Special Inner Neck from By YULIANAWAHIT!!!

Assalamualaikum.. :)

Dari dulu yuyu memang tak suka pakai tudung yang berawning keras. Sebab apa?? sebab ianya menyerlahkan ketembaman dan kecomelan pipi yuyu ni. Lagi satu, kalau awning keras ni kena pandai jaga. tak boleh basuh ganas-ganas, susah nak bentuk muka dan tak semuanya bentuk awning tu cantik. Kadang-kadang penyek2 lah.. Jadi, yuyu decide untuk ketiga-tiga majlis (nikah, malam berinai dan sanding) untuk  memakai inner neck yang tidak berawning keras.

Lepas berlangsungnya majlis perkahwinan yuyu yang lepas, ramai tanya tentang inner yang yuyu pakai waktu ketiga-tiga majlis. :) Jadi, dengan ini yuyu nak umumkan yang yuyu membuat jualan untuk inner neck ni. 


Contoh gambar yuyu memakai Inner Neck utk ketiga-tiga majlis.

Untuk pengetahuan korang, inner neck yang yuyu jual ni terbahagi kepada 2 jenis. Iaitu Inner Neck Denim  dan juga Inner Neck Silang. Material untuk inner ini adalah dari Jersey. Inner ini juga labuh dan menutupi leher. Sangat sesuai untuk wanita dan remaja yang suka memakai shawl dan juga pashmina seperti saya.. :) Yang tambah specialnya lagi inner ni, ia dijahit dibawah paras pipi. Jadi, dapat cover bentuk muka yang bolat menjadi kurang bolat. Inner ini jugak bila dipakai ianya tidak akan bergerak-gerak. Jadi tak perlu untuk menarik-narik inner yg dibahagian pipi kedepan. 

Untuk Inner Neck Denim, inner ini sangat-sangat hot dikalangan remaja dan juga wanita kerana yuyu tahu mereka tidak berapa gemar inner yang melekap di dahi. Betul tak?? Jadi, jangan risau... Inner Neck Denim ini bila dipakai tidak akan melekap didahi dan muncung seperti gambar diatas. So, dah tak perlu nak tetas-tetas lagi untuk nampak muncung.. :)

Untuk Inner Neck Silang pula, inner ini dijahit mengikut trend sekarang. Inner ini cantik bila dipakai dengan pashmina dan juga shawl. Bahagian bucunya adalah ditengah-tengah supaya pemakai berasa selesa dan kelihatan lebih kemas. 


Macam mana nak order???
  • Start jam 8.30 malam ni yuyu akan open order untuk first batch bagi kedua-dua inner ini dari hari ini (Jumaat 15/2/2013) sehingga jam 12 malam hari (Ahad 17/2/2013).
  • Terdapat 34 colour yang hot boleh dipilih.
  • Untuk order boleh dibuat melalui website By YULIANAWAHIT. Dan order dibuat hanya melalui shopping cart sahaja.
  • Kedua-dua jenis inner neck ini adalah pre-order items. Jadi proses mengambil masa 3-4 hari untuk tailor menjahit.
  • Selepas membuat order dan pembayaran. Yuyu akan process order anda. 
  • Ambil Perhatian: Hanya yang sudah membuat pembayaran habis yang akan yuyu process order dia.
  • Order akan dipost kepada customer selepas 3-4 hari selepas inner tersebut siap.
  • Tarikh last untuk first batch adalah hari Ahad 17/02/2013 pada jam 12 malam. Selepas itu, order akan ditutup dan date untuk the next batch akan diumumkan kemudian.. :)
Dah alang-alang, yuyu nak inform yang yuyu dah release website untuk online shopping bisnes yuyu. KLIK SINI.. Alhamdulillah, akhirnya terbina jugak website ini.. :) Jemput singgah dan boleh lah shopping-shopping.. Insyaallah yuyu akan update banyak produk lagi lepas ni.. 

Minta jasa baik semua untuk like our page By YULIANAWAHIT dan juga follow our instagram by_yulianawahit.. Hadiah misteri menanti peng-like yang ke 1000.. Follow me jugak keyh yulianawahit.. hehehe.. 

Untuk order, boleh ke website By YULIANAWAHIT

Untuk sebarang pertanyaan, boleh email yuyu -> yulianawahit@gmail.com
Thanks!!




Life after married!

Assalamualaikum.. :)

Sangat jeles bila tengok blogger-blogger lain dok mengupdate entry baru.. dok ping entry je.. Sangat jeles serta jeles!! Entah kenapa blog ni asyik terabai aje. Jadi, ku gagahkan jua malam ni untuk update sepam dua.  Harap still ada yang sudi baca lagi.. :)

Kehidupan baru ni, iaitu alam berumah tangga adalah sangat mencabar buat yuyu.. Sangat mencabar.. Sangat. Lagi-lagi untuk anak last dalam family macam yuyu.. Kategori anak manja. Boleh bayangkan tak kehidupan yang bak ala-ala permaisuri tu,  bangun tido lambat, golek-golek dulu kat katil. nak makan dah siap atas meja. nak itu, dapat.. nak ini ayah belikan. hanya urus diri sendiri saja.



Sekarang, berubah.. sangat berubah.. bagai dilenyek duri sembilu. Dah tak boleh dah nak pikir diri sendiri.. tak boleh dah nak usap perut sendiri sebab ada perut lain yang kena usap jugak.. Walau pada hakikat & zahirnya sangat letih dan penat. Tapi, rasa macam ada kekuatan dalam diri. Kekuatan tu mengatasi segalanya. Ya.. Halal itu Indah! Kemanisan yang sangat-sangat payah untuk digambarkan. Dulu single. Sekarang dah berdua, ada teman, sahabat, kawan, kekasih gelap, teman tapi mesra, scandal, tunang, suami yang berada disisi. Yang boleh dengar cerita yuyu, yang boleh nasihatkan yuyu yang degil ni. Ramai kawan-kawan yuyu tanya, macam kehidupan baru?? best tak?? Jawapannya, of course lah best kahwin. Hihihi.. Satu perasaan boleh yuyu katakan adalah happy dan bersyukur sangat. Jadi, cepat2 kahwin ye..



Gambar ni diambil pada hari pertama bergelar suami isteri.. :)


Akhir kata,
Happy New Year & Gong Xi Fa Chai dari yuyu dan suami..

sikitnya??
nanti yuyu update lagi keyh.. :) daaa...


We are Married!!!

Assalamualaikum... :)

Lamanya tak tulis entry yang baru untuk blog pink ni.. Baru sekarang jari ni tergerak untuk menaip keyboard lappy ni.. Hurmmm.. Dan ini adalah entry pertama yang yuyu tulis sebagai Puan Yuyu.. Oh! Status bertukar sudaaaa... Huehuehueee... 

Alhamdulillah syukur!! Dengan sekali lafaz..



We are married on 25 January 2013..

Thanks god.. Perasaan?? Hanya Tuhan saja yang tahu betapa gembiranya hati ni.. :) Terasa macam baru dilahirkan kat dunia.. 

Sekarang ni tengah tunggu full pic dari OP.. gambar kat atas ni pon copy dari orang.. Bila dah complete, yuyu akan update dari A-Z okey.. Now, ini yang mampu yuyu update..  Stay Tune!!
Bye!!


Pre-Wedding Photo-shoot Yuliana & Zahamanshah

Assalamualaikum.. :)

Sambung pada entry Teaser yang lepas, lepas dan lepas.. Terasa diri ni macam dah mungkir janji pulak sebab bagi korang tertunggu-tunggu.. Huk.. Maaf maaf.. Sebelum ni kalau buat entry teaser, tak sampai 5 hari dah publish full entry.. Tapi kali ni, dekat seminggu.. Bukan apa, yuyu tunggu full copy gambar pre wedding dari OP tu dulu baru nak publish.. Walaupun OP dah send beberapa gambar melalui email tapi nak jugak tunggu siap semua.. Ihik!

Nak dijadikan cerita, seawal jam 6.50 pagi yuyu bangun tido.. Sebenarnya, malam tu, dah set jam pukul 6.00 pagi. Tapi, salah satu sifat yang yuyu paling benci dalam diri adalah "kejap lagi lah.. tido jap 5 minit..".. Haiiseehh! Disebabkan 5 minit tu lah, dah terlajak lambat bangun.. Sobs, sobs.. Bila kau nak berubah ni yu??? Kawan-kawan jangan ikut eh perangai ni.. Akibatnya, kena bebel dengan tunang sebab dia dah ingatkan supaya bangun awal.. Waaaa!!!

Rushing drive kereta pergi rumah MUA (Dira) untuk makeup.. Eh, my MUA tu adalah kawan yuyu sendiri.. Thanks to her because sponsor my makeup for pe-wedding shoot.. Kesian dira, pagi-pagi dah kena makeup muka orang.. Sorry babe!


MAKEUP by NADZIRAH MOHAMAD ANWAR

Sangat puas hati dia makeup.. Simple, smoothy, pinkish.. Yuyu tak de cakap pon kat dia yang yuyu nak makeup macam mana.. Dia tengok muka yuyu then dia tahu apa yang dia nak buat.. Hasilnya... I love it!! Cantik!! Boleh add dia kalau korang nak dapatkan service dia.. Sangat-sangat highly recomanded!

Sampai kat JB Sentral dekat kol 10 pagi padahal janji ngan photographer jam 9 pagi.. Haishh!! Malu seyh diri sendiri lambat.. Tak tau lah marah ke tak yerk encik photographer.. Sorry!! (*_^)


Jeng..Jeng..Jeng... Mempersembahkan!!!

OFFICIAL PHOTOGRAPHY by EZAN HAMZAH PICTURES

Location untuk pre-wedding ni yuyu ni tak tau nak shoot kat mana.. buntu..so, encik photographer suggest untuk buat lain dari yang lain.. Selalunya, orang kalau nak pre-wedding ni mesti shoot kat tepi pantai, kawasan lalang, kawasan-kawasan yang romantik-romantik.. Tapi, location untuk shoot adalah di JB SENTRAL!! Di tengah bandar JB yang sibuk dengan kereta lalu-lalang.. Manusia berpusu-pusu berlari-lari anak mengejar masa.. Malu?? Sikitlah.. tapi, tebalkan muka walaupun orang semua tengok kiri kanan.. Arrhhh.. Persetankan itu semua! Lain pulak cerita pasal props.. Hurmm.. Tak sempat nak carik props yang cute-cute.. Jadi, bawak aje HB Nikah untuk dijadikan props.. Konon, nak cari belon yang banyak-banyak tu tapi tak tau nak carik kat mana.. Nak beli?? tak do maso den nak tiup! Sobs.. Gunalah apa yang ada.. Dan nasib baik jugak encik photographer bawak props yang cut filem tu.. ape ke benda ntah nama dia.. kira penyelamat kitorang lah.. :) hehhehe thank u..thank u..





"Will u marry me??? ... " Oh yes.. yes.. yes..!!" hahhaha...


Oh!! Bambam sungguh saya dalam pic nih.. tapi still terserlah keCUTEtannya tu..




Suka pic nih, kesian tunang tak pasal-pasal kena tarik telinga.. Maaf..maaf.. huhuhu..





kenapa i nampak kurus ye dalam pic ni?? oh! bangga jap..




Oh angin!! kamu bawa kain ku terbang!!..



Senyum sampai ke telinga bila tengok hasil gambar sendiri.. Sangat puas hati.. Sometimes when we do something different is a amazing and fun!!! Photoshoot ni pon tak lama sangat.. Dalam pukul 1 ptg macam tu dah habis sebab tunang pon still need a rest.. Balik keje terus kena pergi photoshoot.. :)

Actually, Photographer kitorang ni adalah abang sedara yuyu sendiri.. Senang untuk bekerjasama.. Seriously, gambar-gambar yang dia ambik memang sangat-sangat lah cantik!! Puas hati.. Bagi sesiapa bride to be yang masih mencari OP disekitar Johor Bahru, sangat-sangat highly recomended jugak!.. Boleh contact dia untuk details 017-7999727/0177596474 atau boleh email jugak ezanhamzahpictures@gmail.com.


Last but not least...
Nantikan...

MY LOVE STORY.. 

On Cinemas  25 Januari 2013

STAY TUNE!!!


Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol