Update: Hand Bouquet Noor Ain

Assalamualaikum.






Request colour sebijik macam yuyu punya masa sanding dulu. Harap you suka dear.
Thank you..



Dugaan bila bekalan air tiada selama sebulan..

Assalamualaikum..


Orang tua-tua kata, biar tiada bekalan elektrik daripada tiada bekalan air. Pernah dengar tak? Sure mesti ada yang pernah.





Itulah dugaan yang sedang menimpa rakyat johor sekarang ni termasuklah aku. Sangat membebankan bila dapat notis daripada Syarikat Air Johor annouced bekalan air tiada di kawasan persekitaran Pasir Gudang dan juga Johor Bahru selama sebulan. Selama sebulan ok.. Aku ulang.. Sebulan.. 

 Banyak perkara & kerja rumah yang aku tak boleh nak buat bila air tak ada nih. Mandi, basuh baju, masak, kemas rumahdan macam-macam lagi. Semua tu memberi kesan yang mendalam sangat untuk aku. bukan lah tak boleh buat kerja langsung. boleh..tapi agak terhad lah penggunaanya kan.. berbanding dengan kalau tak ada elektrik. Boleh je amek surat khabar, kipas diri sendiri sambil baring kat bucu pintu nak dapat angin punya pasal. Time tu boleh lah ko nyanyi lagu suriram kat situh. Easy...



Tergelak jugak aku tengok jadual bekalan air nih. Dah macam jadual sekolah pulak kan. cun-cun je diorang setup. berdasarkan gambar jadual tuh, bekalan air tiada secara berselang seli. 1 hari ada, dua hari tak ada. Begitulah rotation selama sebulan. Kawasan rumah aku dah start tak ada bekalan air dari 2 hari yang lepas. Alhamdulillah hari ni dah ada air. Standby refill balik tong-tong yang ada untuk dua hari punya. kadang stress mak dibuatnya. but, pejam sebelah mata, tarik nafas lega and think positive ja.




......................................................................................................................

Walaupun dalam ketiadaan bekalan air, tetap jua kugagahkan zahir dan batin ni untuk masak. Ko bayangkan lah  memasak dengan guna air yang ciput-ciput je sebab pikirkan kehadapan nak guna lagi air ni nanti. tekanan dibuatnya.. tapi, nak buat macam mana. no excuse hokey.. kang laki aku nak makan apa??

Aku nak share menu yang sempat di masak untuk dua hari ni......


Menu 1'st day: Udang sambal petai, sayur bayam masak air & ikan caru goreng.




Menu 2'nd Day: Ikan Siakap Stim & Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis


Win tak lauk yang aku masak?? haha.. lap peluh beratus kali okey masak dengan air takde. Cubaan tahap menggunung dah ni. Saja je nak bagi korang terliuh sikit tengok makanan kat atas nih. Akan aku harungi rintangan memasak selama sebulan nih. Bhahaha...



.................................................................................................

Tapi..... bila difikir-fikir, masa ni lah aku kena berfikiran positive. Ada bagusnya juga, dugaan ni mengajar aku kesabaran tahap maksima, berjimat cermat yang pasti, bersyukur dengan apa yang ada disekeliling. Kadang aku leka, kadang aku alpa, baru diturunkan dugaan macam ni, mengeluh lebihnya. Manusia kan.. Human typical.. Ngeh..

I need your DOA hopefully bekalan air ni akan pulih dan selesai dengan cepat. Thanks dude..

Bye!!


Tutorial Fabric HandBouquet Versi Yuyu

Assalamualaikum W.B.T


Kali ni aku berbesar hati sangat nak share dengan semua my readers tutorial fabric hand bouquet. Dalam entry aku yang lepas, aku ada sharing tutorial untuk buat felt hand bouquet. boleh tengok kat SINI. Yang ni jenis fabric punya pulak. Buatnya tak susah mana pon yang penting korang kena istiqamah dan sabar. Yaa.. Sabar itu separuh daripada Iman.. So, janganlah bosan baca entry yang sangat panjang ni okey.





Let's do it!!

 ..........................................................................................................................

1) Potong kain kepada 3 jenis yang berbeza size. Ikut korang lah nak size besar mana. Kalau nk bunga tu besar potong size besar. Aku ni pon potong ikut sesedap rasa je. Tak ikut ukuran sangat pon.


Sorry tak dapat bagi actual size sebab tak de pembaris kat rumah. So tak boleh nak ukur. 




2) Lipat dua, kemudian jahit jelujur halus dibahagian hujung kain.




3) Ulang step yang sama juga untuk yang lain. Dan hasilnya akan seperti dibawah.





4) Kemudian, terbalikkan kain tadi dan lipa dua sehingga menjadi seperti gambar dibawah. Untuk mendapatkah hasil kelopak bunga yang cantik dan kemas, aku syorkan kan gosok sedikit dibahagian hujung kain. Lihat contoh dibawah.





5) Dah?? Ok. then korang jahit jelujur kasar pulak untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik. Jahit sekeliling kain. Ulang step yang sama untuk balance 2 kain lagi tu.





6) Kemudian, tarik perlahan-lahan benang dan matikan jahitan dengan kemas. Part yang ni haruslah berhati-hati ya, jangan sampai benang putus. 





7) Okey, sekarang kita dah ada 3 size bunga yang berlainan. Apa yang kita perlukan sekarang ada dawai dan juga butang ya.





8) Ambil dawai, masukkan butang dan bengkokkan sedikit dawai . 





8) Masukkan layer pertama iaitu bunga size yang paling kecik, diikuti dengan yang sederhana dan akhir sekali yang besar.




9) Bengkokkan sedikit dawai supaya bunga kita tak jatuh. So, nampak cun-cun je bunga tuh nanti.






10) Taraaaaa!!! Dapat dah satu kuntum bunga yang cantik, cun dan comel!!.  Ulang step yang sama dan buat lagi banyak-banyak...








.................................................................................................................




Ni lah hasilnya setelah dicantumkan semunya menjadi sebuah hand bouquet. Hehe.. Senang kan?? Rasanya cukup jelas dan mudah tutorial ni. jangan risau, tak complicated mana pon buatnya. Yang penting buat dengan seikhlas hati dan di topping dengan kasih sayang confirm hasilnya sangat cantik. Tak faham?? pm fb yuyu ok...


Happy Trying!!!



Pingdom Website Speed Test

Assalamualaikum.





Aku pon dah terjebak dengan benda alah nih. Nak jugak test kelajuan blog aku dekat Pingdom Website Speed Test nih. Aku pon dah lama tak buat ujian fizikal dekat blog aku. 

Jom tengok result kelajuan blog aku.


Aku sendiri macam tak percaya dengan apa yang aku tengok.. Ke saja nak sedapkan hati aku?? Load time 2.66 per second.. Boleh dikategorikan laju jugak lah kan.. Tapi kalau betol sekalipun ok apa.. Good news for my readers lah kan. Tak payah nk tunggu loading lama-lama. sebab hati dan perasaan rakan blogger sama je dengan aku tak suka terjah blog yang loading slow motion ya amaatt.. sakit hati ni tau tak. Then, kat situ korang dah rugi traffic. 

Korang dah try belom speed test ni?? haaa cepat try.. 

Bye!!






Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI

Wordless Wednesday

Assalamualaikum W.B.T



.....Wordless Wednesday.....




Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI

Update Hand Bouquet Lagi....

Assalamualaikum..

Lagi nak update pasal hand bouquet, almaklumlah apa lagi nak dibuat kat rumah selain masak, cuci kain, mengemas rumah, uruskan suami.. kan kan kan?? Sekali-sekali lembutkan lah sikit jari-jemari ni ye dak. Kalau siapa yang follow instagram aku tu taulah dia apa yang aku dok update tiap-tiap hari.


Bila ada free, aku sambung sikit-sikit buat hand bouquet. Aku memang ada annouce yang aku dah bukak balik order untuk tempahan hand bouquet nih. Tapi, slot terhad, aku tak nak terlalu confident amek tempahan banyak sampai menyeksa diri. Sebab dah pernah dah. So, siapa yang nak tempah hand bouquet kat aku boleh je.. Tapi mesti 2 bulan awal yee.. Aku tak accept last2 minit order nih. Ngeeeee...


.........................................................................................................................................

Jom layannzzz...




















Selama pengalaman aku buat hand bouquet nih, alhamdulillah my pengantin semuanya berpuas hati dengan hasil kerja tangan aku. Aku sendiri pon tak sangka yang aku ada bakat macam ni. Apa yang aku rasa, gembira sangat sebab aku dapat buatkan hand bouquet yang comel-comel ni untuk diorang. Kira satu award lah untuk diri aku bila aku dapat tunaikan hajat dan permintaan pengantin tu sendiri untuk dipakai masa majlis bahagia diorang. Senyum sampai telingaaa aku.. Heeee...


Okeylah.. Cukup lah cerita pasal hand bouquet nih. Kalau nak tau lebih teliti. Halo-halo me ok???

Bye!!!

Follow INSTAGRAM Bunga Tangan


Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI

Segmen: Pencarian Bloglist Yuyu Bulan August 2015!

Assalamualaikum.

Yuyu nak buat segmen nih.. Nak carik bloglist bulan August untuk blog yuyu. 
Harap ramai yang sudi join segmen nih.


Syarat-syarat.

1) Follow blog ini.
2) Like Fan Page SayeshukepinkDotCom
3) Follow Instagram Yuliana Wahit
4) Masukkan link blog yuyu dalam bloglist anda juga.
5) Buat satu entry , copy & paste banner di dalam entry.
6) Tag 2 rakan blogger anda dan pastikan rakan anda tahu segmen ini.
7) Drop URL entry di ruangan komen. Kemudian yuyu akan masukkan link blog anda di dalam bloglist bulan August 2015.

Senang kan. Segmen ini akan berakhir pada esok 11/08/2015 pada jam 12 malam. Jom pakat ramai-ramai join segmen nih.


Jom join group blogger KBT ----> TEKAN SINI






Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com

Assalamualaikum...



Pencarian bloglist bagi bulan September dan Oktober 2015 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 10 Ogos 2015, iaitu tepat jam 11.00 pagi sehingga 11.00 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #16 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 31 Ogos 2015.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...


Segmen Blogwalking Lepas Raya!


Memang dah lama aku cari segmen untuk aku join bab blogwalking ni. Ada jugak akhirnya.. Apa lagi dengan lincah lah aku join. As a blogger, blogwaking ni memang dah makanan kita hari-hari. Jadi, aku menyeru pada yang lain untuk join segmen ni. 

Aku nak tag kawan yang rapat dengan aku dalam dunia blogging




Sayaiday dan Ayueidris Giveaway August 2015




Jom ramai-ramai join giveaway yang dianjurkan di blog Sayaiday.com dan Ayueidris.com 
Antara hadiah yang ditawarkan adalah :



+ 1 x Penginapan 2 hari 1 malam di The Kabin,Jeram Selangor *
+ 2 keping tiket Aquaria KLCC
+ Sebuah buku karya Dr. Anwar Fazal, Tribulasi 365
+ RM30 Voucher Parkamaya
+ RM150 Voucher Parkamaya
+ RM50 Voucher Pak John Steamboat
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 6 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 10 Mangkuk Boat Noodle)
+ Voucher Makan Boat Noodle (Free 12 Mangkuk Boat Noodle)
+ Outdoor Photoshoot by Islam (Website)
+ 5 set Chrochet Heart (5 pemenang)

Seramain 15 Pemenang Bertuah dan Contest berakhir pada 19 August 2015.


Anjuran blog : www.sayaiday.com, www.ayueidris.com, akumohdfakhrulislam.blogspot.com

Klik Link ini untuk join contest : http://goo.gl/H0lgNa


Update Kuih Raya Berjemaah!

Assalamualaikum. 

Terlambat ke untuk aku post nih?? tak kot rasanya sebab Raya kan sebulan. So, mood-mood kuih raya tuh still ada lagi kan. Tahun nih, paling gempak sebab aku buat semua kuih raya ni lagi seminggu nak raya. Betul-betul lagi seminggu. Dan jenis-jenis kuih raya yang aku buat untuk  tahun ni pon bertambah skitlah dari tahun lepas. 

Meh-meh tolong tengok my kuih raya yang tahap langit nya bertungkus lumus tuh.

 1) Conflakes Madu
Memang tiap-tiap tahun wajib ada sebab paling senang kot nak buat. So, tak ada alasan nk cakap tak sempat buat kuih raya.


 2) Conflakes Coklat
Ini pon sama, kuih raya paling senang nak buat. Paling senang. Senang jugak masuk mulut. Tiap tahun wajib ada jugak.


 3) Semperit Biscuits
Gojes tak uollsss i punya?? last year sempat buat 1 colour je yang wana kuning. This year, mood ada baik sikit, so aku buat 3 colour skaligus, Ingat nak buat colour JDT tapi, blue colour tak ada. Ok lah jugakkan...

 4) Tart Nenas Gulung
Ku akui ini kali pertama aku cuba buat tart nenas nih. Dari segi rupa memang lah tak berapa cun tapi alhamdulillah, the taste is good. 


5) Almond London
Ni first time jugak buat. Alhamdulillah menjadi. bravo!!


 6) Biskut Cinta Hatiku
Nama biskut ni anak sedara aku yang bagi. Sebab biskut ni aku buat cincai je. Kira x de tgk mana-mana resepi lah. Main buat ikut sedap tekak.

7) Kuih Rotan.
Wajib ada. Family tradition mesti ada kuih ni time raya.. 


8) Popia.
Kuih raya aku yang terakhir. Last year x sempat buat sebab i is so busy. So, claim lah untuk tahun nih.

..................................................................................................................

Amacam?? Meriah tak kuih raya I uollsss.. Haruslah kannn.. Kata suri rumah sepenuh masa. Haruslah meriah.. Kuih raya korang pulak macam mana??




Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol