Memaparkan catatan dengan label home. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label home. Papar semua catatan

Pencarian Bloglist December blog Yuyu

Assalamualaikum..

Malam ni yuyu nak buat segmen. Segmen simple sesimply siti.. Hahaha.. Pencarian Bloglist December untuk blog yuyu. Macam dah lama tak buat segmen, tu yang gatal nak buat. jangan risau dan jangan takut, terma dan syarat tak susah pon. senang aja. harap ada yang sudi join.. 

Tengok bawah ni:-
- tak perlu follow blog .. (kalau nak follow pon blh.. dialu-alukan)
- tak perlu like apa2..
- tak perlu buat entry apa2..
- hanya tinggalkan URL BLOG anda diruangan komen dibawah.
- then, yuyu akan terus letak u all dlm blog list December yuyu

Senang kan?? so, apa lagi.. jom lah join..

Segmen ni akan tamat pada jam 
10.00 malam esok (Khamis 6/12/12)

** note: hanya url blog shj dibenarkan, bukan url entry.. 

DIY Guest Book

Assalamualaikum. :)

Since last week terpikir bila lah nak start DIY guest book ni. Haishh tak menyempat langsung.. Sibuk menyiapkan HB order dari customer, dari kawan sendiri jugak yang nak kahwin this December. Membusy kan diri untuk orang lain, sampai untuk diri sendiri tak menyempat. Huehuehue.. Alhamdulillah tadi baru siap buat guest book untuk tetamu nak conteng-conteng for my big day nanti. :)

Before tu, pernah terniat nak order je ngan orang untuk guest book ni, sebab badan ni tak mengizinkan untuk mencuri-curi masa buat guest book. dengan this week my konvokesyen day lagi.. tapi, kecewa sangat sebab harganya sangat MAHAL!!! price start from RM90 and above. Memang yuyu fikir 100 kali sama ada nak order atau tak.. sangat tidak berbaloi habiskan beratus2 ringgit semata-mata untuk guest book. Start dari tu, tak kira!! yuyu nak DIY sendiri jugak untuk guest book ni. Apa cara sekalipun..

Yuyu baru teringat yang ada lebihan kain putih (masa buat veil nikah), pearl beads size besar dan kecik, dan lebihan lace. So, yuyu pon keluar lah untuk cari additional items for guest book. Tak nak lah nampak simple sangat. 


Firstly, yuyu beli kertas lukisan untuk dijadikan buku. Yuyu beli dalam 4 pcs, 1 pcs ada 16 keping kertas. Yuyu gabungkan semuanya dan cover depan dengan belakang tu yuyu guna kertas keras yang bahagian belakang kertas lukisan tuh. Jimat dan tak payah beli had cover yang keras lagi. Then, yuyu stapler dibahagian tepi kiri dan binding tape macam buat assignment gitu. hehe, total semuanya ialah RM11.50. 

Lepas tuh, yuyu beli span nipis untuk digamkan dibahagian cover depan dengan belakang, supaya bila pegang buku lembut je dek effects span tuh. Like!  Kemudian, yuyu sampul buku tu dengan kain lebihan masa buat veil tu. Macam sampul buku teks.. :) Tapi, pastikan kain tu ditarik sedikit supaya nanti rata, kemas dan tak berkedut.


Nampak tak effects span kat situ?? :)

Jadi, bermula lah sesi mendesign guest book nih. Tonggeng sana.. Tonggeng sini.. Pusing sana.. Pusing sini.. 

Dan hasilnya!!! TARAAA!!!





(Front & Rear view)

Cantik tak?? Exclusive tak?? nampak macam mahal tak?? Hehhehe.. Yuyu tampal lebihan lace, kemudian yuyu tampalkan pearl beads size 8mm & 6mm (pink & putih total RM8.00)  kat atas lace dan jugak di semua permukaan cover tu nampak macam bersepah2 sikit dan yuyu letak gambar yuyu dan tunang yang dikelilingi oleh bulu-bulu (1/2 meter RM1.50) comel tuh. Yuyu letak reben transparent di bahagian tepi kiri tu  supaya tak nampak kosong sangat dan yuyu tampal kan reben pink plain (RM6.50) tu untuk mudah diikat dibahagian hujungnya. Total kos DIY guest book ni adalah RM29.50 sahaja. Murah kan?? daripada tempah kat orang sampai beratus-ratus ringgit sangat membazir. 

Alhamdulillah, berkat usaha dan rajin dapat yuyu siapkan guest book yuyu sendiri. Biarlah tak semahal mana pon macam orang lain yang penting hasil titik peluh sendiri terasa berharganya. Siapa kata tak boleh berjimat?? yang penting rajin je.. Semuanya boleh!! Yeayyy!!

See u next entry.. Bye!

Next DIY Project!

Assalamualaikum :)


TEASER!!

cer teka.. cer teka next project ni??

Bye!!



Sayeshukepink Dot Com in REMAJA NOVEMBER 2012

Assalamualaikum.. :)

Really?? macam percaya tak percaya.. macam ye tak ye.. macam mimpi pon ada.. dah sepak menampor banyak kali pipi ni ..owhh.. ini kenyataan.. :P

Pagi-pagi dah dikejutkan dengan news ni.. yuyu dapat tau dari rakan blogger jugak.. 

Apa lagi.. terus call tunang mintak tolong dia belikan magazine Remaja. dapat je terus belek2 cari betul ke blog aku ni masuk REMAJA.. still cam caya tak caya lagi nih!


COVER : HERO REMAJA
EDISI NOVEMBER 2012



Ihik!! senyum sampai ketelinga bila baca ni.. "COMEL SI YULIANA WAHIT" yeahh.. memang comel sangat-sangat.. Entry yang dipaparkan pulak adalah entry pasal Diy Veil Nikah tu.. Uii.. siap ada markah lagi tuh.. hehe.. tak pelah.. walaupun hanya dpt 3.5/5.. tapi, bersyukur!!! 

Thank you pada REMAJA sebab sudi selitkan blog naif ni dalam ruangan blogspot. Tahniah jugak pada 3 blogger yang bertuah direview jugak dalam ruangan blogspot. Jom kita terjah diorang jugak!! sini..sini.. evangelistanil.blogspot.com, hairul-hasraf.blogspot.com, lisaafha.blogspot.com. 

Eh..eh..eh.. korang dah beli belom?? haaa.. cepat gi beli.. hehehe..
REMAJA EDISI NOVEMBER 2012!!

Prosedur Perkahwinan & This Month Stories!

Assalamualaikum :)

Lama yuyu tak update entry baru kan? kalau update pon entry entah apa-apa je yang yuyu tulis. :P mesti ramai yang rindu kat yuyu?? (werkkss) sebenarnya, mesti ramai yang boring buka blog ni balek-balek entry yang sama je.. (masalahnya ada ke org bukak blog ni??) hopely adalah.. :) haaa dalam entry ni yuyu nak cerita kenapa dan mengapa yuyu sekarang ni jarang sangat update blog. ehem ehem.. Sedia?? Panjang tau nak tulis nih.. Tarik nafas pajang-panjang dan ambil kedudukan yang selesa.. 

Terus terang, bulan november 2012 ni adalah bulan yang sungguh pack, padat, dan dugaan untuk yuyu. Beberapa minggu lepas, dugaan untuk yuyu dan tunang.. Motor tunang yuyu kena curi. Entah macam mana yuyu pon tak tau.. Report dah buat dah.. Harapan untuk motor tu jumpa balek memang ada walaupun tahu yang motor tu tak kan jumpa. Walaupun agak stress kat situ tapi, yuyu anggap ni dugaan kecil untuk yuyu dan tunang. Tak pe. :)

Minggu lepas pulak, yuyu diberhentikan kerja oleh bos. Terkejut?? dah tentulah sebab yuyu tak ada buat salah apa-apa pun kat company tuh. Tiba-tiba dapat mesej dari bos yang dia nak tutup company, then last day yuyu ialah 30 November ni.. Sedih.. sangatlah sedih.. Yuyu tanya dengan bos kenapa nak tutup company. Dia cakap nak maintain untuk company dia yang dekat Skudai tu. dan juga untuk save cost. Hurmm.. yuyu akui memang tak ramai client yang datang kat office yuyu kerja ni sebabnya dia baru open for new branch. Staff pon cuma yuyu seorang sahaja. Tapi yang membuatkan yuyu semakin geram ialah.. hari jumaat lepas yuyu mintak kerja half day.. masuk office after lunch sebab ada urusan sikit. then, bila masuk office yuyu tengok sume barang2 kat office dah tak de dah.. komputer, perabot sume dah tak de.. Ya Allah, masa tuh air mata terus mengalir.. sampai hati bos buat yuyu macam ni.. apa salah yuyu dah buat pada dia. kalau ye pon tak suka yuyu bagitaulah.. ni tak.. dah la last day yuyu 30 haribulan.. ada lagi seminggu nak keje.. tapi, apa yuyu nak buat dalam office yang dah x de barang dan perabot?? yuyu terus mesej boss mintak balik rumah sebab dah tak de apa yang nak dibuat dan yuyu tanya yang yuyu keje atau tak next week sebab barang sume dah tak de.. Boss cuma cakap, kunci office letak atas meja, jangan kunci office, nanti gaji yuyu dia masukkan dalam account dan next week dah tak payah datang kerja.. last he say is Good Luck!!. Astaghfirullahalazim.. Masa tuh, yuyu rasa menyesal sangat-sangat kerja dengan dia.. Memang menyesal.. Yuyu menangis kuat-kuat.. rasa macam nak saman je company dia.. tapi, ;epas nangis tuh, baru yuyu boleh fikir dengan waras.. Allah nak uji yuyu.. Setiap apa yang Allah uji mesti ada hikmah.. Yuyu yakin itu. Jadi, yuyu think positif saja yang yuyu memang tak de rezeki.. :) Allah dah tentukan.. 

Ok dah.. Cerita sedih dah tamat dah.. so, proceed to happy news pulak. Hehehe.. Semua dah tahu kot yang yuyu ni bride to be.. Insyaallah.. :) Jadi, tentulah yuyu dah start prepare prosedur-prosedur untuk berkahwin nanti.. So, entry ni pon khas untuk bakal-bakal pengantin diluar sana tuh k.. kot-kot boleh share kat korang sikit-sikit.. :)

KURSUS PERKAHWINAN


Alhamdulillah, yuyu telah pon menghadiri kursus perkahwinan ni pada bulan Jun 2012 yang lalu. Yuyu memang niat nak pergi kursus kahwin ni awal-awal sebab tak nak nanti bila nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak pergi. Apa yang boleh kita buat sekarang, better buat dulu.. Tak kelam kabut. :) Tempat kursus pon yuyu tak amek jauh-jauh.. yuyu amek kat Hotel Selesa Pasir Gudang je. dekat dengan rumah.. Sangat selesa you allss.. Class gituh.. Layanan memang macam VIP.. dan makanan dia.. perhh memang terbaik dan high class. Kursus ni berlangsung selama 2 hari dari Sabtu sampai ke Ahad.  Ceramah dia pon not bad lah.. Seronok!! Puas hati dan sangat berbaloi bayar RM120 tuh.. Hehee... Tapi, yuyu tak pergi dengan tunang sebab tunang dah pergi dulu dengan kawan-kawan dia.. hurmm. tak rasa seronok nye kan.. So, yuyu ajak lah saudara yuyu tok join sama-sama dengan yuyu sekali.. :) Yang penting settle!!

HIV TEST


Proceed kepada perkara seterusnya iaitu HIV Test. HIV Test ni adalah perkara penting dan wajib dilakukan oleh bakal-bakal pengantin diluar sana.. Selagi tak jalani ujian JIV.. Selagi tu tak boleh kahwin..Understood.. Hehee.. :P Masa beli borang nikah tu nanti, dia akan bagi borang untuk jalani ujian HIV tu.. So, korang boleh lah pergi mana-mana klinik kesihatan yang berkenaan.. Opss, klinik kerajaan sahaja.. swasta tidak dibenarkan.. Yuyu baru lepas buat ujian HIV tadi. Kat belakang surat HIV tu ada tulis senarai klinik kesihatan yang boleh buat HIV nih. dan Klinik Kesihatan di Pasir Gudang pada hari Selasa. Pagi-pagi lagi yuyu dah bangun untuk settle kan ujian HIV ni. Memang tak sarapan tak apa.. Terus pergi. Sampai sana, nurse tu cakap HIV test petang nanti kol 2.. aduhh..stress nya kena tunggu petang lagi.. Hurmm.. So, yuyu pergi sarapan dulu.. then pergi settle kan kad kahwin. Habis discuss untuk kad kahwin dah jam 12.30 tengah hari.. Rushing pulak pergi klinik balek sebab yuyu risau ramai orang yang nak buat HIV tu. Al-maklumlah, klinik kerajaan kan.. paham-paham lerr.. tak kisah lah sampai awal, yang penting jangan lambat. Sampai je yuyu terus amek nombor, baru tanya kat kaunter tuh apa nk buat utk HIV test. hahhaa.. orang tanya dulu kat kaunter baru amek nombor.. sewel.. Dalam kol 2.15 macam tuh baru nama yuyu dipanggil. kalau korang nak tau yuyu orang pertama yang buat ujian HIV.. semangat betul.. Perasaan?? tentulah takut.. takut dengan jarum.. haissh.. masa nama yuyu dipanggil tuh, ni dialog yuyu dengan nurse tuh:-

Yuyu : Sakit tak?
Nurse : Tak lah, tak sakit pon. Kita cucuk sikit je tau kat hujung jari.
Yuyu : Tangan mana? 
Nurse : Mana-mana tangan pon boleh.. kiri ke kanan ke.. boleh..
Yuyu : Ibu jari eh?
Nurse : Tak lah, Jari hantu atau jari manis. (sambil siap2 kan peralatan nak cucuk..)
Yuyu : (tutup muka dengan tapak tangan.. takut punya pasal..) tibe-tiba tuppp!!! 
Nurse: OK dah.. tunggu kat luar ye.. Dah siap nanti kita panggil..

Untuk bakal-bakal pengantin, jangan risau dan jangan takut untuk buat ujian HIV ni, tak sakit pon dia cucuk.  Sikit je.. Korang akan rasa terkejut je.. Serious tak sakit. Dia cuma amek darah je. Tunggu dalam setengah jam.. Siap lah resultnya.. Sama jugak dengan tunang. Sekejap je. Dan masa yuyu buat HIV ni pon tak yah  nak set appoinment bagai.. pergi je terus buat. dan bayar RM1.00 je. senang kan. Bila ingat balik perasaan takut yuyu yang membuak sampai tak lalu nak makan tu membuat kan yuyu nak ketawa.. haaaaiihh.. entah pape je aku nih. Masa nama yuyu dipanggil untuk ambik result HIV, yuyu sempat tanya kat nurse tuh, resultnya apa ek nurse?? Dia cakap, result ok tak de masalah.. Dah boleh kawen... Hehehhee... malu yuyu kat situh, sebab dia cakap kuat ok.. hahhaa.. Pape pon, pengalaman yang menyeronokkan untuk HIV test ni.. 



Alhamdulillah..!!! Yuyu dan Tunang bebas dari HIV.. so, dah boleh kahwin dah. Hehhehehe.. Process seterusnya, adalah lengkapkan dokumen2 yang diperlukan dalam borang nikah.. :) Still in progress.. Please, doakan yuyu semoga semua urusan dan perancangan ni settle dengan baik dan lancar.. Aminn... Terima kasih sebab sudi baca entry ni sampai habis.. 

See you next entry.. :)

Apa Pendapat Korang??

Assalamualaikum.. :)

FYI, blog ni dah berusia lebih dari setahun kalau tak silap yuyu.. ahaks! actually tuan dia pon tak ingat.. dah macam-macam template design yuyu tukar, dari atas sampai bawah.. ada je yang tukar. kalau dilistkan senarai template yang yuyu guna. hurmm komprom korang bosan. hakikatnya, memang bosan pon kan dengan blog nih!! dari atas sampai bawah PINK! eeeeeyeerrkkk.. Whatever!


But i have one question to ask for you, you and you... Apa pendapat korang tentang blog ni? Yelah, susah sebenarnya nak puas kan hati orang. dan susah jugak nak buat pengunjung selesa dengan blog kita. walaupun dah semaksimum yang padat kita setting, still ada yang belum boleh buat orang puas. kita takkan tau apa yang kurangnya pada blog kita melainkan ada someone yang baik hati tegur.. 

So, tell me about this blog?? dari templatenya, penggunaan tulisan, kekemasan, loading blog, sidebar, gadget  header, iklan, entry, penggunaan warna dan semuanyalah!! OK ke KO??

Segala comment yang diberikan sangat lah dihargai, walau ada yang bagai duri selumbar.. but, it's ok.. Aiman tak kesah!! ahakss.. Cer komen.. Cer komen..

Follow Me!!

5 Special Review Blog │ #2

Assalamualaikum..

Entry ni sambungan pada entry 5 Special Review Blog form Yuyu - Part 1. Tapi yang ni part 2 punya. yang mana yuyu review blog-blog diantara terawal komen dalam blog yuyu.. wahh special gituh! Bukan apa, i want to do something yang boleh balas jasa korang sume sebab sudi singgah blog ni kan.. so, ini saja yang mampu yuyu buat.. nak beli kan kereta sorang-sorang tak termampu batin i ni.. ngeh ngeh!

Seorang blogger dari Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Header yang comel.. Love it.. dan ada agak scary sikit hehhe.. Berdasarkan dari pemerhatian yuyu terhadap blog ni, Cik Bambam ni menjadikan blog nya adalah blog yang bebas dari sesuatu genre.. maksudnya, tidak spesifik kan blog. Macam-macam ada dan macam-macam yang diceritakan..  hehe.. loading blog pulak OK!! cepat je.. jadi tak bosan lah nk menunggu... jom terjah tuan blog nih

Diberi nama cikebom cikebom!!! eh,, nama dia Anis lah.. Pelajar dari UITM Machang dan merupakan final year student.. Menceburkan diri dalam dunia blogging dari setahun 6 bulan 3 minggu dan 1 hari yang lepas. Comel je tuan blog nih. Blog dia pon kemas dan tak sarat dengat gadget2 di sidebar.. Hurm good2!! Jom follow si comel nih!!

Sedap nama blog dia.. Kuah ayam pedas.. Haihhh terasa lapar pulak. Blog ni bagus, banyak label ada.. ada novel, resepi, tips dan info-info.. so, banyak boleh share2 kat kita semua. tuang blog ni rasanya hobi dia suka edit-mengedit kot.. betol ke?? haaa.. nak tau let's stalk her!!

Sangat simple blog nih.. mungkin tuan blog ni jadikan blog dia untuk share-share ilmu dan tips2 yang berguna untuk semua. tiada apa untuk dikomen.. so, marilah kita terjah blog dia.. 

"-Menulis kerana diliputi angan-angan salju yang bisa membuat para pembacanya cair bagai dimamah sang matahari. Semua penulis akan mati dan yang tinggah hanya tulisan yang bisa menjadi kenangan untuk anak-anak dan keluarga serta pembacanya-" 

Opssss.. jangan lupa terjah mereka-mereka nih!! nantikan next entry untuk part 3 pulak.. bila?? Allah saja yang merancang.. so, stay tune!! ahaks..

Follow Me!!

Tonton Maharaja Lawak Mega Full #Episode 1

Assalamualaikum.. :)

Tambah lagi satu demam sekarang ni.. demam Maharaja Lawak pulak.. Adam & Hawa belom habis,  tambah lagi satu.. ngeh ngeh ngeh.. hari tu, dapat tengok MLM sekejap je.. sempat tengok dari mula sampai part JOZAN. after that, my nephew take over ala-ala mizz nina dengan florida nyanyi kat pantai tu.. eh, lain pulak.. apa lagi?? cartoon dia lah.. tu pon tak all fokus on MLM sebab dia dah buat muka aisyah 50 sen.. me?? merayu-rayu bagai nak rak mintak 5 minit more untuk habiskan part JOZAN.. haisshh.. terseksa batin!


Kesudahan, download sendiri kat youtube..  tengok sampai juling-mata tak de sape pon nak nak buat muka aisyah 50 sen kat yuyu.. kalau pakai dvd, boleh sampai bunyi nyet nyet nyet kot sebab banyak kali repeat.. heh!! kategori balas dendam kesumat?? Yes!!! 

Sape yang kat luar sana tu senasib dengan saya nih.. haaa jom lah kita, tonton MLM nih!!


For Download Here

Komen?? tak nak lah komen mengomen nih.. malas nak judge orang.. korang tonton, korang komen lah sendiri.. hehehe..yang penting jangan lupa VOTE for JOZAN!!! Peace... (*_^)

SEGMEN : CARI FOLLOWERS NOVEMBER !

Assalamualaikum.. :)

Jom join segmen??? kali ni segmen dari blogger Bicara Hati Dot Blogspot


FYI.. already follow u dear.. and follow all your rules!

Yuyu mencari followers untuk bulan november.. ada yang sudi?? come join me.. i'll hit u bebeyh !!

DUE DATE ON 20 NOVEMBER 2012

Follow Me!!


Menternak Lemak di Burger Bakar Abang Burn!!

Assalamualaikum.. :)

Tak plan pon nak makan burger bakar nih.. Awalnya nak menternak lemak Chicken Chop kat Hutan Bandar tuh.. tapi, tengok cuaca yang tak berhenti-henti hujan.. terpaksalah batalkan niat nak makan Chicken Chop.. choii... Kempunan dan agak kecewa disitu.. Sobs Sobs!! Bertanyalah yuyu kepada sang setia peneman menternak lemak yuyu nih.. Mau makan dimana kita ini???

"Nak makan apa?? Burger Bakar??" 

Haaaa... boleh tak teringat pasal burger bakar nih.. Good suggestion honey!! So, let's go.. Berdasarkan apa yang yuyu tau.. Kat Johor, Burger Bakar Abang Burn ni hanya ada kat B@Point je.. Kat tempat lain tak ada ye.. Tak tau kat mana B@Point?? Dekat sebelah pam minyak SHELL berdekatan Kastam Johor. alah.. search aje kat google.. semuanya ada.. (^_*) 

Sesampai je kat sana, god!! orang tengah tak ramai.. cepat-cepat order.. tapi abang yang jual tu cakap, tinggal burger daging je.. yang lain x de.. x pelah.. sebat ajelah.. yuyu order Burger Beef with Cheesy Supremo!!  Tunang pon order yang sama jugak.. and yuyu tambah side order Sausage with more Cheesy!! Air?? Lain kira...



Oh God!!! more love with the Supreme Mayonis meleleh!!!


Photo from #Instagram!!


Do you see the Cheese & Mayonis?? Siapa suka?? Angkat kening!!


Sausage with Cheese!! memang power and sodaapp!! 


They call this is "MILO DINOSAUR!!" ihikkk.. padahal milo tabur je.. 

 You know what?? Pekena burger bakar abang burn diiringi dengan angin sejuk dan sepoi-sepoi bahasa.. disaat-saat hujan membasahi bumi dan ditemani tunang tersayang.. this is the best situation i have!! You must try it! Must try it!! 

Ok bye!!

Berjimba di Wedding Blogger Broframestone!

Assalamualaikum!!

Plan nak hupdate entry ni semalam.. tapi, memang tak larat sangat mata nih.. so tired sebab pergi balik wedding broframestone yuyu yang drive.. padahal pergi ngan tunang.. (mmg yuyu yg nk drive.. jgn salahkan tunang!) LOL.. 

So, nak dipanjangkan cerita.. Alhamdulillah.. Rezeki yuyu semalam dapat pergi majlis perkahwinan rakan blogger iaitu BroFramestone. Walaupun cuma kenal-kenal gitu je dengan bro tapi yuyu tetap pergi jugak sebab dapat invitation kan.. Manelah tau, nanti yuyu kawen bro sudi datang majlis yuyu pulak?? wahhh gitu.. Walaupun dalam perjalanan pergi Parit Raja tu mengharungi pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan. Sekejap panas, hujan, mendung dan begitulah seterusnya. Tapi, sampai jugak!!

Mula-mula yuyu tak pasti sebenarnya nak pergi atau tak.. sebab yuyu tau tak de sape yang yuyu kenal kat sana. nanti tepu pulak yuyu kat sana sorang2.. tapi, bila yuyu dapat tau yang blogger Lyssa dan Ben Ashaari pon ada kat sana.. Wahh terus semangat nak pergi.. sebab?? of course lah nak jumpa otai2 blogger tu kan.. Oh god.. bukan senang ok nak jumpa diorang.. ada peluang, jangan lepaskan!! 

Sampai kat sana.. memang.. tak der sape yang yuyu kenal.. dalam hati.. apa aku nak buat nih.. ahhh x pelah menternak lemak dulu lah.. sambil2 leher macam zirafah carik tempat duduk. then, yuyu tweet lyssa sama ada dah sampai ke belum.. the dia cakap dah sampai tengah carik parking.. Oklah.. tak lama tuh, pertama yang sekali yang yuyu nampak?? QHALIFF!!! awwww.. excited gila nampak dia.. then, ada ben & wife dan jugak lyssa.. Eh, membebel panjang pon tak guna.. jom layan gambar-gambar nih..





Sory for the quality of image.. Snap guna phone je.. lepas tu kan.. gambar yang snap sikit je dpt.. sebab banyak yang tak ok.. Stress je kan.. Mana taknya entah sape2 je yang yuyu panggil mtk tolong amek kan gambar.. Grrrrr... Tapi, tak pelah.. hope gambar2 dalam kamera lyssa ok semuanya.. 

Ada yang jeles ngn yuyu tak dapat pegang Qhaliff?? hehehe.. seriously, Qhaliff sangat comell!! berapa kali yuyu maen2 pipi dia yang boyot tuh.. hehehe tapi, dia diam je.. Mak dia kata Qhaliff ni jenis tak senyum, tapi tak nangis.. Dia kurang sikit bila dengan orang yang tak dia tak kenal.. Tengok dalam gambar tu.. Macam mintak dilepaskan je dari yuyu.. Hahaha. Qhaliff..Qhaliff... 

Sepanjang ada kat wedding bro tu.. yuyu dengan lyssa je.. heheee.. dok snap2 gambar je kejenye.. Lyssa pon memang sporting gila!! Seronok.. Kecik molek je Lyssa nih.. I'm very lucky sebab dpt jumpa blogger2 yang best nih.. Actually, banyak ag gambar nak di post.. tapi, semuanya serba tak kena.. Ini tak ok.. itu tak ok.. cuma yang kat atas ni je yang nampak rupa sikit. Kira halal lah.. Ok bye!!!

Upsss.. agak2 kalau yuyu kawen nanti ada tak blogger yang sudi datang majlis yuyu?? hehehe..

*** nak promote sikit nih.. sape ada twitter?? follow yuyu sini yulianawahit... TQ..

Cari Gambar Tersembunyi

Assalamualaikum.. :)

Hari ni yuyu nak bagi satu game kat korang semua.. lebih kurang teka-teki lah macam tuh.. Hehehe.. siapa dapat jawab akan yuyu listkan pada next entry nanti. Saja nak hilang kan ngantuk pagi-pagi  nih.. 

kalau korang tengok gambar ni ada pokok, ada daun, burung, ranting kan.. tapi, sebenarnya ada manusia yang sedang sembunyi kat situ.. Cuba korang carik kat mana manusia tu??


CARA NAK JAWAB??
-copy gambar diatas
- bulatkan/highlight dimanakah tersembunyinya manusia tersebut
- then, korang inbox kat fanpage yuyu SayeshukepinkDotCom atau pun korang tweet je gambar yg korang dah bulatkan tu.. @yulianawahit

Game ni tamat pada 9/11/1012(hari ini) jam 4 petang nanti.. Siapa yang dapat jawab nnt yuyu listkan dalam next entry untuk jawapan teka teki kat atas ni eh.. 

GOOD LUCK!!!

Felinna Incloss Lotion

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. dah masuk 2 minggu lebih  YUYUDeShoppe beroperasi sebagai perniagaan online. Syukur, rezeki pon semakin bertambah.. :) adalah sikit rezeki untuk nak kahwin nih.. Hehehe.. Customer pon ramai yang berpuas hati dengan produk yang yuyu jual dalam YUYUDeShoppe. 

Ok. Kali ni yuyu nak sharing satu produk baru yang yuyu jual dalam YUYUDeShoppe. Korang pernah dengar tentang Lotion Felinna Incloss tak? Mesti ada yang pernah dengar dan ada yang tak pernah dengar lagi. :) Tak ape.. Yuyu akan terangkan secara terperinci apa itu Lotion Felinna Incloss. Untuk pengetahuan semua, Felinna Incloss adalah produk yang tengah hot selling sekarang ni tau.. :)



Fellina Incloss adalah satu produk pelangsingan badan dari Felinna Beauty. Produk ini dihasilkan menjadi lotion supaya mudah digunakan oleh pengguna. Apa hebatnya Felinna Incloss ni?? Kelebihan Felinna Incloss ini sangat banyak. Lotion ini sangat wangi bila disapu dan tidak terlalu panas. Orang kata suam-suam dingin je.. :) Lotion ini diformulasi dari bahan-bahan semulajadi yang selamat untuk wanita hamil, menyusu dna gastrik. Jadi, tak perlu risau pada bakal mom to be dan yang tengah berpantang.. Still boleh guna lotion ni. Kita juga boleh mengawal bahagian tubuh mana yang kita hendak buang lemak-lemak. sebab kadang-kadang ada yang hanya mahu buang lemak dibahagian perut sahaja.. So, sapukan saja dibahagian perut.. Senang kan.. :) 

Oh ya, yang lebih bagusnya lotion ini telah dihantar ke maahad tahfiz Mertajam Penang untuk dibacakan 30 juzuk Al-Quran supaya kesannya lebih mujarab dan berkesan. Insyaallah.. (Jadi, jangan dilangkah ye..) Produk Felinna Incloss ini sangat berbeza dengan produk yang lain. Ini kerana anda tidak perlu diet untuk kelihatan slim. Lotion ini jugak mampu menurunkan berat badan sehingga 5kg dalam masa sebulan tau. Kalau konsisten setiap hari pakai, mesti lagi banyak hilang lemak-lemak tuh kan. Bagi yang sedang mengambil pil-pil perlangsingan yang lain pon boleh guna lotion ni jugak untuk mempercepatkan hasil. 

So, kepada yang masih belum mencuba Lotion Felinna Incloss ni, yuyu sangat-sangat suggestkan korang untuk cuba jugak produk ni.. Ehem..ehem.. yuyu pon baru start guna jugak nih.. Tak sabar nak tengok hasilnya.. :) jom sama-sama dengan yuyu try produk pelangsingan badan nih.. Insyaallah niat yang baik.. Baiklah kesannya nanti. Cara penggunaannya, sangat lah senang.. Picit secukupnya dan sapu pada bahagiaan badan yang diinginkan dan sambil sapu membuat urutan ringan dengan gerakan membulat beberapa kali atau sampai ia meresap sepenuhnya ke dalam kulit. Sapu 2 kali sehari dan sebaik-baiknya sapu selepas mandi dan juga sebelum tidur. Yang special nya produk nih, lelaki dan wanita pon boleh guna jugak tau.. 

Mana nak dapatkan produk Felinna Incloss ni?? haaa.. jangan risau.. boleh dapatkan di YUYUDeShoppe dengan harga cuma RM75.00 sahaja.. Yuyu pon dah update produk Felinna Incloss ni dalam website. So, boleh lah korang order sekarang. Order di bahagian ORDER FORM. Kalau ada sebarang pertanyaan yang ingin ditanya boleh tanya dibahagian ENQUIRY FORM. Untuk maklumat lanjut tentang produk ni, boleh klik SINI..

Thanks for reading this entry.. :)

Segmen: Tambah Follower Banyak-Banyak!!

Assalamualaikum.. :)

Terasa nak buat segmen lah dipagi Isnin yang padat nih.. Hhoho.. sebab yuyu tau mesti ada yang mengantuk pagi nih kan.. dan ada jugak yang mengeluh.. so, jom kita release kan tension kita semua tu dengan join segmen nih.. Segmen ni dibuat bukan lah bermotifkan untuk menambah followers semata-mata.. tapi, adalah untuk menambah kenalan antara blogger dan juga mengeratkan silaturrahim para bloggers.. Itu yang lebih penting.. Sengaja yuyu letak tajuk segmen tu bagi gempak sikit.. LOL!! haa.. jom.. jom join.. 

  • Buat satu entry segmen ni.. Then, copy paste header yuyu ni dan letak dalam entry..
  • Follow blog yuyu ni.. (wajib)
  • Like fanpage yuyu SayeshukepinkDotCom (wajib)
  • Join ping group ni Kami Bloggers Tegar 
  • Listkan bilangan followers anda sekarang (nak print screen pon blh..)

Yuyu punya followers seramai 1401 orang!!

Senangkan?? hehee.. so, jom join ramai-ramai untuk memeriahkan lagi segmen nih.. Senarai blogger yang yang join segmen ni akan yuyu masukkan terus dalam ruangan segmen di sidebar.. Ini utk memudahkan yuyu blogwalking selalu ke blog korang.. Pliss check ye.. Tarikh tutup belum tahu lagi.. selagi yuyu tak bagitahu bila expired date, selagi tulah korang boleh join.. :) TQ

p/s: opss lupa.. korang diwajibkan untuk blogwalking dan follow list blogger yang lain k..

PENAMBAHAN!!
- kepada blogger baru atau lama yang masih letak word verification for comment.. Pliss delete bagi memudahkan peserta lain blogwalking dan comment entry korang.. baik-baik blogger tu nak comment tengok ada word verification tuh tak mustahil dia tak jadi comment.. Pliss sgt.. check again your comment setting!! kalau tak tahu cara nak buang word verification tuh tengok tutor blog lyssa Remove Word Verification!


Thank you sudi join.. LOVE!!

Special For Bride to Be!

Assalamualaikum..:)

This just a shorted entry.. Actually, for all information.. I've closed my order for flowers hand bouquet.. But, I had received more emails and inbox to open back my order.. Pada mulanya, yuyu menolak disebabkan kekangan masa yang tak mencukupi.. ditambah lagi dengan preparation for my big day.. bukan apa.. yuyu tak nak tamak.. open order tapi nanti tak terbuat.. I don't want this.. :(

Tapi, yuyu dengan besar hati nak umumkan yang yuyu open order for hand bouquet flowers.. Yuyu tak sampai hati nak kecewakan diorang yang dah emails yuyu bila nak open order.. :) sampaikan ada yang email banyak kali.. so, i hope this a good news for bride to be.. 



Fabric & Felt Flowers Hand Bouquet
for engagement, solemnization, wedding and pre-wedding photoshoot

Hand Bouquet cute ini akan menyerikan lagi majlis korang semua.. Untuk quatotion atau sebarang pertanyaan.. boleh lah email diva_yuyu@yahoo.com.. I'll give a special price for bride to be.. So, jom booking sekarang!!!


Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol