Memaparkan catatan dengan label tutorial HB. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tutorial HB. Papar semua catatan

Tutorial Fabric HandBouquet Versi Yuyu

Assalamualaikum W.B.T


Kali ni aku berbesar hati sangat nak share dengan semua my readers tutorial fabric hand bouquet. Dalam entry aku yang lepas, aku ada sharing tutorial untuk buat felt hand bouquet. boleh tengok kat SINI. Yang ni jenis fabric punya pulak. Buatnya tak susah mana pon yang penting korang kena istiqamah dan sabar. Yaa.. Sabar itu separuh daripada Iman.. So, janganlah bosan baca entry yang sangat panjang ni okey.





Let's do it!!

 ..........................................................................................................................

1) Potong kain kepada 3 jenis yang berbeza size. Ikut korang lah nak size besar mana. Kalau nk bunga tu besar potong size besar. Aku ni pon potong ikut sesedap rasa je. Tak ikut ukuran sangat pon.


Sorry tak dapat bagi actual size sebab tak de pembaris kat rumah. So tak boleh nak ukur. 




2) Lipat dua, kemudian jahit jelujur halus dibahagian hujung kain.




3) Ulang step yang sama juga untuk yang lain. Dan hasilnya akan seperti dibawah.





4) Kemudian, terbalikkan kain tadi dan lipa dua sehingga menjadi seperti gambar dibawah. Untuk mendapatkah hasil kelopak bunga yang cantik dan kemas, aku syorkan kan gosok sedikit dibahagian hujung kain. Lihat contoh dibawah.





5) Dah?? Ok. then korang jahit jelujur kasar pulak untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik. Jahit sekeliling kain. Ulang step yang sama untuk balance 2 kain lagi tu.





6) Kemudian, tarik perlahan-lahan benang dan matikan jahitan dengan kemas. Part yang ni haruslah berhati-hati ya, jangan sampai benang putus. 





7) Okey, sekarang kita dah ada 3 size bunga yang berlainan. Apa yang kita perlukan sekarang ada dawai dan juga butang ya.





8) Ambil dawai, masukkan butang dan bengkokkan sedikit dawai . 





8) Masukkan layer pertama iaitu bunga size yang paling kecik, diikuti dengan yang sederhana dan akhir sekali yang besar.




9) Bengkokkan sedikit dawai supaya bunga kita tak jatuh. So, nampak cun-cun je bunga tuh nanti.






10) Taraaaaa!!! Dapat dah satu kuntum bunga yang cantik, cun dan comel!!.  Ulang step yang sama dan buat lagi banyak-banyak...








.................................................................................................................




Ni lah hasilnya setelah dicantumkan semunya menjadi sebuah hand bouquet. Hehe.. Senang kan?? Rasanya cukup jelas dan mudah tutorial ni. jangan risau, tak complicated mana pon buatnya. Yang penting buat dengan seikhlas hati dan di topping dengan kasih sayang confirm hasilnya sangat cantik. Tak faham?? pm fb yuyu ok...


Happy Trying!!!



Tutorial Felt Hand Bouquet

Assalamualaikum...
Diatas permintaan ramai blogger yang mintak yuyu buat 
tutorial hand bouquet..
jadi, yuyu gagahkan jugak untuk buat entry khas untuk sesiapa yang ingin
membuat sendiri HB for your wedding, engagement n soleminazation..
.
.
.
.
.
Jadi, korang jangan borink plak dengan entry yang panjang x berapa panjang ni..
buat masa skang ni.. yuyu mampu buat tutorial untuk felt HB dulu..
kalau yuyu ade masa lapang yuyu buat tutorial tok fabric HB plak k..
.
.
.
.
.
.
.
1) Kita perlukan kain felt




2) potong kain felt menjadi 2 saiz yang berbeza.. 



3) ada 2 cara untuk potong felt..

CARA 1
boleh potong felt ni menjadi sekeping2..
saiz besar (lebar) 1cm , (panjang) 6.3cm
saiz kecik (lebar) 1cm , (panjang) 5.3cm
(ini ukuran yuyu.. kalau korang nk gune ukuran sendiri pon boleh.. terpulang pd u all)



CARA 2
ini cara yang yuyu guna.. sebab senang x yah sambung2 felt tu.. ni terus jahit je..
saiz sama je ngn saiz yang cara 1 tu..
cuma potong tu nnt jangan sampai habis.. tinggalkan skit je kt belah hujung tu..



4) mcm kt bawah ni.. lipat dua felt tu and then korang gunting belah bawah pasue tinggalkan skit bahagian ujung k..



5) pasue, jahit jelujur di bahagian yang sy tunjuk kt bawah ni..



6) lepas siap, korang tarik saja benaang tu smpi die jadi mcm kt bwh ni k.. 
pasue, matikan benang tu..



7) buat perkara yang sama seperti diatas untuk felt lagi satu yang telah dipotong..


and then, akan jadi mcm ni...



8) ambil dawai dan juga smarties button and then, masukkan je dawai tu kt lubang button.. lepas tu bengkokkan button tu supaya senang untuk dimasukkan dkt felt..




9) masukkan satu persatu felt yang telah dijahit td.. lepas tu, dawai yang lbih tu kite bengkok kan supaya kain felt tu x jatuh kebawah (sbg penahan)









10) ok.... dah siap!!! so, buat lah bunga felt yang lain plak... and rupa felt bile dh jadi HB boleh tgk kt entry yuyu yang sebelum ni k..



*(harap-harap tutorial ni dpt membantu sume and x bosan lah ye baca entry yang panjang ni.. huhuhu.. selamat mencuba....)

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol