Walimatul Urus Yuliana & Mohamed Zahamanshah


Assalamualaikum.. J

Tengok pada tajuk entry je pon semua dah boleh agak kan apa yang yuyu nak bagitahu ni. Pluss dengan entry-entry sebelum ni tentang preparation yuyu sebagai bakal-bakal pengantin.. Ihikss! Alhamdulillah, buat masa ni segala urusan yang penting dah pon disettlekan. Just tinggal yang kecik-kecik je. Hope hujung bulan ni dapat settlekan semuanya supaya nanti tak kelam kabut. J

Semalam yuyu baru settlekan untuk borang nikah. Dapatkan cop kebenaran nikah daripada pendaftar nikah, cerai dan rujuk. Kalau ditanya, terus terang memang sangat mencabar dan memerlukan kesabaran dalam menguruskan borang-borang nikah. Tapi, ini juga akan menjadi pengalaman yang manis sebab berlaku hanya sekali saja seumur hidup.

Alhamdulillah, permohonan diluluskan dan kami berdua dibenarkan nikah.

Sangat lega bila urusan penting ni dah settle. Just tinggal nak bagi dokumen ni pada imam/tok kadi yang akan nikahkan yuyu nanti. Pape pon doakan semuanya berjalan dengan lancar. J

Nak dipendekkan cerita, perkenalan antara yuyu dan tunang ialah sewaktu yuyu baru je habis SPM. Yuyu decide untuk kerja part time before continue study. Yuyu kenal tunang pon sebab kedai yuyu dan dia bersebelahan. Ermmm yuyu bekerja sebagai salesgirl dan dia pulak manager kat pasaraya Hwa Thai. Itupun kawan sekerja yuyu yang kenalkan kitorang berdua. Masing-masing tak berani nak tegur sapa.

Bermulalah sesi mengenal hati budi masing-masing. Mengenal latar belakang keluarga masing-masing. Tapi, masa tu tak declaire apa-apa pun sebab status hanya lah berkawan. Dan betul selepas 4 bulan, yuyu behenti kerja disebabkan menyambung pelajaran dalam diploma. Masa tu jugak, yuyu dengan tunang lost contact. Lebih setahun jugak lah tak pernah jumpa dia, tak pernah contact. Tapi, Allah Maha mengetahui dan Dia telah merancang perjalanan hidup hambanya.. Yuyu dan tunang berjumpa balik. Masa tu macam percaya tak percaya je. Betul lah kata orang-orang tua. Kalau dah jodoh takkan kemana. Meski berpisah selama bertahun-tahun sekalipun tetap jumpa jugak. J Kuasa Allah!!

STEP 1
Pada 12 Februari 2012, Alhamdulillah, diatas persetujuan kedua-dua pihak keluarga. Kami telah mengikat tali pertunangan selama setahun setengah. Kalau diikutkan, pihak lelaki hanya nak setahun sahaja. Tetapi, yuyu dan keluarga mintak setahun setengah disebabkan waktu tu yuyu baru sahaja habis study. Actually, tunang yuyu tu dah lama lamar yuyu dan ajak untuk bertunang, tapi yuyu menolak dengan cara baik sebabnya komitmen terhadap pelajaran. Ayah pon tak bagi, ayah cakap habiskan dulu belajar baru tunang. Heheh Ok ayah!

Dan syukur Alhamdulillah, dengan izin Allah!!

STEP 2
Siapa sangka diusia muda, ketika kawan-kawan masih sambung belajar, mengejar cita-cita ke menara gading. Yuyu membuat keputusan untuk berkahwin. J Alhamdulillah, sampai sekarang yuyu tak pernah menyesal dengan keputusan yuyu untuk berkahwin diusia muda. Walaupun pada awalnya, ayah pernah cakap yang sepatutnya yuyu masih sambung belajar dan tak perlu untuk berkahwin awal. Tapi, Allah Maha Mendengar! Lama kelamaan ayah setuju dengan keputusan yuyu ni. Yuyu yakin, Allah akan sentiasa bantu hambanya yang sentiasa berusaha dijalan yang diredhanya.

Hari berganti hari, waktu terus berlalu, hujung bulan ni genap 10 bulan yuyu tunang. Sekejap rasanya.. Beberapa bulan yang lepas, kedua-dua belah keluarga telah pon berbincang untuk menentukan tarikh keramat untuk kami berdua. Ihiks! Perancangan yang telah dipersetujui adalah bulan 3 tahun depan. Tak lama lepas tu, mak yuyu cakap tak boleh nak buat bulan 3 sebabnya, masa bulan 3 tu berderet sedara yuyu semua nak kahwin jadi, ditukar kepada bulan 2. Huhu makin awal nampaknya yer.. Tapi, masa tu belum tentukan lagi tarikh untuk nikah semua sebab keluarga yuyu dari kakak kawen ayah memang akan carik tarikh yang baik dan sesuai untuk majlis nikah. Sampai lah ke turn yuyu ni.

Oleh disebabkan bercadang untuk nikah awal tahun depan, jadi masa tu calendar hijrah tahun 2013 belum keluar lagi. So, memang kena tunggu diantara bulan 11 atau bulan 12 ni untuk dapatkan calendar hijrah tu. Sobs Sobs!! Dan.. dalam akhir bulan 11 yang lepas baru dapat tahu tarikh yang sesuai untuk nikah nanti.

Inilah kad jemputan untuk majlis yuyu nanti. Insyaallah akan diedarkan dalam masa 2 minggu lagi. J

Yuyu sertakan sekali peta majlis untuk kerumah yuyu. 

Dikesempatan ini, yuyu dan tunang menjemput semua bloggers dan juga readers yang mengenali yuyu untuk hadir ke Majlis Perkahwinan kami.

Insyaallah, yuyu akan bernikah pada hari Jumaat 25 Januari 2013, kemungkinan Majlis Nikah akan berlangsung pada sebelah petang selepas waktu solat zohor bagi memberi ruang untuk kaum adam menunaikan solat jumaat.

Pada hari esok Sabtu 26 Januari 2013 akan berlangsung Majlis Malam Berinai. Majlis ini akan diadakan pada sebelah malam dan mungkin selepas isyak sebab ada marhaban sekali.

Majlis Resepsi pula akan berlangsung pada hari Ahad 27 Januari 2013. Majlis seperti biasa bermula jam 11 pagi hinggalah jam 5 petang. Waktu bersanding yuyu pada jam 2.00 petang. Jadi, pastikan jangan ketinggalan untuk tengok yuyu bersanding.. Huehuehue..

Ketiga-tiga majlis tersebut akan diadakan di Teratak Mahligai yuyu di No 14, Jalan Duku 18, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor. Jadi, kepada orang johor tu, sudi-sudikan lah ye untuk hadir ke majlis yuyu. Yuyu teringin ada blogger yang sudi dating majlis yuyu. Nak sangat jumpa korang depan mata. (^_*)

Hurmmm bulan depan dah nak kawen dah. Bulan depan status dah berubah dah.. Bulan depan dah hidup berdua dah.. Rasa macam tak percaya pulak. Sebelum ni, dok asyik tengok majlis kawen orang lain je. Tengok kad kahwin orang lain je. Sekarang, depan mata tengok kad kahwin sendiri. Dalam hati, betul ke aku nak kahwin bulan depan?? urmmm..

Doakan semua urusan berjalan dengan lancar hendaknya. Amin.. 

Note: boleh add yuyu di fb (Yuliana Wahit) kalau ada yang nak special invite dari yuyu. 


23 ulasan:

maszull berkata...

assalamualaikum yuyu...wah dah semakin dekat hari keramat tu yer...moga akan bahagia sentiasa yer...InshaAllah jika berkesempatan mama akan hadir yer...:)

p/s kena servey ni sbb x tahu lokasinya..

Unknown berkata...

tahniah

#mcm tak percaye bdk kelas dh nak kawen . :)

✿INA AINAA✿ berkata...

tahniah sis yuyu.. wahhh seronoknyaaa bila kawan2 blogger nk kahwin dah.. semoga segalanya berjalan dengan lancar

amirini berkata...

Assalamualaikum...

Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria... Semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke syurga..

Emas Putih berkata...

Tahniah ! hehe

Nick Nashram berkata...

semoga cik yuyu dan bakal suami selamat smpai ke jinjang pelamin..dah pernah lalu da kat taman kota masai tu..huhu..kalo ade masa nanti akan smpai.

Delimasari berkata...

tahniah Yuyu

Unknown berkata...

Assalamualaikum Yuyu..Kalo dh jodoh tak ke mane..tahniah yer..moga berbahagia ke akhir hayat..

Mimie berkata...

nak kawin dah kak yuyu.. semoga semua berjalan lancar dan semoga bahagia hingga akhir hayat :D

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum yuyu, alhamdullilah sampai seru dah korang ye. pasni boleh jadi geng sheila. bini blogger. hahahaha. insyallah kalau ada kesempatan sheila hadirkan diri ke majlis yuyu. nak kena tanya suami dulu :)

*gembira dgr yuyu nak kawin :)

shahsyaz berkata...

tahniah awak, :)

welcome to dunia baru, abg sy pon baru kawen minggu lps, :)

ikaa berkata...

eh2 Yuyu kahwin masa tarikh besday ikaa laa :)

a.khayalan berkata...

Tahniah Sis :)

Salmi berkata...

Wah, dah tak lama lagi majlis akan berlangsung. MOga segalanya dipermudahkan. Tahniah, Yuyu..

TiranaAduka berkata...

salam yuliana
Tahniah darg TA

boni kacak berkata...

27 Januari ye?? InshaaAllah jika tak ada apa aral melintang pukang , saya akan ke sana :)

THE AUTHOR berkata...

Tahniah yek....kalau ada kesempatan saya datang

Unknown berkata...

wahhh tahun depan dah jadi PUAN YUYU ! -.* .. nak pergi !! nak kad kawin dari yuyu ! >.< .. seronok baca kisah cinta yuyu :)

Unknown berkata...

alhamdullilah..tahniah akk..:D semoga bahagia selalu..amin..

ikaa berkata...

tahniahhhh YUYU selamat pengantin baru yee

fandyz berkata...

congratulation.. =)

Misya berkata...

Salam dear.. Ada tag kamu..:) http://www.aimisyahirah.com/2012/12/segment-exchange-link-follow-by-miza.html

sitirohaida berkata...

lor...orang kota masai rupenyer...
dekat2 sy kat jalan bacang...haha..boleh wat gathering blogger pasir gudang nie

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol