Kahwin Muda?? Relevan atau tidak!

Assalamualaikum.. :)

Korang perasan tak yang zaman sekarang ni dah berputar balik ke zaman nenek, moyang, mak, bapak kita?? Haah, banyak sangat benda dah jadi macam dulu-dulu.. Contohnya macam trend pakaian, tudung.. apa lagi?? haaa lagi-lagi sekarang ni, dah ramai yang kawen muda... eh, kawen diusia muda. Macam yuyu. Yuyu lah salah satunya calon berkahwin diusia muda.. :) 


Korang rasa bagus atau tidak berkahwin diusia muda??

Dari yuyu start baligh lagi yuyu dah berazam dalam diri yang yuyu nak berkahwin pada usia 25 tahun. Tak nak kahwin awal-awal dan tak nak kahwin lambat-lambat. Tengah-tengah. Yuyu nak belajar tinggi-tinggi sampai dapat PHD, then yuyu nak carik duit, nak keje dulu. Beli rumah, beli kereta baru fikir nak kahwin. Wahhh, tinggi sungguh cita-cita dan angan-angan yuyu ni. tapi, tak salahkan kalau ada angan-angan.. 

Masa sekolah, yuyu takot nak kawen muda-muda sebab nanti orang cakap yuyu gatal nak kahwin. Tapi yuyu pon tak nak kahwin lambat-lambat sebab tak nak kena panggil andartu (anak dara tua). Advance tak yuyu, muda-muda dah fikir pasal masa depan. Huehuehue..

Sesungguhnya kita hanya merancang, Allah yang menentukan.. Planning yuyu dari kecik rupanya Allah dah planning dulu sebelum yuyu lahir.. Allah dah tetapkan yuyu belajar sampai mana, yuyu kawen bila, jodoh yuyu ngan siapa, yuyu dapat suami macam mana.. Dari A-Z Allah dah tentukan. 

Dalam Islam, tak perlu fikir tentang apa orang nak cakap tentang kita. Sebab, orang akan bercakap selagi hayat masih dikandung badan. Lagi-lagi bab kawen, lagi lah orang bercakap.. Eh, anak si polan tu baru lepas SPM.. belum sampai 20 tahun pon umur tapi dah kawen. Gatal betul! Boleh tak kalau yuyu cakap orang-orang sebegini adalah orang yang cetek akal pemikirannya?? :)

Allah dah tentukan si dia kawen awal, siapa kita nak persoalkan?? Yuyu ingat masa kat sekolah ustazah ada  bagi tazkirah tentang hukum berkahwin. Wajib berkahwin jika seseorang itu mempunyai keupayaan dari segi kewangan, mampu menyediakan nafkah isteri lahir dan batin, tidak berniat untuk menganiayai isterinya dan juga dia yakin jika tidak berkahwin akan terdorong dalam melakukan maksiat.Berpegang pada hukum Allah..  Yuyu yakin, kehidupan dan rezeki selepas berkahwin mesti berbeza. Insyaallah, Allah akan bantu kita. 

Apa pendapat korang?? 


12 ulasan:

Miss Sue berkata...

rezeki selepas berkhawin lagi luas :) insyALLAH, ape yg penting niat utk berkhawin tu utk menjalankan salah satu ibadah ALLAH :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum sayangku yuyu, sheila setuju sangat dengan pendapat yuyu ni. sheila dari kecik dah target nak kawin habis SPM. Tapi asyik tak menjadi. alhamdullilah di umur 22 tahun sheila dah bertemu jodoh dengan suami. subhanallah indah sungguh peraturan Allah. Kita sebagai khalifah di bumi ni tak layak nak mempersoalkan sesuatu. yg penting berusaha untuk menjadi manusia yang berguna untuk semua :)

faridah nazurah berkata...

tak kira la kawen muda ke lambat janji jodoh tu ada.. hehe nak kawen muda jugak!

Nick Nashram berkata...

mulut orang susah nak tutup.
cuba tengok, kalo ade yang kahwin awal kemain duk bawak cite.
yang duk buat maksiat merata2 takde pulak yg duk heboh2.
tapi saya tak cukup duit lagi nak kahwin awal :)

Cheq Kaq berkata...

cheqkaq pon kawen muda yuyu..umur 24 dh kawen dh..masa kita sorang rezki Allah kurniakan utk sorang..tpi bila dh berdua, seterusnya bertiga, empat, lima, bla bla..rezeki tu akan bertambah juga..In shaa Allah..

Siti Rohaida Yusof berkata...

Adik Sis kawen umur 21..and now da 2 anak .skrg umur die 23 tahun..and she a happy as wife n mother :)

Miss Zahirah berkata...

bergantung pd pndpat msing2..
bgi sya klu dh mmg jodoh di usia muda, truskan.. sbb ble elak fitnah, zina.. dosa pn kurang.. ;)

Nory Zoulkefle berkata...

salam kenal..

nory terget kawen umur 25..
tapi jodoh awal setahun...
24 tahun dah selamat menikah...hehehe

najihahfara berkata...

seeloknya kawin muda. tapi kalau kita masih x berkemampuan nk kawin muda, x payahlah terburu2 kan. kalau dah bersedia fizikal mental utk bernikah, x salah pun nk kawin awal :)
terpulang pada masing2

✿A I N A A✿ berkata...

jodoh masing2 datang tak kira usia.. dah datang jodoh tu, Alhamdulillah.. tapi ena ni masih tak mahu kahwin masa usia muda ni.. kesian kat parents nak keluarkan duit..

Mas Zull berkata...

assalamualaikum yuyu...betul tu ada rezeki yg lebih baik nanti...:)

boni kacak berkata...

InshaaAllah.. pintu rezeki akan lebih terbuka luas selepas berkahwin..rajin2 berdoa..:)

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol