What the power of EMAK??

Assalamualaikum...

Saya sayang emak saya... Semua sayang emak saya.. eh, salah lah.. semua sayang emak masing-masing kan.. Emak adalah insan yang tak ternilai dalam hidup kita sebagai seorang anak.. Walaupun kadang-kadang kita tak tunjuk yang kita sayang pada emak kita.. Tapi, melalui perbuatan saja pon dah mencukupi untuk kita ungkapkan rasa sayang terhadap emak kita.. Macam yuyu, yuyu sayang emak yuyu sebab dia ada powerfull yang sangat hebat.. Masa sekolah rendah memang kurang alert bak sayang menyayang ni.. sebab budak2 agi kan.. Tapi, bila dah sekolah menengah dan kene duduk hostel.. Dah berjauhan dengan emak dan ayah.. Yuyu sedar yang yuyu sayangkan emak sangat.. cuma ego tinggi tak tunjuk.. ngeh ngeh!


Bila dah duduk hostel. tentulah makanan yang disediakan pon tak menyelerakan macam emak kita masak kan.. Kadang-kadang terasa macam kat penjara pulak. eh, eh, tapi masih bersyukur lagi tau.. bila dapat cuti hujung bulan.. Balik rumah je tengok2 kat dapur mak masak yang sedap-sedap.. memang menyelerakan.. Dia tahu anak dia lapar.. Dia tahu makanan kat sana tak sama macam dia masak.. Lagi-lagi yuyu yang kuat makan ni.. Menu yang wajib akan dia masak bila yuyu balik ialah ayam masak sambal ataupun udang sambal..  Mak tahu-tahu je kesukaan yuyu.. Thank you mak.. Memang power! Sepatutnya tanggungjawab sebagai satu-satunya anak gadis dia yang belum kahwin ni adalah menolong emak kemas rumah dan sebagainya kan.. Tapi, emak yuyu biarkan je yuyu tido sampai lah tengah hari.. Dalam fikiran dia, mungkin yuyu penat agaknya..biarlah.. Emak lah yang buat kerja rumah sorang-sorang.. tapi, yuyu bukan tak nak tolong.. cuma ngantuk masa tuh.. bila dah bangun.. yuyu take over lah pulak kan.. tolong lipat kain ke. tak pon tolong urutkan badan dia pon nampak sangat dia dah happy.. 

Yang bestnya, bila masa bulan puasa.. Biasanya dapat cuti lah kan yang duduk hostel tuh! dan actually yuyu adalah orang yang sangat liat nak bangun sahur.. sampailah sekarang ni.. sanggup emak masuk bilik bawakkan makanan untuk yuyu.. sayang emak!! dia tahu anak dia ni susah nak dibangunkan.. hehehe.. teruk ke yuyu ni?? hahaa memey teruk pon.. itulah power mak saya.. Sabar dengan karenah anak dia.. 

Emak, yuyu akan jadi anak yang terbaik untuk emak.. sebab yuyu sayang kan emak sangat -sangat..
I love u mom!!

Thanks for reading this entry.. (^_^)

Entry syok sendiri!

Assalamualaikum..

Tadi borink-borink tak tahu nak buat apa.. Then, belek-belek lah gambar-gambar dalam lappy ni.. sambil memuji-muji diri sindiri cantik.. wink..wink..  Baru yuyu perasan, bila yuyu update entry yuyu jarang letak gambar yuyu kan.. Bukan tak nak letak.. tapi korang tak tahu yang yuyu ni sebenarnya pemalu.. bueeekkkk!!! puih.. ngeeee.... so, entry kali ni bertemakan entry syok sendiri.. just only my picca..





gambar ni di ambil secara random dalam lappy.. Mana yang nampak dulu. Tu yang diupload.. Entah dah berapa tahun lah gambar ni disimpan dalam lappy.. Ade yang latest and ada yang lama.. Maaflah kalau terlebih sudah!! kalau suka?? boleh komen yerk.. weeeee..... 

Mata dah ngantok.. nak tido.. gud nite all!! sweet dreams..

Love,
YULIANA WAHIT

Renungan 1 minit

Assalamualaikum..


sumber facebook


Seorang Mufti terkemuka di Arab Saudi mengalirkan air mata secara langsung di TV apabila beliau menerima soalan dari Somalia :

"Adakah puasa kami diterima jika kami tidak mempunyai Sahur atau Iftaar??"


Tidak perlu untuk explain dengan panjang lebar kerana soalan itu sahaja sudah cukup untuk kita berfikir.. Bersederhanalah kamu ketika bersahur dan berbuka.. 

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Misteri di Kemayan City, Johor Bahru

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang tahu tentang tentang kisah seram yang pernah berlaku di Mall yang diberi nama Kemayan City.. Mall ini terletak di Johor Bahru di laluan highway Kulai ke JB.. (err. tempat aku lah tuh!) Tapi bagi penduduk di Johor Bahru.. memang sudah lali dengan tempat-tempat yang berhantu ni.. Contoh lain seperti Villa Nabila yang terletak kat Danga City, JB. Shopping mall ni memang besar sangat..lebih besar dari Jusco City Tebrau. Tapi, sayang.. Mall itu terbengkalai dan tidak pasti apa penyebabnya.. Maybe masalah ekonomi merosot.. sebab bangunan tu kalau tak silap dibina pada 1998. Yuyu memang selalu jugak lalu kat situ.. Setiap kali yuyu lalu situ, yuyu akan tengok je shopping mall tu sebabnya abang yuyu pernah cerita yang kawan dia pernah terjebak masuk kedalam shopping mall tu.. pelik kan??

Ceritanya bermula dimana ada sekeluarga dari Singapura menghadiri kenduri yang terletak di area Kulai, Johor Bahru. Dalam beberapa kilo dari shopping mall tersebut, keluarga ni ternampak shopping mall yang besar sangat.. dan banyak lampu-lampu yang menerangi bangunan itu.. Jadi, mereka membuat keputusan untuk singgah sebentar untuk membeli-belah sebelum sampai ke sana.. Waktu itu, memang tengah jualan sale.. jadi, keluarga itu membeli beberapa minyak wangi dan barang-barang lain.. Kemudian, mereka teruskan perjalanan pulang kerumah.. Sampai saja di rumah saudaranya dengan perasaan excited mereka berceritalah tentang shopping mall itu...

Alangkah terperanjat nya saudara mereka bila mereka memberi tahu yang shopping mall itu sebenarnya telah terbelangkai lebih dari 10 tahun.. Dan sampai sekarang masih terbengkalai.. Perasaan seronok telah bertukar menjadi seram.. Keluarga dari Singapura itu memberitahu yang mereka juga membeli barangan dari mall tersebut.. Apabila mereka mahu menunjukkan barang yang dibelinya tadi.. Terperanjat kerana barang tersebut lenyap tiba-tiba.. Kosong.. 

Dan yuyu tak pasti apa yang berlaku selepas itu.. Yang pasti cerita ni memang popular lah di Johor Bahru dan juga Singapura.. Tanya lah pada sesiapa saja Mall Kemayan City ni.. Mesti semua tahu..tapi, disebalik cerita seram yang berlaku tidak dipasti kesahihannya sebab carita ini dari mulut ke mulut.. Apa yang pasti sekarang shopping mall tersbut menjadi tempat mak gian, pengganja dan sewaktu dengannya bersarang disitu..

Jom kita tengok sedikit gambar Kemayan City Mall, Johor Bahru






 sumber Encik Google 


bagi sesiapa yang nak tengok live shopping mall Kemayan City ni boleh lah datang ke Johor Bahru okeyh..
huhu.. actually yuyu taip entry ni pon dah meremang dah bulu ni.. 

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Wordless Wednesday



mulut itik??? keep quite!! ignore....

Love,
YULIANA WAHIT

Ada orang tak lepas awak?? After eh...

Assalamualaikum...

Sape ni?? Ada orang tak lepas awak?? After eh... hahahaa.. itulah dialog aku bila tunggu turn nak mandi.. Zaman sekolah menengah yang tak akan aku lupa.. Bangun tidur, balik dari prep (study petang) bila nak mandi.. Sememangnya aku ada toilet favourite aku sendiri.. Seboleh-boleh tak nak masuk toilet lain walaupun toilet tu kosong.. Huh!! degil kan.. Bila toilet pebret aku dimasuk oleh orang lain.. Dialog kat atas tu akan aku guna.. dan aku sanggup cuci bilik air pebret aku sendiri supaya nampak clean & clear.. wink..wink..!
Eh, bukan aku sorang je kot.. Semua student asrama pakai lah dialog tuh. Mcm jadi kewajipan pulak..

Bukan tu jek.. Cop bilik air dengan sangkut tuala supaya orang tak masuk bilik air pebret aku.. hahhaa.. kadang-kadang semua sakit hati sebab sesuka hati aku je nak sangkut-sangkut tuala kan.. Hek eleyh!! sape cepat dia dapat maaaa.... tunggu turn lah.. ko boleh guna dialog aku tuh.. Yuyu, ada orang tak lepas awak?? After eh..  haa.. kan nampak sopan gituh!!! 

kat mana lagi ekk aku guna dialog tuh.. haaaa.. waktu beratur nak makan kat kantin.. siapa yang last.. memang dia yang akan aku tujukan dialog tuh.. Ada orang tak?? After eh.. kah kah..

Serious!! Rindu gila nak back to time school!!! hermmm.. Dah berapa tahun dah aku tinggalkan ekk.. Ade kot 5 tahun rasenye.. hhahaha.. It's ok.. Sekolah ku.. idaman hatiku.. Poyos! 

Thanks for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Sebak...

Assalamualaikum...

Mood : sebak dan sedih sangat sebab baru lepas baca entry solemnization Irine Nadia Marcello
sangat menyentuh hati.. walaupun dah baca.. tapi, tetap review banyak kali sebab diri sendiri pon akan mengalami saat2 itu tak lama lagi.. 





Sejujurnya, mengalir air mata bila tengok pic ni.. Rasa tak sanggup nak melalui saat tu.. Rasa macam tak nak kahwin pon ada.. Tak nak tinggalkan mak ayah.. tapi, berkahwin adalah satu sunnah dan besar pahala dan ganjaran bagi sesiapa yang mendirikan masjid.. Allahuakbar!!

Tahniah buat Irine Nadia.. Semoga masjid yang dibina akan selalu dilindungi Allah.. 
huk huk (teremosional pulak..)

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Tips : Mengecilkan liang roma

Assalamualaikum..

Masalah liang roma ni dah sinonim dah dengan muka kita kan.. Boleh dikatakan majoriti ramai yang mempunyai masalah liang roma.. Include yuyu..(bukan include postage tau.. ni bukan meniaga..) Macam-macam cara dah yang kita lakukan untuk hilangkan liang roma yang degil tuh.. tapi, ade yang berjaya.. ade yang tak berjaya.. 
kat sini.. yuyu nak share sikit cara-cara macam mana untuk mengecilkan liang roma.. Ini yuyu amalkan sendiri kat rumah..


1) Selepas cuci muka dengan pencuci.. automatik liang roma tu akan terbuka. Masa ni, sapukan penyegar (toner) kat muka menggunakan tisu atau pon kapas... yuyu biasa guna kapas lah.. kalau boleh pilih penyegar yang sejuk dan jugak bertindak untuk mengecilkan liang roma (pore minimizer). Biasanya toner yang berunsurkan timun lebih baik.. Tapi, ada jugak orang cakap selepas cuci muka, letakkan air batu (ais) dimuka then, barulah letak toner.. tapi yuyu belom pernah buat lagi.. boleh cuba kalau nak cuba..

2) Pastikan korang amalkan scrub muka dalam 2 atau 3 kali seminggu.. Scrub ni bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati untuk mengelakkan tumbuh jerawat dan juga jeragat. Tapi, pilih lah scrub yang ada mengandungi micro-scrubber sebab antara peranan micro-scrubber tu menanggalkan sel-sel kulit mati.. Biasanya yuyu akan guna scrub ni pada waktu pagi selepas bangun tidur.. Yuyu akan cuci muka guna scrub.. Yuyu tak guna pencuci muka.. Pencuci muka yuyu akan guna lepas balik kerja.. Tapi, bila-bila masa boleh guna scrub ni.. bukan waktu pagi saja..

3) After bersihkan muka menggunakan scrub, kalau boleh pakai mask kat muka untuk membantu mengecilkan liang roma. Tapi, mask yang lembap tu tau.. Bukan mask yang untuk tanggalkan blackhead & whitehead tu.. itu lain.. Pakailah selama lebih kurang 8 minit atau 10 minit lepas tu bilas dengan air. Yuyu yakin, korang akan rasa kulit muka lebih licin dan halus je.. dan juga liang roma lebih kecil..

Tapi, pastikan korang berdisiplin lah kan buat benda ni.. Jangan separuh jalan je.. Mula-mula je semangat.. Dah lama-lama dah malas.. macam mana nak hilang liang roma tu kan.. Pastikan juga korang cuci muka setiap pagi dan malam.. Lagi-lagi yang menempekkan make-up setebal 5 inci kat muka tuh.. mueheheee..

Okeyh!! Selamat mencuba semua!! ngeee.. SHARING IS CARING!! loikkeee..

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Iron rambut pakai seterika??

Assalamualaikum.. 

Herrkkkk!!! alhamdulillah kenyang perut kan dah berbuka puasa tadi.. Fuhhh.. bila rasa air tembikai tadi masuk dalam tekak yuyu.. Nikmatnya... hehheehee.. sanggup tu balik keje gi kipmart jap beli buah tembikai nak buat jus tembikai.. tak main ar beli kat bazaar.. fresh buat sendiri tau!! yummmyy!! kih kih berlagak sungguh.. korang berbuka apa tadi?? mesti sedap2 kan.. yuyu just makan kurma, nasi dengan ayam percik dan bubur lambuk (dapat free kat bazaar td..) .. tu pon dah kenyang sangat dah.. penuh perut.. tak tertampung lagi dah.. Heheh!!

Actually, saje je mukaddimah sikit kat atas tu.. Point sebenarnya nak share pasal lain.. hmmm... sape pernah duduk hostel??? angkat kening pliss!!! alololo tomel.. bagi sesiapa yang pernah duduk hostel mesti pernah buat atau tengok orang iron rambut pakai seterika kan?? tak payah tanya jauh2.. yuyu sendiri pernah nampak.. Kawan yuyu sendiri pernah buat..


Haishhh.. yuyu sebenarnya tak berapa berkenan sangat dengan iron2 rambut pakai seterika ni.. takut effect dia teruk.. lain lah kalau gi saloon.. yuyu selalu tegur kawan yuyu tu, jangan asyik iron rambut je pakai seterika.. nanti rambut rosak.. Dia ignore je ape yang yuyu cakap.. And the last, dia dapat effect kat rambut dia.. rambut dia terus keras, macam dawai tau.. takut jugak pegang rambut dia.. then, dengan terpaksa dia potong rambut dia jadi pendek.. eeeee... sayang gila okeyh rambut dia tu.. 

last-last dia ngadu kat yuyu yang dia nyesal iron rambut dia tu.. hemmm masa tu yuyu just diam jelah.. tak boleh nak cakap ape dah.. sbb kerap sangat dia iron.. be patient only dear.. huhuhu..
haa... kepada sesiapa yang pernah iron rambut dan selalu sangat guna seterika tu.. Elakkan lah.. lebih baik beli iron yang memang untuk rebonding rambut punya.. itu lebih baik.. kalau guna seterika tu tak bagus lah.. itu kan untuk gosok baju.. ni gi gosok rambut.. jangan nanti dah jadi mcm kawan yuyu baru nak nyesal.. beringat sebelum terkena.. Okeyh!! Peace...

Thinking before do anything.. thanks for reading this entry..
(^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

jangan curik selipar aku!!

Assalamualaikum..


sumber google


perhatian kepada semua yang pergi solat terawih nanti...
jangan sesiapa pon berani nak curik selipar aku eh!! hahhahahaaa....


Thanks for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Syukur ya Allah!

Assalamualaikum.. 

Alhamdulillah.. sekejap je masuk 3 hari kita berpuasa kan.. Dan tahniah untuk diri sendiri dan juga untuk u all semua yang berjaya berpuasa penuh selama 3 hari ni.. Harap-harap cukup lah ye sebulan puasa.. Aminn... mood hari ni adalah tersangat-sangat lah hepy.. dan senyum pon dah lebih daripada telinga dah ni.. Macam nak melompat-lompat pon adelah jugak!!.. hahaha over tol lah.. 

bukan ape.. bagi sesape yang pernah baca entry yuyu before ni pasal yuyu kne carik keje lain tuh kan.. Alhamdulillah... syukur sangat2.. my boss dah jumpa another place for my company.. so, tak yah lah carik keje lain and i'm still work!! yeaayy!!! Then, boss cakap kalau owner building ni tak jadi nak take over pon we will still go out from here.. Dalam hati dah rasa  nak nangis dah.. Thank you boss.. Sayang nak tinggalkan kerja ni.. because i know betapa susahnya nak cari keje sekarang ni.. 

Bukan tu je good news yang yuyu dapat.. Plus, sempena bulan ramadhan ni balik keje 4.30 p.m but still masuk keje pukul 9.00 a.m.. Baik kan boss saya?? orang lain ade yang masuk keje awal then, balik awal.. but for me.. masuk lambat, balik awal.. Ohhh terasa macam disayangi boss pulak..Saya janji akan jadi pekerja yang baik dan disiplin untuk boss!!  mueheheee... gedix!! 

Pape pon, still nak wish selamat berpuasa dan jugak selamat berbuka kat u all sume .. Yang bekerja tu, jangan jadikan kerja itu sebagai alasan untuk curi tulang ye.. kih kih kih.. Akulah tu kot..  

Thanks for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Renungan 1 minit

Assalamualaikum.. 
Renungan sejenak bersama...





masih ada yang mengeluh???

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Tarikh tutup segmen: Saya Nak Kad Raya dari YUYU

Assalamualaikum... (^_^)


Alhamdulillah seramai 54 blogger dah join segmen saya nak kad raya dari yuyu...
Tak sangka ramai jugak yang join.. huhuhuhu terharu sangat2.. TQVM.. sambil mata berkelip-kelip dan senyum sampai telinga.. kih kih kih..
Anyway yuyu belum bagitahu lagi kan bila tarikh tutup untuk segmen ni sebab yuyu nak tanya pakcik posmen dulu.. then, yuyu dah tanya.. pakcik tu cakap kemungkinan 1 week before raya dh closed untuk penghantaran.. So, kene hantar cepat2 lah kan kat pakcik tu.. kang tak sampai pulak kat korang.. muehehehee...
Tarikh tutup segmen ini adalah pada...

5 OGOS 2012 AHAD SAMPAI PUKUL 12 MALAM SAHAJA!!

Jelas tak?? penyertaan diterima sehingga pukul 12 malam shj tau.. After that, I'm sorry.. ala-ala amir raja lawak.. So, sempat lagi ni korang nak join.. ada beberapa minggu saje lagi.. Pemilihan pon encik random yang pilihkan secara rawak.. so, mana lah tau rezeki korang.. 
Jom join ramai-ramai.. Mana tahu yuyu tergerak hati nak tambah lagi kad raya... Best tu...
Sesape yang nak join korang boleh klik saja iklan kat sidebar tepi tu keyh..

Thankz for reading this entry... 

Love,
YULIANA WAHIT

Renungan 1 minit

Assalamualaikum.. 



sumber FACEBOOK


Sabda Rasulullah s.a.w:

Lihatlah orang yang lebih bawah daripada kamu, jangan melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu, kerana dengan demikian kamu tidak akan lupa segala nikmat Allah kepadamu."

(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Untunk renungan kita bersama.. SHARING IS CARING!!!

Thanks for reading this entry....(^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Segmen : Saya nak Kad Raya dari YUYU

Assalamualaikum.. (^_^)


Kali ni yuyu nak buat segmen untuk kali kedua.. Tapi, segmen ni berkenaan dengan raya.. Korang nak kad raya tak?? kalau nak.. meh join..


Syarat pon tak susah... Korang just buat entry, letak banner gedabak kat atas ni.. then, cakap saya nak kad raya dari yuyu!! Paste kan link anda kat komen bawah tu k.. Itu jek.. Senang kan.. Tak yah follow and like..

Pemenang yuyu akan minta bantuan dari Random.Org
Seramai 15 orang akan dapat kad raya dari yuyu
Kalau lebih dari 50 orang yang join.. Kad raya yuyu akan tambah jadi 20 kad..
huhuh banyak tuh..

Jadi, mana lah tau korang bertuah?? hehehe...
Segmen start dari hari ni sampai lah yuyu akan bagitahu bila tarikh tutup..
Sebab nak kene tanya pakcik posmen dulu dia cuti bila..

Okeyh.. Thankz sudi baca.. Join ramai2 okeyh..

ATTENTION!
Closed Date: Sunday 5 Ogos 2012 before 12pm..

Love,
YULIANA WAHIT

Perkara-perkara yang membatalkan puasa

Assalamualaikum dan Selamat Berpuasa!!


Alhamdulillah, pagi tadi sempat bangun sahur walaupun bangun agak lambat.. Tulah penangan tidur lambat malam tadi sebab sibuk sangat layan fb, twitter, blog sampai tak ingat nak tido! Ape dah.. Yuyu bangun sendiri untuk sahur?? memang tak lah.. Mak yang akan kejut bangun sahur.. Tension je mak kejutkan yuyu bangun.. Yelah bangunnya pukul 5 pagi.. padahal mak kejut pukul 4.30 pagi.. Haisssehhh!! 

Entry kali ni yuyu nak sharing kat semua tentang perkara yang boleh membatalkan puasa.. Kadang-kadang kita ni penat puasa satu hari kan.. Sampai perkara-perkara yang perlu dititiberatkan pon kita ambil mudah.. Jom kita tengok..

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

~ Muntah dengan sengaja
~ Mengeluarkan air mani
~ Melakujan jimak (seks) pada siang hari
~ Kedatangan haid, nifas atau kelahiran bagi wanita
~ Menjadi gila
~ Pitam sepanjang hari
~ Mabuk (yang menghilangkan daya pemikiran waras) sepanjang hari
~ Murtad, iaitu keluar dari agama islam


Harap sharing ini berguna untuk semua dan selamat berbuka puasa okeyh!!! 

Thankz for reading this entry.. Peace!!

Love,
YULIANA WAHIT

Exchange Bloglist

Assalamualaikum..

Malam ni yuyu nak promote kepada blogger-blogger tegar..
Ada sesiapa yang nak exchange bloglist dengan yuyu tak??
macam kat bawah ni..




Nak tak satu sidebar dengan diorang?? kalau nak senang je..
Korang just tinggalkan link url blog kat komen bawah ni.. tu je..
Nanti yuyu terus masukkan link blog kat dalam bloglist yuyu..
Tapi dengan satu syarat.. Link blog yuyu pon korang letak kat dalam bloglist korang lah..
Baru fair dan adil kan... Kata exchange?? betul tak...


Kelebihan-kelebihan yang akan yuyu buat bagi sesiapa yang nak exchange tu.. 
Yuyu akan review blog tu setiap hari.. Dan insyallah akan komen jugak! hehehhee...
Tujuan yuyu buat exchange bloglist ni untuk mengenal lebih rapat dengan blogger-blogger kat malaysia dan juga luar malaysia.. dan sekaligus naikkan traffic korang jugak.. 
So, tinggalkan link kat bawah eh.. 


Iklan : Nak kad raya dari yuyu tak?? Kalau nak jom join segmen ni.. HERE!! 

Thank You... (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

List Blogger Nak Kad Raya dari YUYU

Assalamualaikum (^_^)

Senarai blogger yang join segmen ini.. 

  1. http://nabilamedan-taipmenaip.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  2. http://ainichedin.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  3. http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  4. http://giftspeacial.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  5. http://cintauntukkita.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  6. http://kasihhannah88.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  7. http://loveneverdeadth.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  8. http://dieksha.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  9. http://giftcikbunny.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  10. http://misspinky23.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  11. http://cyahok.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  12. http://supercontestblog.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  13. http://tiangletrikmenaip.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  14. http://mulan-sahbanu.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  15. http://yayalarhsecret.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  16. http://lovealyamaisarah.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  17. http://mun-rah.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  18. http://appleshera.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  19. http://eyqaloving.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  20. http://diarionlinenurul.blogspot.com/2012/07/segmensaya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  21. http://miasheta.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  22. http://nurinlovelolipop.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  23. http://nnatheha.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  24. http://puple96.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  25. http://akubencihitam.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  26. http://preciouselove.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  27. http://aidablurr96.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  28. http://wwwpermatabiru2010.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  29. http://dearsuperduperstar.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  30. http://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  31. http://belogfiqahcheeky.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  32. http://najihahlaa.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  33. http://ieykhadomokun97.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  34. http://syasya-ahmadjais.blogspot.com/2012/07/segmensaya-nk-kad-raya-dari-yuyu.html
  35. http://single-mingleeu.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  36. http://3259thelittleboy.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  37. http://fiqizumisyunkawk.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  38. http://mycadburychocolateblog.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  39. http://2octobersecret.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  40. http://lovoiustory.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  41. http://yesung-suju.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  42. http://dindamaisarra.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  43. http://dhiaadawiyah.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  44. http://cikaidanur.blogspot.com/2012/07/2nd-segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  45. http://nadiaelena.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  46. http://lurun-niaraf.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  47. http://nazurah-offical.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  48. http://kelimenari.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  49. http://st0ryab0utprincess.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  50. http://teenagersareawesome.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  51. http://aku-dan-giveaway.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  52. http://budakgendutgendut.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  53. http://dearbudakjahat.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  54. http://bintuabuhassan.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  55. http://jderella.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  56. http://n-mcd.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  57. http://zieyaweasley-wwwzieyaslifecom.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  58. http://mohdnoorshawal.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  59. http://www.mohdkhairi.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  60. http://liyaabloggies.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  61. http://www.syuhadasalleh.my/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  62. http://atinsecret.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  63. http://syokqin26.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-hari-raya-dari-yuyu.html
  64. http://diyanarauzi92.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  65. http://kanokino.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  66. http://mizi123.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  67. http://loveasong.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  68. http://blog-cik-epal.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  69. http://sheilashahfiekry.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  70. http://absolutelybizare.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  71. http://angellovesoldier.blogspot.com/2012/07/assalamualaikum-kawan-kawan-di-sini.html
  72. http://ghansayrock.blogspot.com/2012/07/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  73. http://fafazukri.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  74. http://chickypompom.blogspot.com/2012/07/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  75. http://www.lia-irdelia.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  76. http://afasz.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  77. http://sayadisinibukansaya.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  78. http://bicarahatidia.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  79. http://edayahzaid.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  80. http://ntmi-nurultasnim.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  81. http://mayesa-jcb.blogspot.com/2012/08/nak-kad-raya-jugakkk-tak-kiree.html
  82. http://hanani-journeyofmylife.blogspot.com/2012/08/saya-nak-kad-raya-dari-yuyu-harap2ad.html
  83. http://atinbiah.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  84. http://chocofluxuryga.blogspot.com/2012/08/segmen-saya-nak-kad-raya-dari-yuyu.html
  85. you're next!! come join here..

Alhamdulillah.. ramai rupanya yang nak kad raya.. heheehee...
Segmen masih lagi dibuka.. Sesiapa yang nak kad raya.. 
Meyh sini join ramai-ramai.. Special card for you allss!!
Klik sini untuk join -->> SEGMEN

Tarikh tutup akan diberitahu kemudian.. 
Please Alert!!

Love,
YULIANA WAHIT

Niat Bulan Puasa Ramadhan

Assalamualaikum..(^_^)


Sedikit sharing untuk pengetahuan semua!!



sumber Facebook

Jom niat sama-sama malam ni!!! 

Love,
YULIANA WAHIT

Jom Gelak 1 Minit

sumber Facebook


Ada berani???

Pengumuman puasa 2012

Assalamualaikum..




Alhamdulillah.. dapat je tahu announcement puasa.. Terus update!!
So, finally kita akan berpuasa pada hari SABTU 21 JULAI 2012.

Jadi, selamat berpuasa semua!! Semoga ibadah kita tahun ni lebih berkat!
Aminn.. 

P/S : puasa penuh tau?? jangan ponteng.. hehehehee..(^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Akan ku ingat sampai bila-bila!!

Assalamualaikum...


Beberapa hari saja lagi nak puasa.. Dah ada dugaan yang sangat menyakitkan hati!! Memang.. Memang menyakitkan!! Ishhhh.. sangat tidak suka, sangat membuat aku moody giler!! kenapa mesti aku yang kena?? carik lah orang lain.. Saja nak buat aku tambah dosa kan??




Apa kena mengena sakit hati aku dengan sifir dua kat atas ni?? Sebenarnya.. Mukaddimah yuyu yang kat atas tu semua adalah penipuan semata-mata.. Korang dah kena tipu bulat-bulat!! buahahahahhaha!! (jahatnya aku..) Jangan mare ha.. nanti kena jual. Actually and muctually!! apebende tuh.. Yuyu nak story satu kisah silam yang tak akan yuyu lupa sampai bila-bila!! 

Title Story: Tak hafal sifir 2 & dendanya kena baca sifir 2 kat kelas paling corot!!

Amacam? best tak tittle cite ni.. haha... saje nak bagi gempak siap ade tittle2 story bagai.. Masa tu yuyu darjah 6.. dan of course lah yuyu paling cute kat skolah tu kan.. (puihh!!) Yuyu student kelas kedua pandai.. (pandai tau...) And satu hari tu, subjek matematik, salah satu subjek yang yuyu paling benci skali kat skolah.. Tapi, sekarang dah jadi feveret subjek.. keh keh! Ingat lagi nama cikgu tu.. CIKGU HAFIZAH.. haa siap aku bold, underline and bagi red colour skali word tu.. Serious garang gila dia ni.. 

Dia bagi soalan kat papan hitam dan siapa yang dapat jawapan terus ke depan dan jawab soalan tu.. Oklah.. take time sikit pikir punya pikir dan yuyu pon dengan yakin dan bangganya ke depan nak jawab soalan tu.. adalah jugak beberapa kawan2 yuyu yang lain pon kedepan..  Bila dah nak jawab soalan tu.. Entah kenapa tiba-tiba kepala hotak yuyu blank. Kaku nak jawab apa.. Paksa-paksa kepala ni hafal sifir balik.. Tapi, tetap blank.. Sampaikan kawan-kawan kat belakang dah bagi hint dah jawapannya apa.. yuyu tetap blank.. macam ye ke?? ye ke tu jawapannya.. Padahal soalannya sifir dua je kot.. Sampai lah tinggal yuyu sorang kat depan tu.. kawan yang lain dah settle dah..

Kesan dari blank nya kepala yuyu ni.. Terus cikgu tu panggil.. Dia suruh yuyu baca sifir dua kat kelas paling corot sebanyak 2 kali.. Ya Allah!! tak tahu lah nak letak muka ni kat mana.. Nak menangis masa tu pon ada jugak.. Ingat nak cabut je gi bilik air x nak baca sifir.. Jap ag cikgu tu boleh cakap dia akan tanya cikgu dalam kelas tu sama ada aku ni baca atau tak.. Perhh!!! Sakit hati.. sakit sekali!! (ala-ala kumpulan SPIN) Dengan redha dan terpaksa pon pegilah kelas tu.. Sampai kat kelas tuh, perhhh yuyu tak tau lah nak letak powder berapa banyak esok gi skolah.. Dengan kepala tunduk dan muka kesian.. Ketuk pintu dan masuk, cikgu tu tanya ada apa.. Yuyu cakap jelah terus terang yang cikgu tu suruh yuyu baca sifir dua sebab tak dapat jawab soalan.. Satu kelas ketawakan yuyu!! Makkk.. nak balik!!! huk huk huk...

Oklah.. Cikgu tu pon suruh yuyu baca.. Yuyu bacalah.. 2,4,6,8,12,14,16,18.. tibe2 ada orang nyampuk 10 lah!! oh.. aah lah.. yuyu pon baca lah lagi.. 2,4,6,8,12,14,16,18,20.. ada lagi tu orang nyampuk 10 lah!! betapa bengongnya lah yuyu ni.. patutlah kepala yuyu blank.. ada ke lepas 8 terus 12.. Haishh!! Then, yuyu ulang balik lah sifir tu.. Habis, terus cikgu tu suruh balik kelas..Cikgu tu nampak gila kesian kat yuyu.. Tapi nak wat camne.. Redha!! Lepas dari tu, terus yuyu diejek2 tak hafal sifir dua.. malas nak layan.. Diam kan aje.. Last-last senyap sendiri..

Memalukan kan cerita yuyu tuh?? Hisshh!! Bagi sesiapa yang masih belajar tu, jangan lah jadi mcm yuyu ni..  Tak boleh dibuat contoh.. Itu dulu.. Tapi, sekarang.. I adalah graduation of Diploma Accounting okeyh!! (bangga sungguh..). Itulah perkara yang tak akan yuyu lupa sampai bila-bila.. even yuyu dah bercucu-cicit sekalipon!! Memalukan... 


Terima kasih sudi baca entry yuyu (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Apa tabiat unik anda??

Assalamualaikum.. 

Ehem..ehem.. (amek mood sikit..) 
Setiap manusia ada tabiat unik. Tidak kira lah dari segi perbuatan, percakapan ataupun fizikal seseorang itu.. Termasuk lah makhluk tuhan paling seksi ni..( yuyu lah tuh..) Nak tahu tabiat-unik yuyu tak?? Anguk-angguk empatbelasribu kali okeyh.. Tabiat unik yang ada pada diri yuyu ni bukan dari fizikal ataupun percakapan, tetapi perbuatan yuyu.. Sebab itu, orang lain yang menilai.. Kadang-kadang kita tak nampak.. So, yuyu adalah seorang yang suka..


Kopek Bibir : Tabiat ini yuyu tak tahu starting bila dan dari keturunan siapa.. (wahh lancang mulut akuh!) Bila diteliti balik ahli keluarga aku takde pon yang suka kopek bibir.. Aku sorang je yang memegang tittle suka kopek bibir.. Buahahaa... buruknya tittle tuh.. Dah berbuih dah mak ayah dan juga adik beradik aku dok tegur aku pasal kopek bibir ni.. Tapi tak makan!! Pernah masa kat sekolah dulu, aku leka dok kopek bibir je.. Jap ag kawan sebelah aku pukul tangan aku.. Perghhh!! Sakit gila tau tak!! Marah bebenor lah tuh. Pon tak makan jugak!! Aku tetap tabiat akuh! Bibir dah berdarah-darah pon tetap kopek!!! Itulah yuyu..


Cabut Rambut : haaa yang ni aku ada keturunan sikit.. Ikut kakak aku.. Hahaha.. Asal ada masa free sikit.. Memang tangan akan naik katas kepala.. apa lagi.. cabutlah!! kah kah kah!! Yang ni aku seronok sebab tabiat aku ni dah berjaya mempengaruhi kawan roomate aku.. Dengan dia-dia sekali jangkit cabut rambut jugak.. Padan muka kau!!! Sape suruh satu roomate ngan akuh! Dan ianya kekal sampai sekarang... Itulah yuyu..


Itulah dua tabiat unik yang ada dalam diri yuyu.. Memang tak boleh diubah. Pantang ada masa percuma.. dua tabiat ini akan dilakukan.. hahaha.. Ada yang sama dengan yuyu?? Apa tabiat unik korang pulak?? Jom sharing sini.. I like sharing!!! eh, nak tau tak.. yuyu taip entry ni pon yuyu tengah kopek bibir.. Kuang Kuang!!

Terima kasih sudi baca entry ini.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Wordless Wednesday




Love,
YULIANA WAHIT

Print Screen penuh pada Website/Blog

Assalamualaikum..

Straight to the point je lah kan.. Selalunya yuyu update ada mukaddimah panjang-panjang. Tapi, disebabkan entry ni akan lebih kepada gambar. Jadi kurangkan membebel.. Ok.. Selalunya korang print screen blog/website fokus pada sesuatu gambar saja kan.. Now, yuyu akan ajar mcm mana nk print screen penuh satu website.. macam kat bawah ni.. So, enjoy this tuto.. opppss.. fokus pada anak panah yang yuyu letak k..




Step 1) Korang kena download software ni dulu.. klik SINI

Step 2) Scroll ke bawah sampai jumpa perkataan download. Korang pilih lah korang guna web apa.. Yuyu guna Mozila. So, yuyu ajar yang mozila punya..





Step 3) The, akan kuar mcm kat bawah ni.. Tunggu beberapa minit akan kuar pop-up save file.. Klik saja save file.

























Step 4) Bila dah abis donwload. Korang tekan install.. Then, korang close Mozila Firefox dlu, pasue bukak balik.. Dia akan automatik ada kat toolbar atas.. mcm dlm gambar bawah ni..






Step 5) Dah?? ok, then, korang bukak website or blog yang nak di print screen. Bila dah loading abis blog. Korang klik saja kat ikon S tu.. Tunggu sekejap.. Dia akan automatik capture dan akan kuar page mcm kt bwah ni.. Kalau korang ada nak edit apa-apa.. Boleh edit. Kalau takde.. Terus klik save..




























pastikan klik kat anak panah yuyu letak tu keyh.. and korang save lah kt folder mana2 yang korang nak.. Then, SIAP!!! Senang kan??So, lepas ni dah tak payah susah-susah lagi untuk print screen penuh.. Yeaaaayy!!! Give me Clapp!!!


 Note: Untuk yang guna Internet Explorer & Google Chrome, Step2 nya sama je ngan mozila.. Just follow the rolls.. Hehehehe.. And, yuyu benarkan untuk copy this tutorial dengan syarat credit nama yuyu.. Okeyh sayang!!

Terima Kasih sudi baca dengan prihatin.. (^_^) Kalau dah jadi, bagitahu yuyu tau.. Kalau tak jadi pon bagitahu.. ngee...

Love,
YULIANA WAHIT

Bride To Be

Assalamualaikum...

Sememangnya akan jadi satu tekanan bagi sesiapa yang bakal menjadi B2B tu kan.. Termasuk lah yuyu ni.. Setiap hari banyak sangat perkara dan hal penting perlu di fikirkan.. Kerap kali, yuyu selalu tidur lambat sebab asyik fikir apa yang perlu prepare, take note sini.. take note sana.. dan kesannya, mengantuk kat office. Bangun tidur pon tak larat disebabkan tak cukup tidur.. Mata ni macam melekat jerk.. 7 bulan sahaja lagi untuk prepare kan semuanya.. Supaya tidak berlaku kesilapan pada hari tersebut.. Penat?? dah tentu lah penat sayang.. Tapi, bila difikir balik.. Sekali seumur hidup.. Tak pe.. Banting tulang demi capai apa yang yuyu idamkan untuk wedding day nanti.. peace!!



lebih kurang mcm ni lah tekanan yuyu.. haha.. sumber.. Encik google..


Bila roger-roger bakal B2B dengan ex-B2B dan tanya macam mana persiapan yang diorang buat.. Majority, semuanya dah separuh siap.. Ada yang setahun sebelum lagi diorang dah prepare.. Amazing kan?? Tapi yuyu, 7 bulan lagi nk wedding.. (insyaallah..) tapi, belum ada persiapan apa pon yang yuyu dh buat.. (teroknye kau yuyu!!) Sibuk men-survay je kejenya.. Tapi, takde kata putus pon yang di survay nye tu.. Kadang-kadang macam terniat nak pegi jumpa pakar bedah jek!! eh, salah pakar perkahwinan lah.. 


Try search-search kat google pon masih bercelaru lagi kepala hotak ni.. Walaupun memang ada yang sedikit membantu.. How can i do.. Just relax and do what i want.. Because its my wedding!! yeahhh!!! amek semangat sikit!! Perlu lah untuk happy kan..  And, yuyu ada terjumpa satu blog ni.. INTAN NORAZAM. Oh i love her weddings!! Memang awsome!! Semuanya dia D.I.Y sendiri.. Now, bakal M2B pulak..(mom to be) tahniah dear.. dan, setiap kali yuyu rasa tertekan pasal preparation ni.. Mesti yuyu bukak blog dia.. terus semangat yuyu kembali berkobar-kobar.. (ala-ala Vince tuh..)   kalau boleh, yuyu impikan wedding macam dia.. (^_^) 

Untuk bakal B2B yang lain.. Gud luck for your preparation! Hope tak de yang tekanan macam yuyu ni okeyh!! Enjoy saje.. And, try lah bukak blog intan norazam tu.. Maybe membantu korang sikit.. 
Yeaayyy!!!

Thankz sudi baca entry luahan perasaan ni.. Muawwhh!!

Love,
YULIANA WAHIT

Lelaki TAKUT kucing???

Assalamualaikum...


Hai.. Hemmm malam ni mesti ramai yang tengah sibuk2 update blog, blogwalking, follow memfollow, komen-mengomen.. kan..kan?? Tak kisah lah tu.. Eh, nak tanya sikit?? ada sesiapa kat sini yang TAKUT dengan kucing tak?? hiks hiks... Saya!! saya!! (yuyu lah tuh..) Ok.. dengan bangganya yuyu umumkan yang yuyu TAKUT kucing dan FOBIA dengan kucing!! Sebab apa?? biarlah rahsia... 




(klik untuk tumbesaran) sumber coklateyes



Berkaitan dengan tajuk diatas... yuyu teringat masa zaman sekolah menengah dulu.. ada seorang pelajar lelaki yang tengah makan melompat dari meja yang dia duduk ke meja sebelah.. disebabkan dia terkejut nampak kucing lompat kat sebelah dia!! buahahahaa... (lelaki tau?? bukan perempuan.. ahakss!! ) masa tu makan tengah hari.. yuyu ni bekas pelajar sekolah arab.. so, dah tentu stay hostel ye dak?? Balik kelas pukul 1.50 petang.. Memang kelaparan tahap gaban lah kan perut ni.. dan undang2 sekolah arab kan.. pelajar laki dan perempuan tak boleh bercampur.. tapi kami hanya di sempadankan dengan besi yang pemegang tu..(tak tau nama dia..) 

Berebut-rebut adalah suatu perkara biasa bagi pelajar2 skolah yuyu ni.. tak tau lah sekolah korang.. Tapi, yang buat yuyu tension.. Banyak sangat kucing kat sekolah yuyu tu.. Kadang-kadang macam dah tempat taska kucing pulak.. Haiisshhh!! dah lah takut kucing.. Okeyh.. Masa tengah makan tengah hari tu.. Yuyu pon ada sekali lah masa tu dan kebetulan yuyu makan menghadap lelaki.. Pastu, yuyu nampak ada seekor kucing ni  berjalan ke arah sorang budak ni lah... Dalam fikiran yuyu.. ni mesti jap ag dia lompat ni.. Habis lah!! 

Tiba-tiba.. kucing tu lompat!! perhh.. melompat budak lelaki tu kat meja sebelah!! kah kah kah!! Tersedak yuyu masa tu.. Masin betul mulut akuh!! Masa tu, malu yang budak tu rasa memang yuyu sekali dapat rasa.. (sebab aku takot kucing lah!!) Semua budak2 kat kantin ketawakan dia.. Yahh,, yuyu akui yuyu pon ketawakan dia.. hahaha!! Kelakar gila boleh tak tengok muka dia... Last2 aku sendiri kesian tengok dia.. Dia terus cabut dari kantin terus blah masuk hostel!! Maybe dah malu sesangat lah tuh kan.. Kesian kau!!

Korang pernah jumpa lelaki takut kucing tak?? haha.. mesti comel kan...

Thankz sudi baca entry ni.. (^_^)

Masalah Keputihan dan Rawatan

Assalamualaikum..


Masalah yang sering di hadapi oleh wanita zaman sekarang yang paling banyak adalah masalah keputihan.. Keputihan ni ialah lendir yang keluar dari faraj wanita. keputihan ini jugak terbahagi kepada pelbagai sifat.. Biasanya keputihan ini bewarna jernih atau kelabu keputihan.. dan selalunya kalau keputihan tidak berubah kepada warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.. Tetapi, jika keputihan itu seperti yang disebut tadi. berlendir dan beku seperti susu basi serta berbau hanyir dan kegatalan pada faraj ini menandakan jangkitan.. Jom kita tengok apa yang punca yang menyebabkan keputihan ni..

  • Keputihan atau lendir berubah akibat daripada perubahan hormon, mental, jangkitan, ubatan dan juga penyakit dalaman kerana wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.. 
  • Tambahan lagi, wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.. 
  • Keadaan yang stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan dan mengakibatkan keputihan yang berlebihan..
  • Penyakit dalaman seperti kencing manis, tiroid akan mengakibatkan tidak seimbang hormon dan mudah  mendapat penyakit..
  • Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj ni adalah jangkitan seksual seperti, Bacterial vaginosis. Candada vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau Herpes.. (ini yuyu search kat google.. tapi lupa nk copy link dia.. Sory...)
  • Setiap jangkitan yang diatas ni mempunyai sifat lendiran dan bauan yang berbeza..

Cara rawatan secara Moden:
  • kalau seandainya anda aktif dalam hubungan kelamin, jadi, digalakkan untuk menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis
  • gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
  • tetapi, sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai masalah ini..

Cara rawatan Tradisional: ada 2 cara..
Cara pertama
  • Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan..
  • then, rebus pucuk pegaga tadi dengan 2 gelas air bersih
  • masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan tu
  • bila mendidih, biarkan sejuk
  • bila dah sejuk, tapis air rebusan tu
  • minum air tersebut 2 kali sehari
  • amalkan sampai masalah tersebut sembuh
Cara Kedua
  • ambil 12 helai daun sireh dan bersihkan
  • then, sediakan 1 liter air suam
  • ramas semua daun sireh dengan air suam tadi
  • tapis air tersebut
  • gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda,
  • lakukan hingga dapat atasi masalah keputihan..

**harap dapat membantu kaum hawa yang menghadapi masalah tersbut.. 

Thank you sudi baca.. Ini untuk pengetahuan tau!! I love sharing is caring...

Love,
YULIANA WAHIT

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol