Dugaan bila bekalan air tiada selama sebulan..

Assalamualaikum..


Orang tua-tua kata, biar tiada bekalan elektrik daripada tiada bekalan air. Pernah dengar tak? Sure mesti ada yang pernah.





Itulah dugaan yang sedang menimpa rakyat johor sekarang ni termasuklah aku. Sangat membebankan bila dapat notis daripada Syarikat Air Johor annouced bekalan air tiada di kawasan persekitaran Pasir Gudang dan juga Johor Bahru selama sebulan. Selama sebulan ok.. Aku ulang.. Sebulan.. 

 Banyak perkara & kerja rumah yang aku tak boleh nak buat bila air tak ada nih. Mandi, basuh baju, masak, kemas rumahdan macam-macam lagi. Semua tu memberi kesan yang mendalam sangat untuk aku. bukan lah tak boleh buat kerja langsung. boleh..tapi agak terhad lah penggunaanya kan.. berbanding dengan kalau tak ada elektrik. Boleh je amek surat khabar, kipas diri sendiri sambil baring kat bucu pintu nak dapat angin punya pasal. Time tu boleh lah ko nyanyi lagu suriram kat situh. Easy...



Tergelak jugak aku tengok jadual bekalan air nih. Dah macam jadual sekolah pulak kan. cun-cun je diorang setup. berdasarkan gambar jadual tuh, bekalan air tiada secara berselang seli. 1 hari ada, dua hari tak ada. Begitulah rotation selama sebulan. Kawasan rumah aku dah start tak ada bekalan air dari 2 hari yang lepas. Alhamdulillah hari ni dah ada air. Standby refill balik tong-tong yang ada untuk dua hari punya. kadang stress mak dibuatnya. but, pejam sebelah mata, tarik nafas lega and think positive ja.




......................................................................................................................

Walaupun dalam ketiadaan bekalan air, tetap jua kugagahkan zahir dan batin ni untuk masak. Ko bayangkan lah  memasak dengan guna air yang ciput-ciput je sebab pikirkan kehadapan nak guna lagi air ni nanti. tekanan dibuatnya.. tapi, nak buat macam mana. no excuse hokey.. kang laki aku nak makan apa??

Aku nak share menu yang sempat di masak untuk dua hari ni......


Menu 1'st day: Udang sambal petai, sayur bayam masak air & ikan caru goreng.




Menu 2'nd Day: Ikan Siakap Stim & Sambal Goreng Kentang Ikan Bilis


Win tak lauk yang aku masak?? haha.. lap peluh beratus kali okey masak dengan air takde. Cubaan tahap menggunung dah ni. Saja je nak bagi korang terliuh sikit tengok makanan kat atas nih. Akan aku harungi rintangan memasak selama sebulan nih. Bhahaha...



.................................................................................................

Tapi..... bila difikir-fikir, masa ni lah aku kena berfikiran positive. Ada bagusnya juga, dugaan ni mengajar aku kesabaran tahap maksima, berjimat cermat yang pasti, bersyukur dengan apa yang ada disekeliling. Kadang aku leka, kadang aku alpa, baru diturunkan dugaan macam ni, mengeluh lebihnya. Manusia kan.. Human typical.. Ngeh..

I need your DOA hopefully bekalan air ni akan pulih dan selesai dengan cepat. Thanks dude..

Bye!!


8 ulasan:

ENA berkata...

waaaaa..sebulan lama tu.

btw, best2nye masakan dia..

Unknown berkata...

lama giler! tp rajin yuyu masak

Unknown berkata...

Hihihihi... ;) saya pernah merasa lagi parah Yuliana,huhuhu

17 hari straight tanpa bekalan air....huhuhu lepas dah disambung bekalan air selepas 17 ari tu...selama sebulan lbh jadual yg sama diatas digunakan....uih derita yg saya sgt memahami...hihihi ;)

Selamat berjimat cermat ye... takung air byk2 jgn lupa isi ubat pembunuh jentik2 ye..hihihi

Kak Wawa berkata...

Allah, sebulan tu.. Mahunya tk selesa kan..

Alhamdulillah, sedap nampak lauk tu.. Klu wawa mahu 3 kali menambah..

Kak Wawa berkata...

Wawa tag yulia utk join segmen.. Jom..")

Gary Asip berkata...

memang dah terliur sangat dah ni... huhuhu....

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

Zaleha Awaluddin berkata...

Allahu Akbar..
Bertabahla ya. & simpan air yang secukupnya. Saya pun ada ramai kawan tggl sekitar Pasir Gudang yg sedang hadapi masalah yang sama.
Btw, enak sungguh lauk pauk tu... nyum sangat! Time catuan ni lagi perlu hati-hati kalau nak makan kat luar, dikhuatiri masalah pencemaran air.

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol