Memaparkan catatan dengan label blogger 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label blogger 2012. Papar semua catatan

5 Special Review Blog │ #2

Assalamualaikum..

Entry ni sambungan pada entry 5 Special Review Blog form Yuyu - Part 1. Tapi yang ni part 2 punya. yang mana yuyu review blog-blog diantara terawal komen dalam blog yuyu.. wahh special gituh! Bukan apa, i want to do something yang boleh balas jasa korang sume sebab sudi singgah blog ni kan.. so, ini saja yang mampu yuyu buat.. nak beli kan kereta sorang-sorang tak termampu batin i ni.. ngeh ngeh!

Seorang blogger dari Selangor Darul Ehsan, Malaysia. Header yang comel.. Love it.. dan ada agak scary sikit hehhe.. Berdasarkan dari pemerhatian yuyu terhadap blog ni, Cik Bambam ni menjadikan blog nya adalah blog yang bebas dari sesuatu genre.. maksudnya, tidak spesifik kan blog. Macam-macam ada dan macam-macam yang diceritakan..  hehe.. loading blog pulak OK!! cepat je.. jadi tak bosan lah nk menunggu... jom terjah tuan blog nih

Diberi nama cikebom cikebom!!! eh,, nama dia Anis lah.. Pelajar dari UITM Machang dan merupakan final year student.. Menceburkan diri dalam dunia blogging dari setahun 6 bulan 3 minggu dan 1 hari yang lepas. Comel je tuan blog nih. Blog dia pon kemas dan tak sarat dengat gadget2 di sidebar.. Hurm good2!! Jom follow si comel nih!!

Sedap nama blog dia.. Kuah ayam pedas.. Haihhh terasa lapar pulak. Blog ni bagus, banyak label ada.. ada novel, resepi, tips dan info-info.. so, banyak boleh share2 kat kita semua. tuang blog ni rasanya hobi dia suka edit-mengedit kot.. betol ke?? haaa.. nak tau let's stalk her!!

Sangat simple blog nih.. mungkin tuan blog ni jadikan blog dia untuk share-share ilmu dan tips2 yang berguna untuk semua. tiada apa untuk dikomen.. so, marilah kita terjah blog dia.. 

"-Menulis kerana diliputi angan-angan salju yang bisa membuat para pembacanya cair bagai dimamah sang matahari. Semua penulis akan mati dan yang tinggah hanya tulisan yang bisa menjadi kenangan untuk anak-anak dan keluarga serta pembacanya-" 

Opssss.. jangan lupa terjah mereka-mereka nih!! nantikan next entry untuk part 3 pulak.. bila?? Allah saja yang merancang.. so, stay tune!! ahaks..

Follow Me!!

Berjimba di Wedding Blogger Broframestone!

Assalamualaikum!!

Plan nak hupdate entry ni semalam.. tapi, memang tak larat sangat mata nih.. so tired sebab pergi balik wedding broframestone yuyu yang drive.. padahal pergi ngan tunang.. (mmg yuyu yg nk drive.. jgn salahkan tunang!) LOL.. 

So, nak dipanjangkan cerita.. Alhamdulillah.. Rezeki yuyu semalam dapat pergi majlis perkahwinan rakan blogger iaitu BroFramestone. Walaupun cuma kenal-kenal gitu je dengan bro tapi yuyu tetap pergi jugak sebab dapat invitation kan.. Manelah tau, nanti yuyu kawen bro sudi datang majlis yuyu pulak?? wahhh gitu.. Walaupun dalam perjalanan pergi Parit Raja tu mengharungi pelbagai cabaran dan liku-liku kehidupan. Sekejap panas, hujan, mendung dan begitulah seterusnya. Tapi, sampai jugak!!

Mula-mula yuyu tak pasti sebenarnya nak pergi atau tak.. sebab yuyu tau tak de sape yang yuyu kenal kat sana. nanti tepu pulak yuyu kat sana sorang2.. tapi, bila yuyu dapat tau yang blogger Lyssa dan Ben Ashaari pon ada kat sana.. Wahh terus semangat nak pergi.. sebab?? of course lah nak jumpa otai2 blogger tu kan.. Oh god.. bukan senang ok nak jumpa diorang.. ada peluang, jangan lepaskan!! 

Sampai kat sana.. memang.. tak der sape yang yuyu kenal.. dalam hati.. apa aku nak buat nih.. ahhh x pelah menternak lemak dulu lah.. sambil2 leher macam zirafah carik tempat duduk. then, yuyu tweet lyssa sama ada dah sampai ke belum.. the dia cakap dah sampai tengah carik parking.. Oklah.. tak lama tuh, pertama yang sekali yang yuyu nampak?? QHALIFF!!! awwww.. excited gila nampak dia.. then, ada ben & wife dan jugak lyssa.. Eh, membebel panjang pon tak guna.. jom layan gambar-gambar nih..





Sory for the quality of image.. Snap guna phone je.. lepas tu kan.. gambar yang snap sikit je dpt.. sebab banyak yang tak ok.. Stress je kan.. Mana taknya entah sape2 je yang yuyu panggil mtk tolong amek kan gambar.. Grrrrr... Tapi, tak pelah.. hope gambar2 dalam kamera lyssa ok semuanya.. 

Ada yang jeles ngn yuyu tak dapat pegang Qhaliff?? hehehe.. seriously, Qhaliff sangat comell!! berapa kali yuyu maen2 pipi dia yang boyot tuh.. hehehe tapi, dia diam je.. Mak dia kata Qhaliff ni jenis tak senyum, tapi tak nangis.. Dia kurang sikit bila dengan orang yang tak dia tak kenal.. Tengok dalam gambar tu.. Macam mintak dilepaskan je dari yuyu.. Hahaha. Qhaliff..Qhaliff... 

Sepanjang ada kat wedding bro tu.. yuyu dengan lyssa je.. heheee.. dok snap2 gambar je kejenye.. Lyssa pon memang sporting gila!! Seronok.. Kecik molek je Lyssa nih.. I'm very lucky sebab dpt jumpa blogger2 yang best nih.. Actually, banyak ag gambar nak di post.. tapi, semuanya serba tak kena.. Ini tak ok.. itu tak ok.. cuma yang kat atas ni je yang nampak rupa sikit. Kira halal lah.. Ok bye!!!

Upsss.. agak2 kalau yuyu kawen nanti ada tak blogger yang sudi datang majlis yuyu?? hehehe..

*** nak promote sikit nih.. sape ada twitter?? follow yuyu sini yulianawahit... TQ..

Ciri-ciri orang yang obses dengan blog!

Assalamualaikum.. (*_^) 

Obses?? ye ke?? mana ada!! biasa jer.. mana kau tahu aku obses dengan blogging?? huh!!! chettt tak mengaku tuh.. dengan ini.. jom kita tengok ciri-ciri orang yang obses dengan blog..


1) Bangun je dari tidur, terus capai laptop.. Walaupun dengan mata yang penuh dengan taik dan peta yang dah kering kat keliling mulut tu.. Arhhh takpe.. itu nanti boleh buat.. yang penting log in blog dulu.. 

2) Crazy blogwalking!! sentiasa blogwalking ke blog-blog lain. like, follow, comment dan tinggalkan shoutbox dengan pesanan follow saya balik.. Kalau boleh selagi ada ruang kosong yang boleh tinggalkan comment selagi tulah dia isi.. Motif?? supaya tuan blog tuh tak terlepas pandang untuk follow blog aku balekk.. 

3) Lepas update dan ping entry, setiap lima minit akan refresh blog tengok berapa ramai yang tengah baca entry.. Refresh jugak kat comment waiting moderation.. Ada tak yang komen entry aku.. bila ada yang komen.. senyum sampai ketelinga. kalau boleh nak melompat tinggi-tinggi.. sebab traffik naik.. LOL!!

4) Sentiasa mencari idea dan topik untuk diupdate dalam blog.. Google search, yahoo search cari sumber maklumat yang boleh diupdate!! 

5) Pegi jejalan.. kamera sentiasa kat tangan.. Ambil gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan entry terbaru.. Sampai umah.. cepat-cepat terus update blog!! 

6) Sanggup tahan mata walaupun tahu jam dah menunjukkan pukul 3.00 pagi.. Tapi, masih nak refresh blog sebab risaukan traffic.. Adooayaii.. Traffic tu tak lari kemana lah.. Esok pagi  boleh sambung dengan taik mata tuh sekali.. huehuehue..

7) Join segmen sini sana.. Kadang-kadang tuh penuh blog hanya dengan entry segmen sahaja.. niat dalam hati nak traffic tinggi dan followers yang banyak!! So bored!! balance kan entry korang dengan bersegmen dan juga maklumat.. insyaallah tinggi jugak traffic dan followers korang kalau apa yang korang kongsikan itu bermanfaat.

8) Laptop tak shut down satu malam risau dengan comment dan traffic. kalau on je laptop nanti senang nak tengok2 ada orang comment ke tak..kan kan kan??

9) Waktu makan, duduk depan laptop sambil makan. tangan kanan makan.. tangan kiri pegang mouse.. Mak bising kat sebelah pon tak dipedulikan yang penting blogging dulu!! hahaha parah-parah...

10) Korang pikir lah sendiri yerkk!! Muahahhaa..

betul kan apa yang yuyu tulis tu?? haaa jangan nak menipu ok.. kalau korang cakap tak tu lagi maknanya korang tipu.. ngeh ngeh.. tak kisahlah korang nak obsesi dengan blog atau apa-apa sekalipun. Cuma nak bagitau jaga kesihatan diri dan jangan buat-buat tak dengar bila mak minta tolong pergi pasar.. Semata-semata untuk blog!! No..no..no..no.. Ini bukan ciri-ciri seorang blogger.. ada lagi ke ciri-ciri yang yuyu terlepas pandang?? or ciri yang anda pada korang?? hehehhe komen..komen..

p/s: apa yang yuyu tulis adalah berdasarkan pengalaman yuyu sendiri.. jika ada persamaan diantara hidup dan mati yuyu minta maaf.. :) Peace!!!



5 Special Review Blog │ #1

Assalamualaikum.. (*_*)

Malam-malam buta pon still nak hupdate entry ke?? Gila blogging lah kau nih!! Muehehee.. Ada aku kesah?? yaahh yuyu akui.. Start dari mula yuyu berkecimpong dalam blogging nih.. Yuyu jarang review blog-blog lain kan?? Jarang ke tak pernah langsung?? Entah diri sendiri pon tak tahu.. Penangan dari minum hot nescafe sambil layan lawak ke der dekat channel Warna 132.. Mata ni tak mahu ditutup.. Padan muka! 

Tapi tak pew.. Ada kebaikannya juga.. Ape ekk kebaikannya?? hahaa.. update entry review blog lah.. jarang yuyu buat.. Jom kita tengok blog siapa yang kena review.. jeng jeng jeng!!

Blogger dari Kota Bahru Kelantan yang bernama Amy Syaquena. Blog warna pink.. Owww my feveret colour! Banyak tips, tutorial blog yang boleh didapati di dalam blog ini.. Pemilik blog ini juga mempunyai online shopping sendiri.. Boleh klik http://wholesalemall2u.blogspot.com/

The man blogger yang bermata sepet.. Sepet ke?? hahaaa entahlah.. Maybe sebab dia suka Kpop.. Sebab tuh tittle blog dia Budak Bermata Sepet.. Dan disertakan dengan trademark sekali "Berangan Itu Adalah Impian" Yuyu rasa dia ni sangat obses dengan Korea film.. Sebab bila diteliti blog dia.. Semuanya banyak berkenaan ala-ala korea gituh.. kalau nak tau betul ke tak.. jom serbu blog dia ramai-ramai..

Menceritakan tentang peribadi, dunia semasa dan juga perkara yang sering berlaku disekeliling merupakan tuan punya blog ini yang bernama Yen. Berasal dari... tidak dipubliskan dia tinggal kat mana.. Nak tau?? terjah blog dia okey...

Dia suka kait ayat. Tapi itu bukan puisi kerana susun kata dia berterabur. bukanlah dia layak untuk bermetafora mahupun berhiperbola. dia jua bukan luar biasa seperti yang kau imaginasikan. cuma terkadang dia mahu menaip sepatah dua kata untuk hatinya..Sedikit intro untuk blog awek cun Linn Ghazali ini. Nak ngurat?? hehehe tak boleh.. follow boleh.. hahaa..

Yuyu tak tahu yang mana satu blog dia.. sebab dalam profile terdapat tiga link blog.. jadi, yuyu ambil satu untuk direview.. Blogger jejaka dari Jitra Kedah ini banyak sharing tentang maklumat yang sangat berguna untuk blogger-blogger yang lain.. Jadi, kalau nak tau rajin-rajinkan lah tangan anda untuk mengklik ok.. 

Haaa cukup lah 5 blog yang yuyu review untuk malam ini dan hari ini.. Jangan lupa okeyh untuk singgah blog-blog diatas tu.. Sebenarnya mereka adalah antara blogger yang paling terawal komen entry dalam blog yuyu start yuyu blogging ni.. Waaahhh!! so yuyu buat review special untuk mereka-mereka nih.. Nantikan entry special review dari yuyu yang seterusnya.. Bila?? entah.. tunggu jelah ye..
So, selamat meng-review!!!

*Nak tido.. dah ngantok!! entry ni habis ditaip pada jam 1:55 pagi. So, pliss hargai keikhlasan daku nih! Hehehee...





Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol