Pre-Wedding Photo-shoot Yuliana & Zahamanshah

Assalamualaikum.. :)

Sambung pada entry Teaser yang lepas, lepas dan lepas.. Terasa diri ni macam dah mungkir janji pulak sebab bagi korang tertunggu-tunggu.. Huk.. Maaf maaf.. Sebelum ni kalau buat entry teaser, tak sampai 5 hari dah publish full entry.. Tapi kali ni, dekat seminggu.. Bukan apa, yuyu tunggu full copy gambar pre wedding dari OP tu dulu baru nak publish.. Walaupun OP dah send beberapa gambar melalui email tapi nak jugak tunggu siap semua.. Ihik!

Nak dijadikan cerita, seawal jam 6.50 pagi yuyu bangun tido.. Sebenarnya, malam tu, dah set jam pukul 6.00 pagi. Tapi, salah satu sifat yang yuyu paling benci dalam diri adalah "kejap lagi lah.. tido jap 5 minit..".. Haiiseehh! Disebabkan 5 minit tu lah, dah terlajak lambat bangun.. Sobs, sobs.. Bila kau nak berubah ni yu??? Kawan-kawan jangan ikut eh perangai ni.. Akibatnya, kena bebel dengan tunang sebab dia dah ingatkan supaya bangun awal.. Waaaa!!!

Rushing drive kereta pergi rumah MUA (Dira) untuk makeup.. Eh, my MUA tu adalah kawan yuyu sendiri.. Thanks to her because sponsor my makeup for pe-wedding shoot.. Kesian dira, pagi-pagi dah kena makeup muka orang.. Sorry babe!


MAKEUP by NADZIRAH MOHAMAD ANWAR

Sangat puas hati dia makeup.. Simple, smoothy, pinkish.. Yuyu tak de cakap pon kat dia yang yuyu nak makeup macam mana.. Dia tengok muka yuyu then dia tahu apa yang dia nak buat.. Hasilnya... I love it!! Cantik!! Boleh add dia kalau korang nak dapatkan service dia.. Sangat-sangat highly recomanded!

Sampai kat JB Sentral dekat kol 10 pagi padahal janji ngan photographer jam 9 pagi.. Haishh!! Malu seyh diri sendiri lambat.. Tak tau lah marah ke tak yerk encik photographer.. Sorry!! (*_^)


Jeng..Jeng..Jeng... Mempersembahkan!!!

OFFICIAL PHOTOGRAPHY by EZAN HAMZAH PICTURES

Location untuk pre-wedding ni yuyu ni tak tau nak shoot kat mana.. buntu..so, encik photographer suggest untuk buat lain dari yang lain.. Selalunya, orang kalau nak pre-wedding ni mesti shoot kat tepi pantai, kawasan lalang, kawasan-kawasan yang romantik-romantik.. Tapi, location untuk shoot adalah di JB SENTRAL!! Di tengah bandar JB yang sibuk dengan kereta lalu-lalang.. Manusia berpusu-pusu berlari-lari anak mengejar masa.. Malu?? Sikitlah.. tapi, tebalkan muka walaupun orang semua tengok kiri kanan.. Arrhhh.. Persetankan itu semua! Lain pulak cerita pasal props.. Hurmm.. Tak sempat nak carik props yang cute-cute.. Jadi, bawak aje HB Nikah untuk dijadikan props.. Konon, nak cari belon yang banyak-banyak tu tapi tak tau nak carik kat mana.. Nak beli?? tak do maso den nak tiup! Sobs.. Gunalah apa yang ada.. Dan nasib baik jugak encik photographer bawak props yang cut filem tu.. ape ke benda ntah nama dia.. kira penyelamat kitorang lah.. :) hehhehe thank u..thank u..





"Will u marry me??? ... " Oh yes.. yes.. yes..!!" hahhaha...


Oh!! Bambam sungguh saya dalam pic nih.. tapi still terserlah keCUTEtannya tu..




Suka pic nih, kesian tunang tak pasal-pasal kena tarik telinga.. Maaf..maaf.. huhuhu..





kenapa i nampak kurus ye dalam pic ni?? oh! bangga jap..




Oh angin!! kamu bawa kain ku terbang!!..



Senyum sampai ke telinga bila tengok hasil gambar sendiri.. Sangat puas hati.. Sometimes when we do something different is a amazing and fun!!! Photoshoot ni pon tak lama sangat.. Dalam pukul 1 ptg macam tu dah habis sebab tunang pon still need a rest.. Balik keje terus kena pergi photoshoot.. :)

Actually, Photographer kitorang ni adalah abang sedara yuyu sendiri.. Senang untuk bekerjasama.. Seriously, gambar-gambar yang dia ambik memang sangat-sangat lah cantik!! Puas hati.. Bagi sesiapa bride to be yang masih mencari OP disekitar Johor Bahru, sangat-sangat highly recomended jugak!.. Boleh contact dia untuk details 017-7999727/0177596474 atau boleh email jugak ezanhamzahpictures@gmail.com.


Last but not least...
Nantikan...

MY LOVE STORY.. 

On Cinemas  25 Januari 2013

STAY TUNE!!!


24 ulasan:

Cik Wieda berkata...

wahh , lawanya !! saya suka tengok gambar yg last sakali tuh . suka sangat !!

♥ hudahassan ♥ berkata...

tahniah uu , kau sangat gorgeous ! awwwww <3

Qashmere berkata...

So sweet! Thaniah Yuyu bakal bergelar pengantin nanti. Cantik mekap tu. Sukeeee~

Ai Noraida berkata...

semua gambar cantik2 , orang pun cantik <3

Nana Hashim berkata...

cantik maxi yuyu...jait sndri ke?

Cheq Kaq berkata...

cantik mekap tu yuyu..berseri2 yuyu menjelang hari bahagia..

Nick Nashram berkata...

jb sentral memangggg sibuk..bio je la org tgk ke hape..sume gmbar sweet :)

✿A I N A A✿ berkata...

suka gambar yang kene tarik telinga tu... awww comel lah akk ngn bakal imam akk tu.. nak kawen gak!!! huaaaaaaaa

boni kacak berkata...

walaweh...cantik2 gambar tu. ni yang buat saya rasa tak sabar nak kahwin ni..hahaha

Mila Ahmad berkata...

gorjes hokeh !

najihahfara berkata...

cantik la baju akak :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum yuyu, manisnya dia pinkish gitu! nampak manja je yuyu ni. hihi. tak sabar nak tunggu you all kawin. hihi. masuk geng sheila! hahaha

Miss Zahirah berkata...

baju akak cantik.. make up pn cntik..
shawl bli kt mna? berkenan la.. hihihi

Kisah si dairy berkata...

sweet la uols nie

Mia Liana berkata...

wahhh banyaknya gambar.... so sweet.. so lovely..

adza irdawati berkata...

cantiknyaaaaaaaaaaa pic pic semua tuuuuuu ;)

www.bicaramakdara.com

Mas Zull berkata...

assalamualaiakum yuyu...wah menariknya so sweet...:)

qanaah berkata...

assalamualaikum yuyu. followed.thx for da BW :) semoga bahagia membina masjid, ikatan halal :) semoga sentiasa dbwh lembayungNya. iA semua maniss jika syariatNya terjaga..

ALS berkata...

Cantiknya suma gambar2 nie :)

PUNK GOES POP berkata...

bagus camera yang awak guna ye

Tips Hilangkan Perut Buncit | Tips Cantikkan Perut | Senaman Untuk Perut Yang Cantik Klik Sini !

~AtiQaH~ berkata...

wah... tahniah2... bru tau psal yuyu ni... dh follow pn... cantik gmbar... suka tgk yg pic make up tu jgk....

Aku Penghibur berkata...

wowwwwwwwwwwwwwwww serius cantik giller !!

Fienazzuki berkata...

So sweet!!

sitiaminahismail berkata...

cantiknyaaa baju! guna kain ape eh?

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol