Menyamar jadi pengemis muslim

Assalamualaikum..




SHAH ALAM - Taktik licik dua beradik warga emas berketurunan Cina bukan Islam yang menyamar sebagai pengemis Muslim bagi menagih simpati pengunjung sebuah Bazaar Ramadhan disini terbongkar dengan penahan mereka kelmarin

Kedua-kedua wanita itu berusia 65 tahun dan 63 tahun ditahan oleh pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor ketika mereka mengemis di Bazaar Ramadhan Seksyen 13 dengan memakai jubah dan bertudung labuh.

Siasatan awal JKM mendapati kedua-dua beradik berasal dari Cheras, Kuala Lumpur itu mula mengemis sejak awal ramadhan. Mereka dipercayai memperoleh pendapatan sekitar RM300 sehari. Beliau berkata, mereka ditahan selepas menukar seluar dan baju biasa yang mereka pakai dengan jubah dan tudung labuh yang mereka bawa di sebuah tandas berdekatan.

Ketika ditahan, mereka cuba memberi alasan menggunakan hasil jualan tisu berharga RM1 sepeket kepada orang ramai untuk menyara anak mereka yang sedang terlantar sakit. Malangnya, apabila pihak JKM menyuruh mereka mengucap dua kalimah syahadah bagi membuktikan mereka orang islam, kedua-duanya tidak tahu...

Yang sebenarnya, pengunjung bazar ramadhan tidak beli pun tisu mereka sebaliknya terus beri duit kepada kedua-dua pengemis itu, katanya..
sumber : METRO

p/s: pandai pulak makcik-makcik ni pakai jubah dengan tudung labuh ekk?? 

Thankz for reading this entry... 


8 ulasan:

kechixx hussain berkata...

sb tu kekadang malas nak layang orang mintak sedekah kat tetepi jalan sb banyak yang tipu..lebih baik derma kat masjid atau rumah anak yatim..

NUR SYAZWANI berkata...

penah lah jumpa dyerunk ni kat bazaar shah alam 13 . memang ada dua orang , muka pown lain macam jee , jahatnya lahai ...

Saya Disini berkata...

ramai tol peminta sedekah..kat kelana jaya pon ramai

http://sayadisinibukansaya.blogspot.com/2012/08/peminta-sedekah-di-bazar-kelana-jaya.html

hudahassan ^^ berkata...

sume nye nak amek kesempatan kan .

Ingat tak uu , dulu pon ade satu makcik menyamar pakai tdung labuh then mencurik kat klinik yg bdk2 smapr slalu pergi tuh .

adoyai . pelik betul . dah orang pandang serong kat org yg pakai tdung tabuh . ishishish

Jaa berkata...

erm, macam2 skarg ni..ni blm yg usung budak2/ baby mintak sedekah.. lagi kesian tgk budak2 tu dipergunakan...

Nadia Elena berkata...

ish ish ish..
tak patut.. tak patut..

Yen berkata...

isk macam macam sekarang nih

~ cik matahari ~ berkata...

ish3... sesuke hati je.. asal tak pkai je pkaian die..
smoga Allah bg hidayah kt mereka2 .

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol