Tutorial Fabric HandBouquet Versi Yuyu

Assalamualaikum W.B.T


Kali ni aku berbesar hati sangat nak share dengan semua my readers tutorial fabric hand bouquet. Dalam entry aku yang lepas, aku ada sharing tutorial untuk buat felt hand bouquet. boleh tengok kat SINI. Yang ni jenis fabric punya pulak. Buatnya tak susah mana pon yang penting korang kena istiqamah dan sabar. Yaa.. Sabar itu separuh daripada Iman.. So, janganlah bosan baca entry yang sangat panjang ni okey.





Let's do it!!

 ..........................................................................................................................

1) Potong kain kepada 3 jenis yang berbeza size. Ikut korang lah nak size besar mana. Kalau nk bunga tu besar potong size besar. Aku ni pon potong ikut sesedap rasa je. Tak ikut ukuran sangat pon.


Sorry tak dapat bagi actual size sebab tak de pembaris kat rumah. So tak boleh nak ukur. 




2) Lipat dua, kemudian jahit jelujur halus dibahagian hujung kain.




3) Ulang step yang sama juga untuk yang lain. Dan hasilnya akan seperti dibawah.





4) Kemudian, terbalikkan kain tadi dan lipa dua sehingga menjadi seperti gambar dibawah. Untuk mendapatkah hasil kelopak bunga yang cantik dan kemas, aku syorkan kan gosok sedikit dibahagian hujung kain. Lihat contoh dibawah.





5) Dah?? Ok. then korang jahit jelujur kasar pulak untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik. Jahit sekeliling kain. Ulang step yang sama untuk balance 2 kain lagi tu.





6) Kemudian, tarik perlahan-lahan benang dan matikan jahitan dengan kemas. Part yang ni haruslah berhati-hati ya, jangan sampai benang putus. 





7) Okey, sekarang kita dah ada 3 size bunga yang berlainan. Apa yang kita perlukan sekarang ada dawai dan juga butang ya.





8) Ambil dawai, masukkan butang dan bengkokkan sedikit dawai . 





8) Masukkan layer pertama iaitu bunga size yang paling kecik, diikuti dengan yang sederhana dan akhir sekali yang besar.




9) Bengkokkan sedikit dawai supaya bunga kita tak jatuh. So, nampak cun-cun je bunga tuh nanti.






10) Taraaaaa!!! Dapat dah satu kuntum bunga yang cantik, cun dan comel!!.  Ulang step yang sama dan buat lagi banyak-banyak...








.................................................................................................................




Ni lah hasilnya setelah dicantumkan semunya menjadi sebuah hand bouquet. Hehe.. Senang kan?? Rasanya cukup jelas dan mudah tutorial ni. jangan risau, tak complicated mana pon buatnya. Yang penting buat dengan seikhlas hati dan di topping dengan kasih sayang confirm hasilnya sangat cantik. Tak faham?? pm fb yuyu ok...


Happy Trying!!!



12 ulasan:

Puan Wawa berkata...

Wahh, pandainya yuyu.. simple, tapi kalau wawa buat sure herok petok ni.. hihi

Dunia Zumal berkata...

Kreatifnya... cantik sangat ^-^

Cikna berkata...

Tangkai/batang guna ape ye.... Nikah guna Baju sndri makanya t'paksalah buat bunga tgn sndri....

aRz MoHa berkata...

Kreatif diy ya

sya mimie berkata...

Dulu kt umh mak jait tu pkai mesin je. Sng. Laju sikit buatnya.. Heee

Syah berkata...

cantik..... :D


Assalamualaikum,,,hai2

saya menjual iphone,samsung,oppo,phone case,powerbank dan etc.
Jemput singgah blog saya
http://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/

dan ig @nurnasuha96_
whatsapp : +60196117811

Belang Tarung berkata...

teringat zaman kemahiran hidup

fifie feyca berkata...

Cantik!!

Zara Nabilah berkata...

Cantik nye !! シ

ruslanafiq berkata...

nampak senang.. nak membuatnya heee

Cik D Momy ZAs berkata...

Salam ziarah...
Blog walking here :)
Nak buat jugak nanti mcm ni utk adik ipaq (takde adik fomfuan huhu)
Tutorial dah lama simpan...
Masa nak buat nan hado hehe
Jemput jenguk blog saya :)

kak gojes berkata...

cantik comel dan mmg kreatif

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol