Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label 1 malaysia. Papar semua catatan

Menyamar jadi saudara pengantin..

Assalamualaikum.. (*_^)

Bila ada majlis perkahwinan.. Selalu kita dengar berlakunya kecurian kan?.. Kes kecurian ni sangat kerap berlaku di Malaysia ni.. Duit salam kaut hilang lah.. handphone hilang.. handbag hilang.. macam-macamlah.. dan yang paling kerap sangat berlaku adalah selipar hilang.. Muehehe.. Mula lah menjerit terlolong tanya siapa ada pakai selipar tersalah sambil leher dah mcm zirafah dok tengok-tengok kaki orang lalu lalang. :) Kat rumah yuyu sendiri pon pernah berlaku kecurian waktu berlangsung majlis perkahwinan.. Cuma handphone saja yang pernah hilang, itupon makcik saudara punya.. Entahlah siapa yang curi. Memang tak boleh nak guard semua sudut rumah tu.. Ramai sangat saudara-mara.  Tapi kesian sangat kalau duit hasil salam kaut tu yang dicuri.. Hermm.. memang hancur luluh lah hati keluarga tuh.. 

Kejadian yang sama berlaku di IPOH, dimana ada sekumpulan geng makcik-makcik yang lingkungan umur 40-an menyamar sebagai saudara pengantin supaya dapat masuk ke dalam kediaman pengantin dan mencuri barangan berharga.

Taktik mackciks-makciks ni dapat dikesan lebih kurang seminggu selepas the makciks mencuri barangan berharga di 2 buah kediaman di Batu Kurau dan Manjoi. Kemudian saksi, Salina Shansudin berkata, geng-geng makciks tu mencuri empat handbag kepunyaan keluarga pengantin sewaktu majlis berlangsung. Empat orang makciks tu berpakaian lengkap baju kurungdan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin dan memperkenalkan diri mereka adalah saudara pengantin lelaki. 

Kemudian, mereka bersikap pelik dan tidak bercakap serta hanya memerhati sekeliling dengan kecuriagaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin. Tak lama selepas itu, dua daripada empat makciks tu dilihat masuk ke bilik pengantin. Mereka mencuri 4 beg tangan yang mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai RM30,000. 

Saksi berkata, kecurian itu disedari semasa pihak bank menghubungi salah seorang mangsa untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit yang menggunakan kad kredit dan urusan itu tidak berjaya kerana diragui pihak bank. Sekarang, siasatan masih dijalankan.. -maklumat.my-

Eeeee jahat nya makciks-makciks tuh!! siap menyamar bagai.. Dah tua-tua pon masih nak mencuri lagi ke?? tak faham betul.. Hope korang semua be carefull ok about this.. Kalau boleh pastikan dengan betul siapa saudara mara-yang datang sama ada dari pihak lelaki atau pon perempuan.. Supaya perkara ni tak berlaku dalam keluarga kita.. Okey.. Peace!!

Thanks for reading this entry.. 


Samsung Smart Camera for FREE!!

Assalamualaikum.. (*_*) woot..woot..

Kat sini ada yang penggila/penggemar dan pentaksub camera tak?? Raise your hand and say " Of Course Me!!".. :) hahhaha dah agak dah.. ishhh ramainya yang angkat tangan.. ni yang angkat tangan ye ke pentaksub camera?? 

Yuyu nak bagi korang camera free ni.. Samsung Smart Camera.. Nak tak?? mestilah nak kan.. free je kot... Hek eleh, yeye'o je yuyu nak bagi Smart camera?? poyos je lebih! hahahha. actually, it was not me want to give you this camera.. but, syarikat Samsung yang nak bagi.. haa kan betul.. poyos je..  


ha..ha..ha... percaya atau tidak?? kena percaya jugak.. arhh..saya nak yang pink tuh.. nak nak nak.... so cute!!

Caranya senang je untuk korang dapat Samsung Smart Camera ni free.. Just SHOOT WOW! SHARE NOW! tak tau macam mana?? :)
* Join the facebook Shoot Wow! Share Now!


* Firstly, Isi borang pendaftaran... Klik link kat atas tu..
* Upload gambar yang berkenaan dengan tema Malaysia.. tak kiralah macam korang buat Bendera Malaysia ke, Jalur Gemilang ke, Nasi Lemak Jalur Gemilang ke.. yang penting berkenaan dengan Malaysia.. dan pastikan gambar itu dibuat sehabis kreatif yang boleh..
* Lepas tu, korang explain lah tentang gambar yang korang upload tu.. Tidak melebihi 140 patah perkataan.
*Korang boleh upload gambar sebanyak mana yang korang nak supaya peluang korang untuk menang lebih meningkat..

So, apa tunggu lagi.. cepat-cepat lukis gambar yang berkenaan dengan tema Malaysia sekarang jugak! kalau tak, memang melepas lah camera tuh.. Yuyu rasa, nak lukis yuyu tengah panjat KLCC nak amek bendera Malaysia kat atas sekali tuh boleh tak ek??.. agak-agak ok tak?? Muehehe.. 

Happy Trying & Good Luck!! Peace..

Cip Cegah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebuah syarikat teknologi iaitu ABRA Corp Sdn Bhd telah melancarkan alat pengesan pergerakan pelajar yang diberi nama SchoolTrac. SchoolTrac ini berbentuk kad yang mengandungi cip dan akan disambungkan ke pusat data sekolah bagi memaklumkan guru dan juga penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau sms. 


Pengarah Projek ABRA Corp iaitu Mohd Shahril Mahmud (gambar diatas) mengatakan bahawa ibu bapa akan menerima SMS atau pun email daripada data pusat(sekolah) setiap kali pelajar memasuki dan keluar dari sekolah. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ini.. 
 SchoolTrac juga mencatat semua maklumat kehadiran setiap pelajar menerusi pancaran sistem pada produk berkenaan. Syarikat ABRA Corp Sdn Bhd sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac ini disemua sekolah di seluruh negara.. -BeritaHarian-

Bagus juga kan sistem ni. So, ibubapa sekarang tak perlu lah risau sangat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah.. Dengan adanya perkhidmatan sistem ni dapat membantu dan menyelesaikan sedikit kerisauan pada ibubapa sekarang. Kepada para pelajar, ada baiknya kalau korang pakai kad tuh supaya korang tak boleh bohong parents korang.. 

Agak-agak bila ya sistem SchoolTrac ni di lancarkan kesemua sekolah di Malaysia.. Hehehehe.... Devil face!! Jangan Maraahhh... Peace!


Selamat Hari Kemerdekaan ke-55

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebagai mukaddimah untuk entry ini.. yuyu nak laungkan merdeka kuat-kuat boley?? hehehe 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Huh!! Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kita untuk merasai hari kemerdekaan negara kita yang ke-55 ni.. Dah 55 tahun dah merdeka kan.. Yuyu pon baru terkedek-kedek nak buat entry sempena merdeka ni. Orang lain semua buat entry tepat jam 12 malam tadi.. Muehehee..

Ada yang join perarakan kat dataran merdeka tak?? huhuhu.. mesti best kan.. yuyu just dapat tengok kat tv je.. Kalau boleh nak join jugak.. Nak rasa semangat kemerdekaan tuh. tapi, yuyu ni jauh kat selatan.. cane nak join..

Sebagai anak MALAYSIA , yuyu nak berterima kasih kepada pejuang dan pemimpin negara kita.. Kerana merekalah kita hidup dengan aman hari ini.. Shopping dengan aman tanpa dengar bunyi tembakan dan bom kebabom tuh.. Melantak kuih tart gulung sambil naip entry..(erkk aku lah tuh..) Keluar rumah tengok jiran-jiran main basikal, makcik-makcik sapu sampah, kanak-kanak bermain layang-layang.. Jelas terserlah kebebasan didalam negara kita kan.. (ok, bab keluar rumah memang aku tipu sangat-sangat..)

nampak tak muka merdeka kat atas tuh.. hehehe of course lah!!

Ok, actually yuyu mengambil masa selama 5 jam untuk membuat entry nih.. Entah kenapa pon yuyu tak tahu.. Tengok entry tak de pon sepanjang karangan wajib lebih 350 patah perkataan. Maybe sebab yuyu buat entry sambil tengok tv?? sebab tu meleweh banyak.. hahaha.. ok dah! Disini, yuyu sebagai anak Malaysia sangat berbangga menjadi anak Malaysia!!

I LOVE MALAYSIA!!


Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalamualaikum.. (^_^)

Seperti mana yang kita semua tahu yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan( erkk mcm lancarkan roket nak pergi bulan pulak..) satu kad iaitu Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia kepada semua pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi tak kisahlah institut awam atau swasta.. Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar institut pengajian tinggi..

KADS1M ini diberi secara percuma kepada semua pelajar-pelajar.. Tidak dikenakan bayaran se-sen pon dan kad ini boleh digunakan disemua premis & perniagaan yang berkenaan.. Yang bestnya tak perlu untuk korang buat permohonan nak dapatkan kad ini sebabnya nanti pihak terlibat akan hantar kepada pengurusan institut korang then, diedarkan pada korang semua.. So easy kan..


inilah rupa KADS1M yang akan korang dapat nanti.. (huhu nama siapalah kat kad tu ekk.. femes kau kejap).. Kenapa ada logo Bank Rakyat dekat kad tu?? Sebab Bank Rakyat lah yang menguruskan percetakan kad tersebut.

Untungnya pelajar-pelajar sekrang ni yerkk.. Macam-macam diberi kemudahan.. Rugi pulak habis belajar awal-awal.. (cehh rugi konon.. ko yg mmg dah tak nak belajar..) hehehe... So, harap-harap digunakan dengan sebaiknya lah kemudahan yang telah diberikan oleh kementerian ni ye.. Jangan pulak nanti timbul hal-hal yang tak sedap didengar.. Bersyukurlah.. Allah suka hambanya yang selalu mengucapkan syukur.. :)

Kalau korang semua inginkan keterangan lanjut boleh klik website ini http://www.1pengguna.com. Disitu semua maklumat lengkap.. Boleh rujuk sepuas-puasnya.. Senarai perniagaan yang terlibat juga ada.. Jadi, korang semua nanti tak delah maen terjah semua kedai mintak diskaun siswa 1 Malaysia.. Muehehe.. Tamo..tamo.. 

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini..

Rakyat Malysia yang prihatin

Assalamualaikum..




penat yuyu lukis supaya korang faham apa mesej yang yuyu nak sampai kan melalui gambar ni.. 
muehehee... bangga dengan sikap rakyat yang sangat prihatin... sampaikan mood yang happy nak pergi keje down gara-gara benda nih.. (^_^)

p/s: dapat tangkap tak mesej yang yuyu nak sampaikan?? cer comment sikit..



Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol