Fadhilat Demam

Rasulullah S.A.W ada berpesan,
~Ujian akan sentiasa menimpa lelaki dan juga perempuan yang beriman.. Sama ada menimpa kepada diri sendiri,  anak-anak dan juga hartanya. Sehingga dia menemui Allah tanpa apa-apa salah. Hadith Riwayat Al-Tarmizi (Hasan Sahih)~


Kerana pada suatu hari, Rasulullah S.A.W telah menziarahi Ummu Sa'ib yang sedang sakit. Apabila sampai dirumahnya, Rasulullah S.A.W bertanya, "Kenapa kamu menggigil wahai Ummu Sa'ib?". Beliau menjawab, "Saya sakit demam, semoga Allah tidak memberkati demam ini." Lalu Rasulullah S.A.W menegur, "Janganlah kamu mencela sakit demam,kerana ia akan menghapuskan dosa-dosa anak adam seperti mana pemanas besi dapat menghilangkan karat-karat besi." Hadith Riwayat Muslim


** jadi, jangan lah mengeluh bila demam ataupun sakit.. Muhasabah diri..


Love,
YULIANA WAHIT

Tiada ulasan:

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol