Terlepas hukuman walaupun mengaku merogol gadis bawah umur

Assalamualaikum


Pemain boling tenpin kebangsaan (Noor Afizal Azizan) ni terlepas dari hukuman penjara apabila Mahkamah Rayuan membenarkan permohonannya untuk bebas hanya dengan perintah berkelakuan baik selama lima tahun dengan ikat jamin RM25,000 kerana merogol gadis bawah umur.. Keputusan ni dibuat sebulat suara oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Raus Md Sharif..

Malas nak tulis banyak-banyak.. Just want to say.. Sangat tidak setuju dengan keputusan ni.. Mana perginya hukum Allah yang memang sudah jelas dalam Al-Quran?? Kenapa terlalu pentingkan hukum dunia?? Apa gunanya ada Mahkamah Syariah dalam negara kita?? Dah jelas-jelas  merogol gadis dibawah umur adalah satu kesalahan.. Tapi, bebas hanya dengan membuat rayuan?? Bagaimana dengan maruah gadis tersebut?? Keluarga gadis itu?? Malu yang ditanggung gadis itu? Kenapa hukum sekarang mengambil mudah dalam sesuatu perkara.. 

Astagfirullahalazim... Ya Allah.. Adakah pihak mahkamah yakin dengan memberi tempoh lima tahun untuk berkelakuan baik akan terlaksana?? Hati ni rasa sedih sangat bila baca news ni.. Malaysia adalah negara islam dimana umat-umat nabi muhammad memperjuangkan agamanya.. Tapi... apa dah jadi?? 

*adakah lepas ni semua kesalahan akan mendapat hukuman yang ringan hanya dengan membuat rayuan??
sumber Harian Metro




9 ulasan:

Boo berkata...

Assalamualaikum yuyu..
sheila tak tau pula kes jadi camni..
mmg terang lagi bersuluh, negara ni dah tak guna law ikut agama islam yang betul..
kesian keluarga gadis bawah umur tu..
semoga mereka tabah..

Schu haDa berkata...

Ya Allah, ni da kes ke bpe da jd cmni..mcm tuan hakim tu tuhan pulak..dye lak yg create hukum dye sndiri

Cik Rongoks berkata...

hurmm.kalau ika kt tempat gadis tu, mau menangis la. adeh..

Cik Clara berkata...

Seriously, rasa benci, myampah sgt ngan berita nie.. ape lah nak jd dgn udang2 mlaysia nih kan.. cbe bayangkan ape yg bakal jd dgn hidup gadis tue? dah la menanggung malu seumur hidup.. yg bersalah pulak,seronok jer... Ya Allah..

Nabilah Hashim ♥ berkata...

macam mane dengan maruah gadis tu ? dunia oh dunia

boni kacak berkata...

ini adalah satu keputusan yang sangat2 tak adil

hudahassan ^^ berkata...

dunia akhir zamann ~

tsktsktsk :'(

ikaa berkata...

Apa nie, mn perginya yg katakan martabat perempuan diangkat? kalau cmne laa, lpas nie byk lagi laa kes rogol. Mangsa trauma, yg penjenayah boleh gelak seronak kan.

Hukum Allah, dah xdihiraukan lagi ke? bila mati nnt mnjawap la erkk..

NUR AIN AZMAN berkata...

Di permain2 kan maruah gadis tu, masyaAllah. Dunia sekarng, hurmmm

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol