Assalamualaikum..
J
Tengok pada tajuk
entry je pon semua dah boleh agak kan apa yang yuyu nak bagitahu ni. Pluss
dengan entry-entry sebelum ni tentang preparation yuyu sebagai bakal-bakal
pengantin.. Ihikss! Alhamdulillah, buat masa ni segala urusan yang penting dah
pon disettlekan. Just tinggal yang kecik-kecik je. Hope hujung bulan ni dapat
settlekan semuanya supaya nanti tak kelam kabut. J
Semalam yuyu baru
settlekan untuk borang nikah. Dapatkan cop kebenaran nikah daripada pendaftar
nikah, cerai dan rujuk. Kalau ditanya, terus terang memang sangat mencabar dan
memerlukan kesabaran dalam menguruskan borang-borang nikah. Tapi, ini juga akan
menjadi pengalaman yang manis sebab berlaku hanya sekali saja seumur hidup.
Alhamdulillah,
permohonan diluluskan dan kami berdua dibenarkan nikah.
Sangat lega bila
urusan penting ni dah settle. Just tinggal nak bagi dokumen ni pada imam/tok
kadi yang akan nikahkan yuyu nanti. Pape pon doakan semuanya berjalan dengan lancar.
J
Nak dipendekkan
cerita, perkenalan antara yuyu dan tunang ialah sewaktu yuyu baru je habis SPM.
Yuyu decide untuk kerja part time before continue study. Yuyu kenal tunang pon
sebab kedai yuyu dan dia bersebelahan. Ermmm yuyu bekerja sebagai salesgirl dan
dia pulak manager kat pasaraya Hwa Thai. Itupun kawan sekerja yuyu yang
kenalkan kitorang berdua. Masing-masing tak berani nak tegur sapa.
Bermulalah sesi
mengenal hati budi masing-masing. Mengenal latar belakang keluarga
masing-masing. Tapi, masa tu tak declaire apa-apa pun sebab status hanya lah
berkawan. Dan betul selepas 4 bulan, yuyu behenti kerja disebabkan menyambung
pelajaran dalam diploma. Masa tu jugak, yuyu dengan tunang lost contact. Lebih
setahun jugak lah tak pernah jumpa dia, tak pernah contact. Tapi, Allah Maha
mengetahui dan Dia telah merancang perjalanan hidup hambanya.. Yuyu dan tunang
berjumpa balik. Masa tu macam percaya tak percaya je. Betul lah kata
orang-orang tua. Kalau dah jodoh takkan kemana. Meski berpisah selama bertahun-tahun
sekalipun tetap jumpa jugak. J Kuasa Allah!!
STEP 1
Pada 12 Februari 2012, Alhamdulillah, diatas
persetujuan kedua-dua pihak keluarga. Kami telah mengikat tali pertunangan
selama setahun setengah. Kalau diikutkan, pihak lelaki hanya nak setahun sahaja.
Tetapi, yuyu dan keluarga mintak setahun setengah disebabkan waktu tu yuyu baru
sahaja habis study. Actually, tunang yuyu tu dah lama lamar yuyu dan ajak untuk
bertunang, tapi yuyu menolak dengan cara baik sebabnya komitmen terhadap
pelajaran. Ayah pon tak bagi, ayah cakap habiskan dulu belajar baru tunang.
Heheh Ok ayah!
Dan syukur
Alhamdulillah, dengan izin Allah!!
STEP 2
Siapa sangka
diusia muda, ketika kawan-kawan masih sambung belajar, mengejar cita-cita ke
menara gading. Yuyu membuat keputusan untuk berkahwin. J Alhamdulillah,
sampai sekarang yuyu tak pernah menyesal dengan keputusan yuyu untuk berkahwin
diusia muda. Walaupun pada awalnya, ayah pernah cakap yang sepatutnya yuyu
masih sambung belajar dan tak perlu untuk berkahwin awal. Tapi, Allah Maha
Mendengar! Lama kelamaan ayah setuju dengan keputusan yuyu ni. Yuyu yakin,
Allah akan sentiasa bantu hambanya yang sentiasa berusaha dijalan yang diredhanya.
Hari berganti
hari, waktu terus berlalu, hujung bulan ni genap 10 bulan yuyu tunang. Sekejap
rasanya.. Beberapa bulan yang lepas, kedua-dua belah keluarga telah pon
berbincang untuk menentukan tarikh keramat untuk kami berdua. Ihiks!
Perancangan yang telah dipersetujui adalah bulan 3 tahun depan. Tak lama lepas
tu, mak yuyu cakap tak boleh nak buat bulan 3 sebabnya, masa bulan 3 tu
berderet sedara yuyu semua nak kahwin jadi, ditukar kepada bulan 2. Huhu makin
awal nampaknya yer.. Tapi, masa tu belum tentukan lagi tarikh untuk nikah semua
sebab keluarga yuyu dari kakak kawen ayah memang akan carik tarikh yang baik
dan sesuai untuk majlis nikah. Sampai lah ke turn yuyu ni.
Oleh disebabkan
bercadang untuk nikah awal tahun depan, jadi masa tu calendar hijrah tahun 2013
belum keluar lagi. So, memang kena tunggu diantara bulan 11 atau bulan 12 ni
untuk dapatkan calendar hijrah tu. Sobs Sobs!! Dan.. dalam akhir bulan 11 yang
lepas baru dapat tahu tarikh yang sesuai untuk nikah nanti.
Inilah kad
jemputan untuk majlis yuyu nanti. Insyaallah akan diedarkan dalam masa 2 minggu
lagi. J
Yuyu sertakan
sekali peta majlis untuk kerumah yuyu.
Dikesempatan ini,
yuyu dan tunang menjemput semua bloggers dan juga readers yang mengenali yuyu
untuk hadir ke Majlis Perkahwinan kami.
Insyaallah, yuyu
akan bernikah pada hari Jumaat 25
Januari 2013, kemungkinan Majlis Nikah akan berlangsung pada sebelah petang
selepas waktu solat zohor bagi memberi ruang untuk kaum adam menunaikan solat
jumaat.
Pada hari esok Sabtu 26 Januari 2013 akan berlangsung
Majlis Malam Berinai. Majlis ini akan diadakan pada sebelah malam dan mungkin
selepas isyak sebab ada marhaban sekali.
Majlis
Resepsi pula akan berlangsung pada hari Ahad 27 Januari 2013. Majlis seperti biasa bermula jam 11 pagi
hinggalah jam 5 petang. Waktu bersanding yuyu pada jam 2.00 petang. Jadi,
pastikan jangan ketinggalan untuk tengok yuyu bersanding.. Huehuehue..
Ketiga-tiga
majlis tersebut akan diadakan di Teratak Mahligai yuyu di No 14, Jalan Duku 18, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor.
Jadi, kepada orang johor tu, sudi-sudikan lah ye untuk hadir ke majlis yuyu.
Yuyu teringin ada blogger yang sudi dating majlis yuyu. Nak sangat jumpa korang
depan mata. (^_*)
Hurmmm bulan
depan dah nak kawen dah. Bulan depan status dah berubah dah.. Bulan depan dah
hidup berdua dah.. Rasa macam tak percaya pulak. Sebelum ni, dok asyik tengok
majlis kawen orang lain je. Tengok kad kahwin orang lain je. Sekarang, depan
mata tengok kad kahwin sendiri. Dalam hati, betul ke aku nak kahwin bulan
depan?? urmmm..
Doakan semua
urusan berjalan dengan lancar hendaknya. Amin..
Note: boleh add yuyu di fb (Yuliana Wahit) kalau ada yang nak special invite dari yuyu.
23 ulasan:
assalamualaikum yuyu...wah dah semakin dekat hari keramat tu yer...moga akan bahagia sentiasa yer...InshaAllah jika berkesempatan mama akan hadir yer...:)
p/s kena servey ni sbb x tahu lokasinya..
tahniah
#mcm tak percaye bdk kelas dh nak kawen . :)
tahniah sis yuyu.. wahhh seronoknyaaa bila kawan2 blogger nk kahwin dah.. semoga segalanya berjalan dengan lancar
Assalamualaikum...
Semoga anda berada dalam keadaan yang sihat dan ceria... Semoga perhubungan ini berkekalan hingga ke syurga..
Tahniah ! hehe
semoga cik yuyu dan bakal suami selamat smpai ke jinjang pelamin..dah pernah lalu da kat taman kota masai tu..huhu..kalo ade masa nanti akan smpai.
tahniah Yuyu
Assalamualaikum Yuyu..Kalo dh jodoh tak ke mane..tahniah yer..moga berbahagia ke akhir hayat..
nak kawin dah kak yuyu.. semoga semua berjalan lancar dan semoga bahagia hingga akhir hayat :D
Assalamualaikum yuyu, alhamdullilah sampai seru dah korang ye. pasni boleh jadi geng sheila. bini blogger. hahahaha. insyallah kalau ada kesempatan sheila hadirkan diri ke majlis yuyu. nak kena tanya suami dulu :)
*gembira dgr yuyu nak kawin :)
tahniah awak, :)
welcome to dunia baru, abg sy pon baru kawen minggu lps, :)
eh2 Yuyu kahwin masa tarikh besday ikaa laa :)
Tahniah Sis :)
Wah, dah tak lama lagi majlis akan berlangsung. MOga segalanya dipermudahkan. Tahniah, Yuyu..
salam yuliana
Tahniah darg TA
27 Januari ye?? InshaaAllah jika tak ada apa aral melintang pukang , saya akan ke sana :)
Tahniah yek....kalau ada kesempatan saya datang
wahhh tahun depan dah jadi PUAN YUYU ! -.* .. nak pergi !! nak kad kawin dari yuyu ! >.< .. seronok baca kisah cinta yuyu :)
alhamdullilah..tahniah akk..:D semoga bahagia selalu..amin..
tahniahhhh YUYU selamat pengantin baru yee
congratulation.. =)
Salam dear.. Ada tag kamu..:) http://www.aimisyahirah.com/2012/12/segment-exchange-link-follow-by-miza.html
lor...orang kota masai rupenyer...
dekat2 sy kat jalan bacang...haha..boleh wat gathering blogger pasir gudang nie
Catat Ulasan