Update: Hand Bouquet Noor Ain

Assalamualaikum.






Request colour sebijik macam yuyu punya masa sanding dulu. Harap you suka dear.
Thank you..



Dugaan bila bekalan air tiada selama sebulan..

Assalamualaikum..


Orang tua-tua kata, biar tiada bekalan elektrik daripada tiada bekalan air. Pernah dengar tak? Sure mesti ada yang pernah.





Itulah dugaan yang sedang menimpa rakyat johor sekarang ni termasuklah aku. Sangat membebankan bila dapat notis daripada Syarikat Air Johor annouced bekalan air tiada di kawasan persekitaran Pasir Gudang dan juga Johor Bahru selama sebulan. Selama sebulan ok.. Aku ulang.. Sebulan.. 

 Banyak perkara & kerja rumah yang aku tak boleh nak buat bila air tak ada nih. Mandi, basuh baju, masak, kemas rumahdan macam-macam lagi. Semua tu memberi kesan yang mendalam sangat untuk aku. bukan lah tak boleh buat kerja langsung. boleh..tapi agak terhad lah penggunaanya kan.. berbanding dengan kalau tak ada elektrik. Boleh je amek surat khabar, kipas diri sendiri sambil baring kat bucu pintu nak dapat angin punya pasal. Time tu boleh lah ko nyanyi lagu suriram kat situh. Easy...



Tergelak jugak aku tengok jadual bekalan air nih. Dah macam jadual sekolah pulak kan. cun-cun je diorang setup. berdasarkan gambar jadual tuh, bekalan air tiada secara berselang seli. 1 hari ada, dua hari tak ada. Begitulah rotation selama sebulan. Kawasan rumah aku dah start tak ada bekalan air dari 2 hari yang lepas. Alhamdulillah hari ni dah ada air. Standby refill balik tong-tong yang ada untuk dua hari punya. kadang stress mak dibuatnya. but, pejam sebelah mata, tarik nafas lega and think positive ja.




......................................................................................................................

Walaupun dalam ketiadaan bekalan air, tetap jua kugagahkan zahir dan batin ni untuk masak. Ko bayangkan lah  memasak dengan guna air yang ciput-ciput je sebab pikirkan kehadapan nak guna lagi air ni nanti. tekanan dibuatnya.. tapi, nak buat macam mana. no excuse hokey.. kang laki aku nak makan apa??

Aku nak share menu yang sempat di masak untuk dua hari ni......


Menu 1'st day: Udang sambal petai, sayur bayam masak air & ikan caru goreng.




Menu 2'nd Day: Ikan Siakap Stim & Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis


Win tak lauk yang aku masak?? haha.. lap peluh beratus kali okey masak dengan air takde. Cubaan tahap menggunung dah ni. Saja je nak bagi korang terliuh sikit tengok makanan kat atas nih. Akan aku harungi rintangan memasak selama sebulan nih. Bhahaha...



.................................................................................................

Tapi..... bila difikir-fikir, masa ni lah aku kena berfikiran positive. Ada bagusnya juga, dugaan ni mengajar aku kesabaran tahap maksima, berjimat cermat yang pasti, bersyukur dengan apa yang ada disekeliling. Kadang aku leka, kadang aku alpa, baru diturunkan dugaan macam ni, mengeluh lebihnya. Manusia kan.. Human typical.. Ngeh..

I need your DOA hopefully bekalan air ni akan pulih dan selesai dengan cepat. Thanks dude..

Bye!!


Tutorial Fabric HandBouquet Versi Yuyu

Assalamualaikum W.B.T


Kali ni aku berbesar hati sangat nak share dengan semua my readers tutorial fabric hand bouquet. Dalam entry aku yang lepas, aku ada sharing tutorial untuk buat felt hand bouquet. boleh tengok kat SINI. Yang ni jenis fabric punya pulak. Buatnya tak susah mana pon yang penting korang kena istiqamah dan sabar. Yaa.. Sabar itu separuh daripada Iman.. So, janganlah bosan baca entry yang sangat panjang ni okey.





Let's do it!!

 ..........................................................................................................................

1) Potong kain kepada 3 jenis yang berbeza size. Ikut korang lah nak size besar mana. Kalau nk bunga tu besar potong size besar. Aku ni pon potong ikut sesedap rasa je. Tak ikut ukuran sangat pon.


Sorry tak dapat bagi actual size sebab tak de pembaris kat rumah. So tak boleh nak ukur. 




2) Lipat dua, kemudian jahit jelujur halus dibahagian hujung kain.




3) Ulang step yang sama juga untuk yang lain. Dan hasilnya akan seperti dibawah.





4) Kemudian, terbalikkan kain tadi dan lipa dua sehingga menjadi seperti gambar dibawah. Untuk mendapatkah hasil kelopak bunga yang cantik dan kemas, aku syorkan kan gosok sedikit dibahagian hujung kain. Lihat contoh dibawah.





5) Dah?? Ok. then korang jahit jelujur kasar pulak untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik. Jahit sekeliling kain. Ulang step yang sama untuk balance 2 kain lagi tu.





6) Kemudian, tarik perlahan-lahan benang dan matikan jahitan dengan kemas. Part yang ni haruslah berhati-hati ya, jangan sampai benang putus. 





7) Okey, sekarang kita dah ada 3 size bunga yang berlainan. Apa yang kita perlukan sekarang ada dawai dan juga butang ya.





8) Ambil dawai, masukkan butang dan bengkokkan sedikit dawai . 





8) Masukkan layer pertama iaitu bunga size yang paling kecik, diikuti dengan yang sederhana dan akhir sekali yang besar.




9) Bengkokkan sedikit dawai supaya bunga kita tak jatuh. So, nampak cun-cun je bunga tuh nanti.






10) Taraaaaa!!! Dapat dah satu kuntum bunga yang cantik, cun dan comel!!.  Ulang step yang sama dan buat lagi banyak-banyak...








.................................................................................................................




Ni lah hasilnya setelah dicantumkan semunya menjadi sebuah hand bouquet. Hehe.. Senang kan?? Rasanya cukup jelas dan mudah tutorial ni. jangan risau, tak complicated mana pon buatnya. Yang penting buat dengan seikhlas hati dan di topping dengan kasih sayang confirm hasilnya sangat cantik. Tak faham?? pm fb yuyu ok...


Happy Trying!!!



Pingdom Website Speed Test

Assalamualaikum.





Aku pon dah terjebak dengan benda alah nih. Nak jugak test kelajuan blog aku dekat Pingdom Website Speed Test nih. Aku pon dah lama tak buat ujian fizikal dekat blog aku. 

Jom tengok result kelajuan blog aku.


Aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang aku tengok.. Ke saja nak sedapkan hati aku?? Load time 2.66 per second.. Boleh dikategorikan laju jugak lah kan.. Tapi kalau betol sekalipun ok apa.. Good news for my readers lah kan. Tak payah nk tunggu loading lama-lama. sebab hati dan perasaan rakan blogger sama je dengan aku tak suka terjah blog yang loading slow motion ya amaatt.. sakit hati ni tau tak. Then, kat situ korang dah rugi traffic. 

Korang dah try belom speed test ni?? haaa cepat try.. 

Bye!!






Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol