Tips : Mengecilkan liang roma

Assalamualaikum..

Masalah liang roma ni dah sinonim dah dengan muka kita kan.. Boleh dikatakan majoriti ramai yang mempunyai masalah liang roma.. Include yuyu..(bukan include postage tau.. ni bukan meniaga..) Macam-macam cara dah yang kita lakukan untuk hilangkan liang roma yang degil tuh.. tapi, ade yang berjaya.. ade yang tak berjaya.. 
kat sini.. yuyu nak share sikit cara-cara macam mana untuk mengecilkan liang roma.. Ini yuyu amalkan sendiri kat rumah..


1) Selepas cuci muka dengan pencuci.. automatik liang roma tu akan terbuka. Masa ni, sapukan penyegar (toner) kat muka menggunakan tisu atau pon kapas... yuyu biasa guna kapas lah.. kalau boleh pilih penyegar yang sejuk dan jugak bertindak untuk mengecilkan liang roma (pore minimizer). Biasanya toner yang berunsurkan timun lebih baik.. Tapi, ada jugak orang cakap selepas cuci muka, letakkan air batu (ais) dimuka then, barulah letak toner.. tapi yuyu belom pernah buat lagi.. boleh cuba kalau nak cuba..

2) Pastikan korang amalkan scrub muka dalam 2 atau 3 kali seminggu.. Scrub ni bertujuan untuk membuang sel-sel kulit mati untuk mengelakkan tumbuh jerawat dan juga jeragat. Tapi, pilih lah scrub yang ada mengandungi micro-scrubber sebab antara peranan micro-scrubber tu menanggalkan sel-sel kulit mati.. Biasanya yuyu akan guna scrub ni pada waktu pagi selepas bangun tidur.. Yuyu akan cuci muka guna scrub.. Yuyu tak guna pencuci muka.. Pencuci muka yuyu akan guna lepas balik kerja.. Tapi, bila-bila masa boleh guna scrub ni.. bukan waktu pagi saja..

3) After bersihkan muka menggunakan scrub, kalau boleh pakai mask kat muka untuk membantu mengecilkan liang roma. Tapi, mask yang lembap tu tau.. Bukan mask yang untuk tanggalkan blackhead & whitehead tu.. itu lain.. Pakailah selama lebih kurang 8 minit atau 10 minit lepas tu bilas dengan air. Yuyu yakin, korang akan rasa kulit muka lebih licin dan halus je.. dan juga liang roma lebih kecil..

Tapi, pastikan korang berdisiplin lah kan buat benda ni.. Jangan separuh jalan je.. Mula-mula je semangat.. Dah lama-lama dah malas.. macam mana nak hilang liang roma tu kan.. Pastikan juga korang cuci muka setiap pagi dan malam.. Lagi-lagi yang menempekkan make-up setebal 5 inci kat muka tuh.. mueheheee..

Okeyh!! Selamat mencuba semua!! ngeee.. SHARING IS CARING!! loikkeee..

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

10 ulasan:

dayteen lea berkata...

nicee tipss

gεgυяl кechiкツ berkata...

baca niyh . . hehe

http://sukasukimystory.blogspot.com/2012/07/i-love-you-beribu-kali.html

eimah siti berkata...

dulu pakai la toner sgala ni...tp skrg, pencuci muka pun da tak pakai....rasanya lagi better kot.....huhu

cik yuyu berkata...

maybe muka awak tak sesuai kot.. sometimes tengok pd kulit muka jugak..

Cik Rongoks berkata...

tips yg bagus.hikhik

لين Si Pipi Merah berkata...

nice sharing lah sayang.. :)

Leeza dayasari [santai leeza] berkata...

thumb up tips...

Boni Kacak berkata...

owh.. mask pun ada macam2 jenis ye?? saya ingatkan satu jenis je yang tarik bintik2 hitam tu je

cik a'an thanx to readers :) berkata...

sy xrjin tp rsnya kna ikut jgk tips 2 hehhe

Ika Purplez berkata...

Boleh kalau pakai prodak berlainan jenama?ada effect tak?

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol