Perlu ke balas komen kat blog sendiri??

Assalamualaikum...


Sedang aku tonyoh-tonyoh masker Bioglo dan menikmati kesejukan masker ni kat muka aku sambil berangan depan cermin.. cantik jugak aku ni rupanya.. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu yang memerlukan jawapan dan sekaligus mendesak-desak aku untuk taip entry baru.. Dengan semena-mena idea datang mencurah-curah untuk aku hembuskan dalam entry ni.. Apelagi.. cepat-cepat aku tonyoh muka aku ni bagi siap. Takut kalau aku dok tonyoh bagai gadis melayu terakhir.. Habis semua idea-idea aku pupus.. wahahaha... Aku rasa tajuk entry kat atas ni menarik.. dan of course lah isi-isi penting dalam ni jugak menarik.. aku yang tulis gitu kan!! 


Perlu ke balas komen kat blog sendiri??


Jawapannya : Tak wajib tapi sunat.. ( buat bagus tak buat tak pe..)

walaupun aku akui.. aku masih lagi mentah dalam dunia blogging dan memang tak layak nak bagi tips or sharing kat korang.. tapi tak pe.. kot-kot berguna jugak untuk korang.. sebab.. SHARING IS CARING right?? so, bagi pendapat yuyu sendiri lah eh.. sangat perlu untuk kita membalas semula komen-komen daripada rakan blogger yang lain.. ini kerana banyak faktor-faktor yang mempengaruhi terutama kepada blog kita.. Antaranya ialah...



Interaksi: seperti mana aku pernah belajar dalam subjek perdagangan kalau tak silap aku.. betapa pentingnya interaksi atau senang cakap komunikasi antara dua hala, tiga hala, empat hala dan berhala-hala dalam suatu perdagangan atau perniagaan.. Ini bertujuan untuk mewujudkan silaturrahim dan juga pendekatan secara langsung. Begitu juga dengan blog kita.. Bila kita ping sesuatu entry kat mana-mana.. dan alhamdulillah ada yang sudi baca blog kita setelah penat lelah keringat kita perah otak untuk hasilkan entry tersebut.. dan mereka komen entry kita.. itu sesuatu yang amazing kan.. Bukan senang tau nak orang komen entry kita.. Jadi, hargailah sedikit.. Rajin-rajinkan jari anda membalas komen sepertimana jari anda rajin untuk meng-update entry.. (oh... update entry yang panjang berjeler rajin... tapi, nak balas komen aku.. buat-buat tak rajin plak..) haaa.. kan tak sedap dialog kat atas tu.. So, tak mau eh.. 


Urgent: mungkin ada diantara pembaca-pembaca yang komen di entry anda kerana ingin bertanyakan sesuatu  atau memerlukan jawapan bagi entry korang dengan segera.. tapi, tiada maklum balas. mungkin tanpa kita sedar.. ini akan menimbulkan sedikit kecewa terhadap pembaca itu.. Yelah.. mana taknya.. kalau korang tak balas komen dalam masa satu hari x pelah.. tapi, ni dah sampai 3 hari pon tak berbalas.. Jangan tanya kenapa kalau-kalau tiada lagi pembaca yang singgah di blog korang.. Pikir-pikir kan lah ye...


Blog korang memang best: haaa... yang ni aku rasa semua paham kot.. macam aku ade belajar dari seorang blogger terkenal ni.. kalau aku cakap siapa dia mesti ramai yang kenal kan.. hahaa.. ape yang aku belajar dari dia adalah cuba brandingkan blog korang.. tulis sesuatu entry yang boleh menarik hati pembaca untuk selalu singgah ke blog korang.. tak kira lah macam mana pon caranya.. hanya kita yang tahu macam mana nak curi hati pembaca.. aku bagi contoh.. macam sorang blogger ni.. nama dia BoniKacak. Aku suka cara penulisan dia.. Dia adalah seorang yang suka berimaginasi tinggi dalam setiap apa yang dia buat.. Entry dia semua menarik dan kelakar.. Kalau tak percaya aku cakap.. korang klik je nama dia kat atas tu dan baca setiap entry yang dia tulis.. kalau tak nak.. tak paksa pong!! Lama-kelamaan korang akan paham apa yang aku cakap.. Anyway.. Thanks abg Boni.. Bila pembaca dah suka kat blog kita.. Dah tentu-tentulah dia komen entry kita kan.. Dan komen tu secara langsung menaikkan semangat kita untuk terus berblogging.. Betul tak?? ayat aku ciplak dari Boni... Sorry eh.. So, ape lagi.. tak reti-reti nak balas komen ke?? balas lah walaupun ciput je.. okeyh!!


Wah femes abg boni kali ni.. aku dok mention-mention nama dia.. wahahaa.. tak pe.. benda yang baik perlu lah kita share kan.. peacee!!! eh, rasanya itu je kot yang aku dapat share.. sebab tiba-tiba otak aku jadi tepu.. dengan masker kat muka aku ni yang dah keras macam batu tak boleh nak gerak-gerakkan muka.. Okeylah.. Nak cabut masker ni... Kang terus melekat padan dengan muka aku.!! hahahaaa...



macam nilah rupa aku masa taip entry ni.. dah serupa orang minyak je..
eh, baru aku perasan.. aku memang suka letak gambar yang kabur-kabur...


Selamat Malam... Thank u sudi baca entry ni.. Semoga memberi sedikit ilmu untuk kalian semua..

Love,
YULIANA WAHIT

24 ulasan:

Boni JLL3 berkata...

eh... patutlah daripada tadi rasa macam kena tampar2 je.. rupanya ada orang mentioned la..hahahaha

memang betul lah tu.. komen ni penting dalam menaikkan semangat kita utk terus berblog.. kalau tak, blog kita tak meriah tau.. bab balas komen balik tu memang betul. tapi saya ni malas nak balas. tak terkejar nak balas,hehehe

Nadot berkata...

Entry yg baik..
btul2..suke kalau kite blogwalking ke blog org n org reply..rase cam 'dekat' la sket n lebey bersemangat nak visit lg blog tu.. :)

Maisarah Azmi berkata...

terpulang kepada individu jugak nak balas tak.. better balas la.. nampak caring sikit

ccicute berkata...

setuju sangat.. tp kekadang tu ade gak terlepas pandang..... tp ade 1 gak masalah... kalo kita ni je yg rajin komen kat blog dia.. kat blog kita... hermmm... 1 komen pon x hado dr dia... adil ke... ^_^ just wondering.. ^_^

Syuhada Nasya berkata...

nice tips hehe .. tq taw :)

cik yuyu berkata...

buahahahaaa.. betul lah abang boni.. kadang-kadang malas sikit nak balas.. jadi, maafkan jelah kalau tak terbalas tu.. kih kih..

cik yuyu berkata...

kan?? huhuhu.. rasa macam diberi penghargaan yang tinggi sangat.. dlm hati ni..rupanya ada yang sudi baca n komen entry aku.. huhu..

cik yuyu berkata...

yup.. cuma terpikir perasaan org yang dah komen tp tak dibalas.. huhu..

cik yuyu berkata...

yang tu tak dapek nak tolong na.. hanya berdoa semoga dia sedar akan perkara itu..

cik yuyu berkata...

welcome dear..

Sue PeLik berkata...

uiiiiiii tersangat mangat pentinggggggg untuk membalas setiap komen even dia cakap TQ jer! sebab itu pun satu komunikasi jugak kan?? apa perasaan kita bila orang tak bls komen kita??mmg laa kdg2 org tak der perasaan n tak sedar pun kita bls komen dorg tapi at lis kita dah memberi respon yang baik! kan? kan? hikhikhik. sori mmg suka merepek sikit. huhu

Cinta Misteri berkata...

CiM jarang balas komen kt blog. Normaly CiM balas masa type komen kt blog yg bertanya tu. Yealah kengkadang tk patut gak, tp Nk buat cmne harian kita pack sgt, so nk bls komen yg simple2 tu....hurm nk bls komen je dh makan masa 1/2 jam. Baca senyum2 sndiri jelah. Tp klau yg komen dlm bntuk soalan psti CiM akn bls d blog mereka. Itu lbh praktikal rasanya..

*klau komen ada 30, so maknanya nnti akn jd ~60 comments~

cik yuyu berkata...

hahahaa... betul3... kedip2 mata macam upi ipin..

cik yuyu berkata...

yup.. bila tengok komen banyak.. semangatnya... walaupun kita sendiri yang komen..

Razil Tahir berkata...

Elok balas rasanya. Especially salam yang diberi. Sebab tak jawab dose... huhuhu

Dan jangan lupa balas kunjungan sebagai menghargai kedatangan dorang dan mengamalkan nilai amalan kunjung-mengunjung di Malaysia yang muhibah neh.
Cewah! XD

cik yuyu berkata...

betul-betul.. waahh.. penuh berwibawa..

◕ Kawaii D Y S H A ◕ berkata...

bleh nk blas.. tgok komen ar mcm mna... pmbaca len dtg tgok n baca komen2 so dorang tau apa yg berlaku.. sy klu rjin msti blas sume komen, pastu p blog yg komen tu. follow n komen entry die plak

Cik Rongoks berkata...

reply komen tu ika rasa penting :)) hikhik

N.Aima K berkata...

kadang-kadang saya pn x terbalas komen T________T...so saya terjah je blog dia balik

cik yuyu berkata...

betul.. amalan itu yang seorang blogger kena praktik kan..

cik yuyu berkata...

betul.. betul.. betul..

cik yuyu berkata...

samalah kita yunk.. :)

AmyZana berkata...

rasanya tak kisah nak balas atau tak. semuanya terletak pd keputusan tuan blog lah nak reply komen atau sebaliknya ~

tp tak salah kalau nak reply komen pun kan? barulah nmpk kemesraannya di situ ~ tak adalah kene cop sombong ke apa ~

tp kalo blogger2 femes ni dorg tak terkejar nak balas komen sbb yalah. blog femes kan ?

setiap minit ada je yg drop komen. susah sikit lah :) but blog sye pun tak adalah femes so senang sikit lah nak reply komen semua xD

Izzah Norlizah berkata...

wah,,,btl la.bkn sng org nk komen entry kta.Tips yg mnrik,,,Thanks^^

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol