Memaparkan catatan dengan label seram. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seram. Papar semua catatan

Misteri di Kemayan City, Johor Bahru

Assalamualaikum..

Mungkin ramai yang tahu tentang tentang kisah seram yang pernah berlaku di Mall yang diberi nama Kemayan City.. Mall ini terletak di Johor Bahru di laluan highway Kulai ke JB.. (err. tempat aku lah tuh!) Tapi bagi penduduk di Johor Bahru.. memang sudah lali dengan tempat-tempat yang berhantu ni.. Contoh lain seperti Villa Nabila yang terletak kat Danga City, JB. Shopping mall ni memang besar sangat..lebih besar dari Jusco City Tebrau. Tapi, sayang.. Mall itu terbengkalai dan tidak pasti apa penyebabnya.. Maybe masalah ekonomi merosot.. sebab bangunan tu kalau tak silap dibina pada 1998. Yuyu memang selalu jugak lalu kat situ.. Setiap kali yuyu lalu situ, yuyu akan tengok je shopping mall tu sebabnya abang yuyu pernah cerita yang kawan dia pernah terjebak masuk kedalam shopping mall tu.. pelik kan??

Ceritanya bermula dimana ada sekeluarga dari Singapura menghadiri kenduri yang terletak di area Kulai, Johor Bahru. Dalam beberapa kilo dari shopping mall tersebut, keluarga ni ternampak shopping mall yang besar sangat.. dan banyak lampu-lampu yang menerangi bangunan itu.. Jadi, mereka membuat keputusan untuk singgah sebentar untuk membeli-belah sebelum sampai ke sana.. Waktu itu, memang tengah jualan sale.. jadi, keluarga itu membeli beberapa minyak wangi dan barang-barang lain.. Kemudian, mereka teruskan perjalanan pulang kerumah.. Sampai saja di rumah saudaranya dengan perasaan excited mereka berceritalah tentang shopping mall itu...

Alangkah terperanjat nya saudara mereka bila mereka memberi tahu yang shopping mall itu sebenarnya telah terbelangkai lebih dari 10 tahun.. Dan sampai sekarang masih terbengkalai.. Perasaan seronok telah bertukar menjadi seram.. Keluarga dari Singapura itu memberitahu yang mereka juga membeli barangan dari mall tersebut.. Apabila mereka mahu menunjukkan barang yang dibelinya tadi.. Terperanjat kerana barang tersebut lenyap tiba-tiba.. Kosong.. 

Dan yuyu tak pasti apa yang berlaku selepas itu.. Yang pasti cerita ni memang popular lah di Johor Bahru dan juga Singapura.. Tanya lah pada sesiapa saja Mall Kemayan City ni.. Mesti semua tahu..tapi, disebalik cerita seram yang berlaku tidak dipasti kesahihannya sebab carita ini dari mulut ke mulut.. Apa yang pasti sekarang shopping mall tersbut menjadi tempat mak gian, pengganja dan sewaktu dengannya bersarang disitu..

Jom kita tengok sedikit gambar Kemayan City Mall, Johor Bahru






 sumber Encik Google 


bagi sesiapa yang nak tengok live shopping mall Kemayan City ni boleh lah datang ke Johor Bahru okeyh..
huhu.. actually yuyu taip entry ni pon dah meremang dah bulu ni.. 

Thankz for reading this entry.. (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol