Assalamualaikum.. (*_^)
Bila ada majlis perkahwinan.. Selalu kita dengar berlakunya kecurian kan?.. Kes kecurian ni sangat kerap berlaku di Malaysia ni.. Duit salam kaut hilang lah.. handphone hilang.. handbag hilang.. macam-macamlah.. dan yang paling kerap sangat berlaku adalah selipar hilang.. Muehehe.. Mula lah menjerit terlolong tanya siapa ada pakai selipar tersalah sambil leher dah mcm zirafah dok tengok-tengok kaki orang lalu lalang. :) Kat rumah yuyu sendiri pon pernah berlaku kecurian waktu berlangsung majlis perkahwinan.. Cuma handphone saja yang pernah hilang, itupon makcik saudara punya.. Entahlah siapa yang curi. Memang tak boleh nak guard semua sudut rumah tu.. Ramai sangat saudara-mara. Tapi kesian sangat kalau duit hasil salam kaut tu yang dicuri.. Hermm.. memang hancur luluh lah hati keluarga tuh..
Kejadian yang sama berlaku di IPOH, dimana ada sekumpulan geng makcik-makcik yang lingkungan umur 40-an menyamar sebagai saudara pengantin supaya dapat masuk ke dalam kediaman pengantin dan mencuri barangan berharga.
Taktik mackciks-makciks ni dapat dikesan lebih kurang seminggu selepas the makciks mencuri barangan berharga di 2 buah kediaman di Batu Kurau dan Manjoi. Kemudian saksi, Salina Shansudin berkata, geng-geng makciks tu mencuri empat handbag kepunyaan keluarga pengantin sewaktu majlis berlangsung. Empat orang makciks tu berpakaian lengkap baju kurungdan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin dan memperkenalkan diri mereka adalah saudara pengantin lelaki.
Kemudian, mereka bersikap pelik dan tidak bercakap serta hanya memerhati sekeliling dengan kecuriagaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin. Tak lama selepas itu, dua daripada empat makciks tu dilihat masuk ke bilik pengantin. Mereka mencuri 4 beg tangan yang mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai RM30,000.
Saksi berkata, kecurian itu disedari semasa pihak bank menghubungi salah seorang mangsa untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit yang menggunakan kad kredit dan urusan itu tidak berjaya kerana diragui pihak bank. Sekarang, siasatan masih dijalankan.. -maklumat.my-
Eeeee jahat nya makciks-makciks tuh!! siap menyamar bagai.. Dah tua-tua pon masih nak mencuri lagi ke?? tak faham betul.. Hope korang semua be carefull ok about this.. Kalau boleh pastikan dengan betul siapa saudara mara-yang datang sama ada dari pihak lelaki atau pon perempuan.. Supaya perkara ni tak berlaku dalam keluarga kita.. Okey.. Peace!!
Thanks for reading this entry..



