedey!!!! sob..sob.. so, after this.. i must to work hard for get back my traffic! oushhh!!!


Our pray for JEJAI!

Assalamualaikum :)

Pastinya, semua dah tahu tentang berita rakan blogger iaitu bro JEJAI yang menghidapi Kanser Paru-Paru Stage 4.. Sejujurnya, aku tak kenal siapa itu blogger JEJAI.. Memang tak kenal langsung.. Aku kenal pon baru tadi.. Terbaca dalam blog BONIKACAK with tittle '#SaveJejai... Then, baru terbaca dekat blog BEN ASHAARI dan EYRIQAZZ. Nampak sangat aku ni tak mengikuti perkembangan blogger-blogger yang ada kan.. Tersentuh dan rasa sedih sangat-sangat bila baca tentang penyakit yang dialaminya..

sumber BONIKACAK

Sebagai seorang blogger, aku mempunyai rasa tanggungjawab untuk membantu menyebarkan mesej ini dengan harapan supaya aku dan juga rakan-rakan lain dapat memberi bantuan sedikit untuknya.. Walaupun aku rasa agak janggal untuk post entry ini.. Tapi, atas izin otai-otai blogger diatas untuk menyebarkan mesej ini dan juga untuk nyawa yang sedang bertarung dengan maut.. Sangat penting untuk aku sebarkan..

Jadi, aku menyeru kepada semua rakan-rakan blogger yang lain untuk sama-sama memberi bantuan sedikit untuknya.. Jika tidak mampu dari segi kewangan, doa yang ikhlas dari kalian semua sangat-sangatlah dihargai.. Bagi yang ingin menyumbang boleh bank in ke:-
 MAYBANK ACC JEJAI: 164351079691 (Azhar Bini Ramli)
MAYBANK ACC NO: 164089741562 (Wife Jejai, Mazliana Othman)

Boleh pergi ke blog http://www.eyriqazz.com/2012/08/je-jai-antara-rakan-rahsia-dan-racun.html untuk mengetahui lebih lanjut tentang blogger JEJAI.. Terima kasih atas keprihatinan anda.. (*_*)



Aku rindu zaman nih!

Assalamualaikum...

Dulu masa sekolah.. Selalu membebel sendiri. Bosannya sekolah.. Bila lah nak besar.. Nak kerja dapat duit. Nak beli itu.. Nak beli ini.. Macam-macam sungguh angan-angan yuyu waktu itu.. Malas nak bangun pagi-pagi pakai baju sekolah.. nak mengangkut beg sekolah yang penuh dengan buku teks yang tebal-tebal tuh.. tu baru buku teks.. belom campur buku tulis, buku amali lah.. ini lah.. itu lah.. perhh memang rasa mcm bawak KLCC pulak dalam beg.. (nampak benor nipunyee..) hehheehee.. 

Tapi sekarang, yuyu rindu sangat-sangat zaman sekolah.. Sangat rindu.. Baru tahu betapa susahnya nak carik duit untuk sesuap nasi nih.. Yelah, kalau dulu hanya tahu menghabiskan duit.. Order duit je terus dapat.. Sekarang kena batang hidung sendiri.. Padan muka aku..



Saya nak milo cup kat atas nih boleh pakcik??  Nak manyak manyak manyak manyakk!!! Berebut-rebut beratur dengan kawan-kawan semata-semata nak Milo nih.. Bila cikgu announce kt kelas yang lori Milo nih datang.. terus berlari sekuat hati untuk dapatkan milo nih.. Sebab apa?? sebab kalau dapat milo nih awal-awal.. jadi, nanti last-last boleh amek lagi untuk kali kedua.. lagi pun benda free, siapa yang tak nak. Masa tuh, pakcik tu tak cam sangat muka budak-budak siapa yang dah amek dengan siapa yang belum.. hahhahaha!! jahatnya.. masa amek kali kedua tuh, memang kena berlakon muka selengerr je lah.. konon-konon belum dapat ag lah..

Tapi pernah jugak lah yuyu kena tegur ngan pakcik tuh.. Eh, awak bukan dah dapat ke tadi.. Mana ada pakcik! saya belum dapat lah.. saya beratur last-last la pakcik.. Malas nak berebut-rebut nih.. (ceehh!! pandai ko tipu pakcik ni eh yuyu..) Masa tuh dapat milo tuh terus cepat-cepat blah dari situ.. Hehehee... Tak puas hati lah dapat satu jer.. Nak lagi boleh?? ngeee..


Permainan SOS.. sape pernah main?

Assalamualaikum.

Kebosanan betul-betul menguasai diri.. Dah bermacam-macam acting yang dilakukan demi menghapus kebosanan ini.. tetap.. tetap menguasai diri.. keluhan yang panjang sepanjang 350km/h selaju smash dari Datuk Lee Chong Wei dari bibirku.. 

Stoppp!!! mak aih mukaddimah aku.. apesal tetiba je sastera kuat bebenor nih.. nak challenge Zahiril Adzim ke?? Inilah akibatnya kalau dah bosan tahap gaban kat dalam office nih.. 

Permainan SOS?? 
siapa yang tau dan pernah main game ni?? yuyu tahu game ni masa sekolah menengah dulu.. pengaruh rakan sebaya lah.. tapi yuyu tak pasti apa function game ni.. Tengok diorang main.. Then yuyu pon join sama.. selalu main ngan kawan sebelah meja.. buat banyak-banyak sampai penuh satu A4 paper. 


sory kalau gambar tak clear.. sebab pakai ink warna pink.. Bosan kat office.. yuyu main SOS ni hah.. krem tangan ni duk menulis je dari tadi.. Sampaikan dakwat pen pink tu tinggal sikit.. yuyu rasa ramai kot yang tahu game nih.. dan pernah main jugak.. betol tak? betol tak?? say yes lah!! hahhaa nak paksa-paksa pulak ek..

ada yang tahu function game ni tak?? 


Cuti raya dah apply!!

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Baru dapat apply cuti tadi.. Teruk betul.. Orang lain semua seminggu sebelum dah apply cuti.. tapi yuyu.. lagi berapa hari je nak raya baru nak apply cuti.. Tapi, keputusannya tidak mengecewakan.. Yuyu sms je boss tadi.. Nak call sayang credit mcm membazir pulak.. (chitt padehal tak de credit. ngaku jelah!) muehehe... Dialog antara yuyu dengan bos tadi..

yuyu : boss hari raya dapat berapa hari cuti??
boss: raya hari ahad dengan isnin kan?? u nak cuti 2 hari tu ke nak extra??
yuyu: kalau i mintak cuti sampai hari jumaat boleh tak?
boss: seminggu lah?? ohh okeyh.. 

waaahh rasa macam nak melompat je kat office nih.. erkk.. tapi tak kisah pon nak melompat.. yuyu seorang je dalam office nih.. Anyway TQ boss sebab bagi yuyu cuti lama.. Macam tak sangka pulak dapat.. Yuyu pon ada rasa-rasa takut jugak nak meluahkan hasrat nak cuti seminggu nih.. tapi memberanikan diri jugak.. Alhamdulillah.. Syukur dapat boss mcm dia.. Walaupun china.. tapi memahami pekerjanya yang kaum lain.. 


muka org happy tapi cover cun actually..

Dapat lah yuyu beraya sakan tahun nih.. :) Alang-alang.. Dikesempatan ini.. Yuyu nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR & BATIN.. Yuyu nak minta maaf jika selama yuyu beraktif dalam dunia blog ni ada yang terkasar bahasa, tercuit hati pembaca, terlebih sini sana.. Maafkan lah yerk.. (*_*) wahh bagi ucapan mcm esok pulak nak raya.. muehehe.. Kepada yang dah dapat kad raya dari yuyu tuh.. Alhamdulillah.. Sempat jugak sampai kat tangan korang before raya kan.. to all bloggers jemput datang raya rumah yuyu.. Insyaallah ada duit raya.. hehhee (kpd yg dtg jerk..) dan juga dapat lah rasa kuih raya yang yuyu buat.. 

Korang pulak dapat cuti raya berapa hari?? share sikit..


Ucapan Aidilfitri dari Manchester United

Assalamualaikum..

Eh korang.. Ada ucapan raya dari MU lah.. Wahhh macam tak sangka gitu... Siap poster lagik.. 
Jomm tengok!





hehehehhee... Comel pulak diorang ni pakai samping.. Anyway.. thanks cause wish all our muslim people Selamat Hari Raya!! 

3 days more...
PEACE!! (^_^) 


Biscuit HUP SENG with HOT MILO

Assalamualaikum..

Sebelum tuh, entry ini bukan untuk menggoda semua yang tengah berpuasa.. Just want to sharing what i love!
Entah kenapa tiba-tiba terasa macam nak menikmati satu hidangan yang sememangnya sangat owesome. nikmat, sedap dan hingga menjilat jari bila dimakan waktu-waktu sejuk macam ni.. Huh!! Apesal lah aircone dalam  office ni sejuk sangat.. Terlupa pulak nak bawak toto tadi gi office.. keh keh keh..



besar kebapok.. sumber http://cibilzsonic.blogspot.com

Biscuit HUP SENG with HOT MILO
Teringat waktu-waktu zaman remaja kt hostel dan praktikal.. (erkk dah tua ke aku ni?) Pantang ada waktu terluang sikit..  memang selalu melantak benda alah nih (tak nak ckp makanan.. tukar nama lain..) Nak tau kenapa?? sedap korang!! sedaaaappp saaanngggaaattt!!! susah nak gambarkan kenikmatannya.. Hanya orang-orang yang pernah melantak benda alah ni yang tau dan faham kenikmatannya.. Hehehee.. Over bebenorr.. :)

I love biscuit.. I love MILO! I love the smell of hot MILO yang berasap kepul-kepul tuh.. 
I LOVE IT!!

Seriously, gambar diatas membuatkan tekak dan perutku bernyanyi-nyanyi.. Ishhh!!! kenapalah waktu mcm ni nak imagine biscuit ngn milo ni.. Kenapa tak tunggu lepas waktu berbuka.. Betul-betul menguji keimanan..
Sabar yuyu.. sabar... (sambil urut-urut dada ni..) Malaysia boleh.. dah tentu pon kau boleh tepis godaan nih..

You all semua pon mesti ada yang suka dengan benda alah ni kan??  Biscuit Hup Seng dicicah (cicah??) dengan Milo panas.. Lagi-lagi kalau makan dengan kawan-kawan or family or sesiapa saja.. bertambah lah kenikmatannya.. Hahahahaha!! 

Ok cukup!! Cukuplah cerita pasal makanan tuh! Tak sanggup lagi dah nih..
Chowww... (^_^)

Terlepas hukuman walaupun mengaku merogol gadis bawah umur

Assalamualaikum


Pemain boling tenpin kebangsaan (Noor Afizal Azizan) ni terlepas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk bebas hanya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.. Keputusan ni dibuat sebulat suara oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif..

Malas nak tulis banyak-banyak.. Just want to say.. Sangat tidak setuju dengan keputusan ni.. Mana perginya hukum Allah yang memang sudah jelas dalam Al-Quran?? Kenapa terlalu pentingkan hukum dunia?? Apa gunanya ada Mahkamah Syariah dalam negara kita?? Dah jelas-jelas  merogol gadis dibawah umur adalah satu kesalahan.. Tapi, bebas hanya dengan membuat rayuan?? Bagaimana dengan maruah gadis tersebut?? Keluarga gadis itu?? Malu yang ditanggung gadis itu? Kenapa hukum sekarang mengambil mudah dalam sesuatu perkara.. 

Astagfirullahalazim... Ya Allah.. Adakah pihak mahkamah yakin dengan memberi tempoh lima tahun untuk berkelakuan baik akan terlaksana?? Hati ni rasa sedih sangat bila baca news ni.. Malaysia adalah negara islam dimana umat-umat nabi muhammad memperjuangkan agamanya.. Tapi... apa dah jadi?? 

*adakah lepas ni semua kesalahan akan mendapat hukuman yang ringan hanya dengan membuat rayuan??
sumber Harian Metro




Weekend VS Kuih Raya

Assalamualaikum..

Ayoooo rindunya kat blog nih... Dah berapa hari tak ber-update... Nak tengok blog pon tak tersempat-sempat... Eceyh!! macam sebok sangat yuyu ni.. Haa.. memang sibuk pon.. Sibuk menghabiskan weekend ni dengan membuat kuih raya!! yeayy!! Memang rushing sangat buat kuih raya tahun ni.. Tahun lepas just dapat buat 2 kuih raya je.. Tapi tahun ni.. alhamdulillah.. ada peningkatan sedikit.. Yuyu dapat buat 5 jenis kuih raya dalam masa lebih kurang 3 hari.. waaaa mantap ke dok?? dari hari jumaat malam sampai lah ke petang ahad asyik buat kuih je.. Tu yang baru dapat belek2 sikit blog ni.. Sekaligus update entry.. hehehee... 

Rasanya 5 jenis kuih raya je kot yang yuyu buat.. Sebab yuyu ni kalau takde kawan memang susah nak buat kuih raya... nasib baik ada kakak & kakak ipar yuyu yang sudi tolong yuyu buat kuih raya.. Kalau tak.. memang kelam kabut lah.. Silap-silap dapat buat 1 jenis kuih raya je... hehehe.. Mana taknya tinggal minggu ni je yang yuyu dapat spend time untuk buat kuih raya.. Minggu depan dah raya.. Hari jumaat & sabtu dah rushing buat ketupat pulak.. kemas rumah, tukar langsir baru.. ini lah.. itulah.. banyak benda nak buat.. jadi, baik settle kan satu persatu.. Kalau boleh yuyu ni tak nak lah semuanya kuih raya tunjuk.. Nak lah ada satu dua jenis kuih yang yuyu buat sendiri... Baru rasa puas hati nak raya.. 

Oppss banyak-banyak membebel pon tak best jugak kan.. Jom layan kuih raya yang yuyu dah buat nih.. 



Almond London



Chocalate Cup



Conflakes Chocolate



Conflakes Madu



Tart Gulung 
(lupa nak snap masa kat dalam dulang.. dah masuk dalam bekas baru teringat nak snap.. Penat sangat kot..)


Itulah 5 jenis kuih raya yang yuyu buat.. Itu pon actually ada 2 kotak conflakes lagi yang belum guna dengan biskut almond london yang masih belum dicelup dan disaluti coklat.. Insyaallah besok sambung lagi kot.. Hehehe... sambung yang balance-balance je..  Nak buat baru?? tunggu tahun depan lah ye.. Kejung dah kaki dengan tangan nih.. anyway..ada nampak menggeliurkan tak?? muehee. sorry for the quality of image.. Just phone camera..

Korang semua dah buat kuih raya belom?? mesti dah kan.. waaaa... best-best... (^_^)


Suka kenakan kawan yang tengah tidur ek??

Assalamualaikum..

Zaman sekolah adalah zaman yang paling the best in my life!! walaupun selalu merungut malas nak gi sekolah.. sesekali ada jugak terponteng sekolah.. Tapi, bila dan masuk alam pekerjaan ni.. Baru terasa zaman memakai tudung putih, baju putih dan kain biru sangat-sangat lah berharga.. Rasa menyesal pulak selalu tidur dalam kelas.. Kekekek... Teringat pulak perangai diri sendiri dan jugak kawan-kawan yang mempunyai sifat suka menyakat @ mengenakan kawan-kawan yang tengah enak dibuai mimpi..

Yeah.. kuakui diriku sedikit degil waktu persekolahan.. But.. i've change now.. muehehe.. Suka kenakan kawan-kawan tak kira lah situasinya didalam kelas atau pun dihostel.. Kalau di dalam kelas, jarang sikit nak kenakan kawan sebab ada pelajar lelaki.. Segan.. Maklumlah sekolah arab.. Kenalah jaga tatasusila.. :) tapi, kalau kat hostel.. dan memang anak dara semua kan.. adalah jugak menunjukkan sikap tembelang masing-masing.. 

Yang yuyu ingat waktu kat dalam kelas.. Ada seorang kawan(lelaki) ni tidur dalam kelas.. tak perlulah untuk yuyu mention naama dia sebab korang tak kenal punya.. hahaha.. Jam pon dah menunjukkan 1.55 petang.. Lagi 5 minit untuk habis waktu pembelajaran. Cikgu pon tak masuk untuk mengajar.. Jadi, tidolah.. Ape lagi kan.. Tapi, ada seorang budak lelaki a.k.a kawan yuyu jugak(lelaki) minta kitorang pakat dengan dia supaya jangan bising  kalau nak balik sebab dia nak kenakan budak yang tidur tadi tuh.. Tarik kerusi pon pelahan-pelahan.. Kitorang pon follow je.. Bengong.. so, balik lah hostel mcm biasa dengan membiarkan budak tadi tuh terus dibuai mimpi. Sampai jam 3 petang waku kitorang nak pergi preparation(study sendiri) still budak tu tak bangon.. Erkkk..mati ke?? tak kan lah dia tak terjaga ke apa ke.. Rasa kesian pon ada teruslah kejutkan dia bangun tidur.. Alhamdulillhah hidup lagi.. heheh.. eh, ko tau tak sekarang ni jam 3 petang!! tido mati ke apa kau nih.. haishh. bengang muka budak tuh terus blah balik hostel.. kekekekehh... 

Belum part yang kat hostel pulak.. Yang ni kerja-kerja kitorang.. hehee.. Pernah kitorang kenakan kawan tengah tido.. masa tuh tengah malam.. Kitorang conteng-conteng muka budak2 tengah tidur.. Lepas tu tanya kat dia.. Eh, kau suka sapa arr?? Tanyalah semua benda yang secret2.. ngehehehe.. Yang buat kitorang terkejut.. Dia jawab tuh semua soalan kitorang nih.. Adoooii mcm tak logik pon ada.. Hahaha.. suka.suka.. Bila esok pagi, tang yang kena conteng tuh mula lah menjerit2.. (^_^) then, kitorang tny kat budak yang kitorang soal2 malam tadi sedar ke tak apa yang berlaku.. Dia cakap dia tak sedar.. Ngekk.. hohoii.. 

itulah.. perangai2 budak2 sekolah yuyu yang sangat degil.. Tapi benda tuh just untuk have fun jer.. Dan kitorang dah jujur kat budak tu yang kitorang buat.. Then, dia ok jerk.. So, x delah dendam kesumat dalam hati tu yerkk..

Haisshh rindunya zaman sekolah.. waaaa!! nak sekolah balik...



Rakyat Malysia yang prihatin

Assalamualaikum..




penat yuyu lukis supaya korang faham apa mesej yang yuyu nak sampai kan melalui gambar ni.. 
muehehee... bangga dengan sikap rakyat yang sangat prihatin... sampaikan mood yang happy nak pergi keje down gara-gara benda nih.. (^_^)

p/s: dapat tangkap tak mesej yang yuyu nak sampaikan?? cer comment sikit..



Perit, sakit, denyut-denyut, panas.. All in one!!

Assalamualaikum..

Aauuuchhh!!! Panas!!!.. terdiam seribu kata bila melihat bekas air yang dipenuhi dengan air panas yang masih menggelegak terburai ke atas lantai dapur.. Terkaku sebentar lebih kurang 2 minit.. memikirkan apa yang aku perlu buat.. Entah kenapa aku tak pikir tangan aku yang tengah perit kepanasan disebabkan terkena air panas tadi.. tapi, memikirkan macam mana aku nak bersihkan air yang bertaburan kat atas lantai tuh.. 

Tanpa pedulikan tangan yang tengah sakit.. terus lap air panas kat lantai.. Bila dah siap.. Ya Allah.. baru terasa peritnya ya amat.. Kelihatan jelas tangan ni menggigil-gigil.. Apa pulak yang aku perlu buat dengan tangan aku nih.. Masa tuh memang mcm2 pikir.. Adakah tangah aku akan melecur?? adakah tangan aku akan cacat.. Adakh tangah aku akan hitam legam.. hahahaha yuyu akui sempat tergelak bila pikir balik apa yang bermain kat fikiran tuh.. Macam tak logik jerk.. 

Tapi, apa yang mampu yuyu katakan.. Sakit, perit, pedih, berdenyut-denyut.. Semuanya dalam satu.. Pertama kali keseluruhan tangan yuyu terkena air panas.. Subhanallah.. Ujian dari Allah.. Memang tak mampu nak buat apa.. Hanya mampu...



from now boleh panggil yuyu orang colgate.. bukan orang minyak..

Hanya mampu tergelak bila yuyu tengok tangan yuyu nih.. Haishhh buruk bebenorr.. Nak tak nak tak da cara lain sapu jugak colgate ( betul ke aku eja??)  kat seluruh tangan tuh.. Permulaan memang hilang rasa pedih, sakit yang all in one tuh.. Tapi, beberapa minit kemudian.. terasa sakit balik.. macam tak de guna je letak banyak2.. sampai habis colgate dalam bilik air tuh.. esok mak ayah yuyu nak gosok gigi x de colgate.. hahaha.. 

Air mata dah sememangnya mengalir disebabkan yuyu ni dianugerahkan hati yang lembut serta tisu.. Menangis dalam diam.. Huk huk huk... Sakit lah korang!!

Ada suggestion lain tak selain sapu colgate nih?? 



Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol