Memaparkan catatan dengan label DIY Guest Book. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIY Guest Book. Papar semua catatan

DIY Guest Book

Assalamualaikum. :)

Since last week terpikir bila lah nak start DIY guest book ni. Haishh tak menyempat langsung.. Sibuk menyiapkan HB order dari customer, dari kawan sendiri jugak yang nak kahwin this December. Membusy kan diri untuk orang lain, sampai untuk diri sendiri tak menyempat. Huehuehue.. Alhamdulillah tadi baru siap buat guest book untuk tetamu nak conteng-conteng for my big day nanti. :)

Before tu, pernah terniat nak order je ngan orang untuk guest book ni, sebab badan ni tak mengizinkan untuk mencuri-curi masa buat guest book. dengan this week my konvokesyen day lagi.. tapi, kecewa sangat sebab harganya sangat MAHAL!!! price start from RM90 and above. Memang yuyu fikir 100 kali sama ada nak order atau tak.. sangat tidak berbaloi habiskan beratus2 ringgit semata-mata untuk guest book. Start dari tu, tak kira!! yuyu nak DIY sendiri jugak untuk guest book ni. Apa cara sekalipun..

Yuyu baru teringat yang ada lebihan kain putih (masa buat veil nikah), pearl beads size besar dan kecik, dan lebihan lace. So, yuyu pon keluar lah untuk cari additional items for guest book. Tak nak lah nampak simple sangat. 


Firstly, yuyu beli kertas lukisan untuk dijadikan buku. Yuyu beli dalam 4 pcs, 1 pcs ada 16 keping kertas. Yuyu gabungkan semuanya dan cover depan dengan belakang tu yuyu guna kertas keras yang bahagian belakang kertas lukisan tuh. Jimat dan tak payah beli had cover yang keras lagi. Then, yuyu stapler dibahagian tepi kiri dan binding tape macam buat assignment gitu. hehe, total semuanya ialah RM11.50. 

Lepas tuh, yuyu beli span nipis untuk digamkan dibahagian cover depan dengan belakang, supaya bila pegang buku lembut je dek effects span tuh. Like!  Kemudian, yuyu sampul buku tu dengan kain lebihan masa buat veil tu. Macam sampul buku teks.. :) Tapi, pastikan kain tu ditarik sedikit supaya nanti rata, kemas dan tak berkedut.


Nampak tak effects span kat situ?? :)

Jadi, bermula lah sesi mendesign guest book nih. Tonggeng sana.. Tonggeng sini.. Pusing sana.. Pusing sini.. 

Dan hasilnya!!! TARAAA!!!





(Front & Rear view)

Cantik tak?? Exclusive tak?? nampak macam mahal tak?? Hehhehe.. Yuyu tampal lebihan lace, kemudian yuyu tampalkan pearl beads size 8mm & 6mm (pink & putih total RM8.00)  kat atas lace dan jugak di semua permukaan cover tu nampak macam bersepah2 sikit dan yuyu letak gambar yuyu dan tunang yang dikelilingi oleh bulu-bulu (1/2 meter RM1.50) comel tuh. Yuyu letak reben transparent di bahagian tepi kiri tu  supaya tak nampak kosong sangat dan yuyu tampal kan reben pink plain (RM6.50) tu untuk mudah diikat dibahagian hujungnya. Total kos DIY guest book ni adalah RM29.50 sahaja. Murah kan?? daripada tempah kat orang sampai beratus-ratus ringgit sangat membazir. 

Alhamdulillah, berkat usaha dan rajin dapat yuyu siapkan guest book yuyu sendiri. Biarlah tak semahal mana pon macam orang lain yang penting hasil titik peluh sendiri terasa berharganya. Siapa kata tak boleh berjimat?? yang penting rajin je.. Semuanya boleh!! Yeayyy!!

See u next entry.. Bye!

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol