dicintai lebih baik dari mencintai

Assalamualaikum...


Siapa setuju dengan tittle entry kat atas tu?? kembangkan hidung korang sekarang..and masukkan jari pasue keluarkan balik tengok apa yang keluar!! bwaahhahahaa.... (plis lah.. tak kelakar okeyh..) Ehem.. malam ni terasa macam nak berjiwang-jiwang pulak... Mungkin sebab dilahirkan sebagai seorang wanita yang mempunyai naluri kasih sayang dan kejiwangan ni... Okeyhlah.. for me.. sangat setuju dengan tittle post yang aku taip sendiri ni... (ko ni mana satu ni.. kejap tittle entry.. kejap tittle post..) mana-mana lah..  because of what?? jap.. aku thinking jap... 



gambar ini tiada kene-mengena.. hanya untuk memeriahkan lagi entry ni..
sumber --> ENCIK GOOGLE


berdasarkan pengalaman hidup aku selama 21 tahun ni.. macam-macam kisah percintaan yang pernah aku alami.. terlalu banyak sangat sketsa-sketsa dari skrip yang aku sendiri tak tahu siapa yang tulis.. Terutamanya budak roomate aku lah.. Dah jadi satu lumrah bila dah duduk satu rumah dan satu bilik pastu mesti ada terselit-selit sikit sketsa percintaan masing-masing.. Hahahaa... Bila dah start cerita.. Mula lah yang lain-lain pon nak interprame jugak cerita masing-masing.. Hoiii.. tak nak kalah tu... Kadang-kadang aku perasan.. Macam bangga pulak kan korang cerita hal2 percintaan yang ko sendiri pon tak tahu titik noktah nya kat mana.. Hemmm... ragam manusia.. penuh dengan teka-teki.. eh eh... kenapa aku macam dah lari tajuk plak ni.. hahaa.. gila lah aku!!


Dicintai lebih baik dari mencintai... ada yang masih tak paham lagi apa maksudnya?? meyh aku terangkan.. Lebih baik kita memilih pasangan yang mencintai diri kita daripada kita mencintai seseorang tetapi pada akhirnya.. sendiri merana... memang diakui lah tak semua yang mengalami situasi macam ni.. tapi, aku yakin sangat majoriti pernah kan?? kan..kan.. haaa kan betol!! aku sendiri pon pernah jugak alami situasi ni.. Masa tu memang time-time cinta dengan monyet lah.. eh, cinta monyet lah korang.. orang kata budak baru nak naik a.k.a budak agas.. Orang bercinta.. aku pon sibuk jugak gatal carik lelaki untuk aku jadikan pakwe.. kah kah.. seriously lah.. bila dah couple tu mesti atas dasar kita suka kat dia kan.. tapi.. bila kita dah betul2 mencintai orang tuh.. time tu lah dia tinggalkan kita.. time tulah kantoi dengan couple dengan orang lain.. time tu lah dia buat tekanan darah kita naik.. dan.. kita tak sedar yang bahawa ada orang sekeliling yang dekat dengan kita yang lebih mencintai kita seadanya.. tapi, berlagak.. buat-buat buta mata ni.. padahal dengan dia lah kita share problem.. dengan dia lah kita nangis sampai keluar cendol hijau korang yang lazat tu.. eeeuuuwwwkkkk... kenapa kita tak nampak?? (uit.. perenggan dah panjang.. sambung perenggan baru key.. scroll ke bawah..)


sebab itu lah ujian yang Allah bagi kat kita.. tak perlu lah kita nak menangis sampai pedih-pedih mata.. sampai air mata korang kering siap support guna air paip kat bilik air.. tak guna semua tu.. bukannya boleh patah balek masa.. just thinking what the hikmah disebalik itu.. and.. create a new entry in your life...( ni bahasa blog aku guna..) Aku pon sama jugak sebenarnya.. pernah kena situasi macam kat atas tu.. tak payah cakap orang lah yuyu.. BUT!!! i wanna help u.. terutama insan yang bergelar WANITA.. satu sikap dalam diri wanita adalah mudah mencintai lelaki dah mudah berubah hati.. asal lelaki ni puji-puji sikit.. haaa mula lah dah jadi cacing kepanasan.. bergolek-golek.. cintan sana.. cintan sini.. tup2... menangisssss.... sama macam aku... tak de kurangnya aku ni.. cuma.. semakin lama.. kesedaran dalam diri ni semakin bersinar bahawa jangan terlalu mencintai insan yang pada mulanya manis.. tetapi mungkin akan berakhir dengan pahit.. Malah.. terimalah insan yang mencintai diri kita seadanya yang memang pada mulanya pahit.. tapi insyaallah akan berakhir dengan manis.. Renung-renungkan dan selamat beramal...


Terima Kasih sudi baca entry ni.. Kiss sikit.. Muawhh!!

Love,
YULIANA WAHIT

5 ulasan:

iela halilah berkata...

yup, belajar dari pengalaman . :')

Boni JLL3 berkata...

baiklah.. saya setuju sangat2 dengan entri ni

Muttallif berkata...

Kita semua sentiasa dicintai. :)

kita sahaja tidak nampak.

MyMy berkata...

Allah sentiasa mencintai kita sebab itu Dia menguji kita dengan pelbagai ujian dan dugaan :)
jangan risau kak, tulang rusuk yang hilang pasti akan bertemu dengan tuan nya juga.. :)

Yumida berkata...

beznya di cintai...
moga pasangan kita mencintai n menerima kita apa adanya kita

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol