Update Hand Bouquet Lagi....
Assalamualaikum..
Lagi nak update pasal hand bouquet, almaklumlah apa lagi nak dibuat kat rumah selain masak, cuci kain, mengemas rumah, uruskan suami.. kan kan kan?? Sekali-sekali lembutkan lah sikit jari-jemari ni ye dak. Kalau siapa yang follow instagram aku tu taulah dia apa yang aku dok update tiap-tiap hari.
Bila ada free, aku sambung sikit-sikit buat hand bouquet. Aku memang ada annouce yang aku dah bukak balik order untuk tempahan hand bouquet nih. Tapi, slot terhad, aku tak nak terlalu confident amek tempahan banyak sampai menyeksa diri. Sebab dah pernah dah. So, siapa yang nak tempah hand bouquet kat aku boleh je.. Tapi mesti 2 bulan awal yee.. Aku tak accept last2 minit order nih. Ngeeeee...
.........................................................................................................................................
Jom layannzzz...
Selama pengalaman aku buat hand bouquet nih, alhamdulillah my pengantin semuanya berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku. Aku sendiri pon tak sangka yang aku ada bakat macam ni. Apa yang aku rasa, gembira sangat sebab aku dapat buatkan hand bouquet yang comel-comel ni untuk diorang. Kira satu award lah untuk diri aku bila aku dapat tunaikan hajat dan permintaan pengantin tu sendiri untuk dipakai masa majlis bahagia diorang. Senyum sampai telingaaa aku.. Heeee...
Okeylah.. Cukup lah cerita pasal hand bouquet nih. Kalau nak tau lebih teliti. Halo-halo me ok???
Bye!!!
Follow INSTAGRAM Bunga Tangan
Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI
Segmen: Pencarian Bloglist Yuyu Bulan August 2015!
Assalamualaikum.
Yuyu nak buat segmen nih.. Nak carik bloglist bulan August untuk blog yuyu.
Harap ramai yang sudi join segmen nih.
Syarat-syarat.
1) Follow blog ini.
2) Like Fan Page SayeshukepinkDotCom
3) Follow Instagram Yuliana Wahit
4) Masukkan link blog yuyu dalam bloglist anda juga.
5) Buat satu entry , copy & paste banner di dalam entry.
6) Tag 2 rakan blogger anda dan pastikan rakan anda tahu segmen ini.
7) Drop URL entry di ruangan komen. Kemudian yuyu akan masukkan link blog anda di dalam bloglist bulan August 2015.
Senang kan. Segmen ini akan berakhir pada esok 11/08/2015 pada jam 12 malam. Jom pakat ramai-ramai join segmen nih.
Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI
Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
Assalamualaikum...
Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
- Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
- Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
- Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
- Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.
Langgan:
Catatan (Atom)










