Minuman berkarbonat menyumbang kepada kematian

Minuman berkarbonat atau lebih dikenali dengan minuman bergas yang lagi sedap dan masyuk bila masuk dalam mulut dan mengalir di longkang tekak yang dihujani dengan matahari atas kepala.. Perhhh... memang syiiokkk!!!.. Tapi, tahukah anda semua bahawa minuman sebegini rupa boleh bawa korang kepada kematian?? Mungkin ramai yang tahu.. dan mungkin ada yang tahu.. Bagi kepada makhluk yang tak tahu tu.. Anda dikira bernasib baik lah.. Sebab nasi dah jadi bubur.. Tak ley den nak tolong na... kepada yang dah tahu ni... tapi  masih berdegil dan buat-buat tak tahu... Tanpa rasa menyesal dalam diri menogak minuman tu.. hayyookkk.. tak tahu.. lakling mata juling.. bapak bawak anak fatimah juling!! 



gambar ini bukan bertujuan untuk mengkondemkan mana-mana pihak.. hanya untuk paparan kepada manusia yang tidak tahu apa itu air berkabonat.. erkk..ade ke??


Menurut kajian yang telah dibuat, kalau korang minum 1 tin minuman berkarbonat setiap hari.. Ianya akan menyumbangkan serangan jantung secara free.. haaa.. secara free tau dapat serangan jantung.. tak payah bayar pong.. itupon kalau korang minum setiap hari lah.. (eh, tp jangan jadikan alasan pulak eh.. mentang2 aku ckp kalau korang minum setiap hari baru dpt serangan jantung,, then, korang pon minum 2 hari sekali..) hahaaa.. penyakit tu datang bila-bila masa je dik.. korang tak minum air gas pon kalau nak terserang jantung.. kena jugak.. cuma... ini adalah salah satu faktor penyebab serangan jantung..


Kajian dibuat terhadap lebih 40000 lelaki yang menunjukkan keputusan mengejutkan dimana kandungan gula dalam minuman berkarbonat itu berisiko serangan jantung sehingga 20 peratus dan jugak boleh menyebabkan kematian.. haaa... dia tambah lagi pakej penyakit.. masih berdegil lagi?? semuanya berada dihujung jari anda.. Tambahan lagi, pengambilan gula berlebihan jugak akan menghasilkan lemak simpanan dalam badan kita.. Tak dinafikan.. aku pon ade lemak simpanan juga... Boleh packing2 kalau ada sesiapa yang urgent nak pakai lemak simpanan... buahhaahaa... (ko ingat lawak sangat ke yuyu..)


Oh yaa... bukan minuman berkarbonat saja tau yang berpotensi sedemikian.. Minuman manis pon  penyumbang jugak kepada serangan jantung ni.. termasuk lah minuman buah yang first-first baik untuk kesihatan tapi menjadi penyumbang penyakit bila korang letak gula dalam minuman tu.. ada paham ka?? good..   So, kepada rakyat2 semesta alam yang selalu mengamalkan dan kerap sangat minum minuman berkarbonat atau bermanis.. harap dikurangkan ye.. untuk kesejahteraan kalian jugak... termasuklah aku ni.. yang suka minum air manis.. hahaha... Kita ni kalau boleh nak hidup lama kan.. and tak nak lah muda-muda dah sakit sini.. sakit sana.. menyusahkan orang lain jerk... kesian mak bapak aku nanti..


Ini pesanan untuk semua okeyh.. Jagalah kesihatan kamu sebelum penyakit datang menyerang!! Majulah sukan untuk negara!!


yang suka minum air manis...
YULIANA WAHIT


2 ulasan:

Unknown berkata...

ooo..baru tahu la sis...nice sharing...tp minuman bergas tu peberet..hikhi8k

Unknown berkata...

pergh.. nasib baiklah saya ni tak minat air gas ni... kadang setahun baru minum sekali

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol