Memaparkan catatan dengan label isu-isu 2012. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label isu-isu 2012. Papar semua catatan

Kesan Akibat Menjilat Sampul Surat dan Setem

Assalamualaikum.. (*_*)

Ramai lagi yang masih menggunakan surat menyurat untuk berhubung kan.. Walaupun teknologi sekarang dah cukup ampuh untuk menandingi.. Tetapi, surat adalah satu pengantaraan yang sangat penting digunakan bagi urusan rasmi dan juga sebaliknya.. Biasanya kalau kita menghantar surat kita akan menggunakan gam atau pon span basah untuk melekatkan sampul surat dan juga setem. Tetapi, ada juga dikalangan kita mempunyai kemalasan yang menggunung dan menggunakan iniasitif lain dengan cara menjilat pelekat sampul surat dan juga setem. 

Do you know the effects of licking envelopes and stamps??
gambar hanya sekadar hiasan.. 

 Ini terjadi kepada seorang wanita dimana wanita ini bekerja  di sebuah pejabat pos di California. Dia telah menggunakan lidahnya untuk melekatkan sampul surat dan juga setem. Pada hari yang sama, wanita itu merasakan terdapat satu luka kecil pada lidahnya dan luka itu terus membengkak. Kemudian, wanita itu terus berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan setelah diperiksa oleh doktor.. Doktor mengatakan tiada apa yang tidak kena dengan lidah wanita tersebut dan doktor menganggap ianya adalah luka kecil dan bengkak biasa.

Selepas beberapa hari, bengkak pada lidah wanita itu makin membengkak. Wanita itu sekali lagi berjumpa dengan doktor kerana tidak puas hati. Doktor itu mengarahkan wanita itu untuk menjalani ujian X-ray dan keputusannya, doktor itu mendapati ada satu benjolan pada lidah wanita tersebut. Doktor membuat pembedahan untuk mengeluarkan benjolan itu.. Hasil daripada pembedahan itu, keluar lipas daripada lidah wanita itu. Telur lipas yang melekat pada sampul surat  telah melekat pada lidah wanita itu dan telur itu mampu menetas didalam lidah kerana kelembapan didalam mulutnya.

Mak aihh!! Dasyatkan kesannya.. Bayangkan lipas keluar dari dalam lidah kita.. Aww sakitnya!! Walaupun perkara ini boleh dianggap remeh dan juga perkara kecil.. Tapi ingat, perkara-perkara macam ni pon ada kesan yang teruk jugak.. Kita tak tahu pelekat pada setem atau pun sampul surat tu diproses macam mana.. Yang kita nampak clean and clear je kat pelekat tu kan.. padahal, ada telur lipas kat situ.. Ishh!!! so scared!! 

So, beringat-ingat lah ye kengkawan semua.. Elakkan dari menggunakan lidah korang yang lembut tu untuk menjilat sebarang benda2 yang ada.. Beringat sebelum terkena.. Kalau dah terkena macam wanita tu, hermm tak dapek den nak tolong naa.. Moral of the story is "SAYANGI LIDAH ANDA!!"

Thanks for reading this entry.. 

Menyamar jadi saudara pengantin..

Assalamualaikum.. (*_^)

Bila ada majlis perkahwinan.. Selalu kita dengar berlakunya kecurian kan?.. Kes kecurian ni sangat kerap berlaku di Malaysia ni.. Duit salam kaut hilang lah.. handphone hilang.. handbag hilang.. macam-macamlah.. dan yang paling kerap sangat berlaku adalah selipar hilang.. Muehehe.. Mula lah menjerit terlolong tanya siapa ada pakai selipar tersalah sambil leher dah mcm zirafah dok tengok-tengok kaki orang lalu lalang. :) Kat rumah yuyu sendiri pon pernah berlaku kecurian waktu berlangsung majlis perkahwinan.. Cuma handphone saja yang pernah hilang, itupon makcik saudara punya.. Entahlah siapa yang curi. Memang tak boleh nak guard semua sudut rumah tu.. Ramai sangat saudara-mara.  Tapi kesian sangat kalau duit hasil salam kaut tu yang dicuri.. Hermm.. memang hancur luluh lah hati keluarga tuh.. 

Kejadian yang sama berlaku di IPOH, dimana ada sekumpulan geng makcik-makcik yang lingkungan umur 40-an menyamar sebagai saudara pengantin supaya dapat masuk ke dalam kediaman pengantin dan mencuri barangan berharga.

Taktik mackciks-makciks ni dapat dikesan lebih kurang seminggu selepas the makciks mencuri barangan berharga di 2 buah kediaman di Batu Kurau dan Manjoi. Kemudian saksi, Salina Shansudin berkata, geng-geng makciks tu mencuri empat handbag kepunyaan keluarga pengantin sewaktu majlis berlangsung. Empat orang makciks tu berpakaian lengkap baju kurungdan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin dan memperkenalkan diri mereka adalah saudara pengantin lelaki. 

Kemudian, mereka bersikap pelik dan tidak bercakap serta hanya memerhati sekeliling dengan kecuriagaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin. Tak lama selepas itu, dua daripada empat makciks tu dilihat masuk ke bilik pengantin. Mereka mencuri 4 beg tangan yang mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai RM30,000. 

Saksi berkata, kecurian itu disedari semasa pihak bank menghubungi salah seorang mangsa untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit yang menggunakan kad kredit dan urusan itu tidak berjaya kerana diragui pihak bank. Sekarang, siasatan masih dijalankan.. -maklumat.my-

Eeeee jahat nya makciks-makciks tuh!! siap menyamar bagai.. Dah tua-tua pon masih nak mencuri lagi ke?? tak faham betul.. Hope korang semua be carefull ok about this.. Kalau boleh pastikan dengan betul siapa saudara mara-yang datang sama ada dari pihak lelaki atau pon perempuan.. Supaya perkara ni tak berlaku dalam keluarga kita.. Okey.. Peace!!

Thanks for reading this entry.. 


Bohong untuk nampak hebat??

Assalamualaikum (^_^)

Manusia memang tak pernah lari dari dengan namanya berbohong.. kan kan?? Tak kiralah berbohong dari segi yang macam mana.. Banyak yang kita boleh kategorikan dalam berbohong ni.. Walaupun dalam naluri kita kuat untuk berkata "aku tak nak berbohong!!" tetapi, kadang-kadang manusia terpaksa untuk berbohong atas sebab-sebab tertentu?? ya.. aku terpaksa berbohong.. 

Bohong untuk nampak hebat?? untuk apa?? dan kenapa?? Sedangkan agama islam kita sendiri menyuruh supaya kita untuk sentiasa merendah diri dan tidak bermegah-megah.. Yup!! takde siapa yang tahu kenapa sesorang itu berbohong.. melainkan empunya diri.. 

TERDESAK
Manusia ni suka sangat terikut-ikut dengan lifestyle kawan dia.. Sanggup berbohong untuk menampakkan diri tu up level! Biarlah lah kalau kawan kita tu pernah pergi London ke, pergi Australia ke, pergi Paris ke?? Tak perlu untuk kita say the same word! then, bila ditanya lebih teliti tak tahu nak jawab!! friends, are u lie with us?? haishh!! Tak perlu cari jauh-jauh.. Aku sendiri pernah ada kawan macam tuh.. Fine!! Dalam dunia ni kita berkawan dengan ramai orang.. yahh! so many people in the world!!  tetapi, dalam berkawan tak perlu untuk hipokrit right?? tak perlu untuk bohong?? Ok! terdesak.. aku faham.. 

Contoh yang sumber aku ambik sikit dari artikel berita harian.. golongan lelaki adalah paling terdesak dalam berbohong dengan menokok nambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka perolehi dan juga berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal. Manakala wanita pula gemar berbohong mendakwa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding dengan apa yang sebenarnya mereka lakukan. -Berita Harian-

Betul ke tak, tepuk dada tanya iman.. Aku faham.. Ada sesetengah perkara yang perlu untuk berbohong dan juga sebaliknya.. Tetapi, fikir dengan lebih panjang sebelum berbuat keputusan.. Adakah dengan berbohong ini akan memberi manfaat kepada diri suatu hari kelak?? kalau tidak.. lebih baik jangan. Diri sendiri yang memutuskan.. 

Buatlah sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat pada diri dan juga orang lain.. Kita juga tak perlu untuk jadi orang lain demi mendapatkan sesuatu yang manis tetapi hanya sementara padahal kepahitan yang berkekalan disuatu masa kelak..

no edit!! si chubby nak pergi open house!!

Thanks for reading this entry... Sharing is Caring!!


Cip Cegah Ponteng Sekolah

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebuah syarikat teknologi iaitu ABRA Corp Sdn Bhd telah melancarkan alat pengesan pergerakan pelajar yang diberi nama SchoolTrac. SchoolTrac ini berbentuk kad yang mengandungi cip dan akan disambungkan ke pusat data sekolah bagi memaklumkan guru dan juga penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau sms. 


Pengarah Projek ABRA Corp iaitu Mohd Shahril Mahmud (gambar diatas) mengatakan bahawa ibu bapa akan menerima SMS atau pun email daripada data pusat(sekolah) setiap kali pelajar memasuki dan keluar dari sekolah. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ini.. 
 SchoolTrac juga mencatat semua maklumat kehadiran setiap pelajar menerusi pancaran sistem pada produk berkenaan. Syarikat ABRA Corp Sdn Bhd sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac ini disemua sekolah di seluruh negara.. -BeritaHarian-

Bagus juga kan sistem ni. So, ibubapa sekarang tak perlu lah risau sangat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah.. Dengan adanya perkhidmatan sistem ni dapat membantu dan menyelesaikan sedikit kerisauan pada ibubapa sekarang. Kepada para pelajar, ada baiknya kalau korang pakai kad tuh supaya korang tak boleh bohong parents korang.. 

Agak-agak bila ya sistem SchoolTrac ni di lancarkan kesemua sekolah di Malaysia.. Hehehehe.... Devil face!! Jangan Maraahhh... Peace!


Seorang lagi perogol terlepas hukuman

Assalamualaikum..

Seorang lagi perogol terlepas dari hukuman merogol gadis dibawah umur.. Chuah Guan Jiu, 22 tahun telah dibebaskan dengan ikatan jamin RM25000 dan juga bon jaminan berkelakuan baik.. Hakim Mahkamah membebaskan tertuduh kerana pihak mahkamah mengambil kira hakikat bahawa perbuatan seksual itu adalah persetujuan bersama dan dia masih muda dan juga ini kesalahan pertama. 


Kesalahan yang dilakukan oleh tertuduh adalah dibawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan juga sebatan. tetapi hanya dengan rayuan dan juga pihak mahkamah mengambil kira ini melibatkan masa depan tetuduh kerana masih muda maka tertuduh dibebaskan..

See?? betapa mudahnya undang-undang negara kita kan.. Senang sangat.. Baru lepas kes pemain boling kebangsaan tuh.. Tambah pulak yang ini.. Dulu kata pemain boling tu dibebaskan sebab mempunyai masa depan yang cerah untuk negara.. Kes yang ni pulak.. Just seorang juruelektrik je kot.. terlepas jugak?? Apa kes ni?? Apesal dok memikirkan masa depan si jantan-jantan je.. How about the other side?? Adil ke?? Serious rasa sangat marah dengan undang-undang kerajaan sekarang nih... Tak kira sama ada orang islam, cina, india, agama apa sekalipun.. Selagi diorang berteduh dinegara islam ini.. Sepatutnya diberi hukuman yang setimpal lah.. Bukan senang-senang je.. Dah macam buat surat rayuan kat pengetua sekolah pulak kan.. Pengetua sekolah pon tak de baik hati sangat nak bagi lepas anak-anak murid dia yang dah buat salah..

Ni apatah lagi kesalahan melibatkan maruah seseorang.. Honestly, menangis bila baca kes yang sama macam ni.. Terasa macam duduk dinegara yang tak aman.. Undang-undang yang lebih kepada duniawi.. Akhirat di anaktirikan.. Ya Allah.. Apa dah jadi sekrang nih.. Hukum mu diabaikan oleh pentadbiran kami.. Astaghfirullahalazim.. 

Kita? rakyat yang kecil ni?? hanya mampu melihat perogol-perogol tu berkeliaran.. Tidak mampu untuk bersuara.. Lepas ni, polis-polis semua dah tak payah susah-susah buat report megnenai rogol sebab kalau buat  pon akan terlepas hukuman.. Nak macam tu?? Fikir-fikirkan lah korang.. Negara kita ni dah macam terpesong jauh sangat dari landasan islam.. 

Hanya mampu berdoa supaya diri ini, keluarga, sahabat dan juga umat-umat islam dijauhkan dari perkara-perkara yang boleh mengaibkan diri sendiri dan juga keluarga.. Aminn..


Guru Tusyen Minta Maaf Secara Terbuka

Assalamualaikum..




JOHOR BAHRU - Guru dan pengusaha pusat tuisyen di Tangkak Muar yang menimbulkan kontroversi apabila memaparkan karikatur menghina para sahabar Nabi Muhammad S.A.W. dalam nota ringkas yang diedarkan kepada pelajar baru-baru ini tampil memohon maaf secara terbuka semalam...

Kuchoong Yoong, 22 tahun, yang merupakan guru dan individu yang bertanggungjawab menyediakan bahan tersebut serta pengusaha pusat tuisyen Indah Permai Jaya, Lim Lee Yee, 26, mengaku tidak berniat untuk menyentuh sensitiviti umat Islam apatah lagi menghina sahabat Nabi.

"Saya kesal perkara ini berlaku. Niat saya hanya ingin membantu pelajar agar lebih mudah faham dan saya tidak berniat untuk menyentuh isu sensitif orang Islam.



"Disini, saya dengan ikhlas ingin memohon maaf kepada semua umat islam di Malaysia khususnya di Tangkak serta diseluruh dunia. Saya mengaku, tindakan saya ini kurang matang dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi, " kata Chong Yoong yang sudah dua tahun mengajar di pusat tuisyen tersebut..

Sementara itu, Lee yee pula mengaku tidak tahu mengenai bahan yang disediakan tenaga pengajarnya sehinggalah isu terbabit disiarkan diakhbar. "Selepas ini, saya janji akan lebih berhati-hati dan memantau bahan-bahan yang digunakan oleh guru tuisyen untuk mengajar. Kami juga telah meminta balik nota tersebut daripada pelajar dan telah menerangkan hal sebenar kepada mereka." 

Any komen bloggerawan dan bloggerawati?? 

batal niat aku nak sekolahkan anak aku kt sekolah cina nanti.. I don't trust u anymore.. dah lah berlaku kat johor pulak tuh.. Hello!! Kat malaysia dah bagi hak kebebasan untuk beragama!! so, just teach your own religion!! mentang-mentang 1 Malaysia.. So, ilmu pon campur adukkan jugak lah eh!! Cetek akal..  lastly, kan dah malu diri sendiri.. don't play2 with our religion! Thinking first before do anything! 

Sharing  is Caring...
Thans for reading this entry (^_^)

Love,
YULIANA WAHIT

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol