Memaparkan catatan dengan label hand bouquet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hand bouquet. Papar semua catatan

Tutorial Fabric HandBouquet Versi Yuyu

Assalamualaikum W.B.T


Kali ni aku berbesar hati sangat nak share dengan semua my readers tutorial fabric hand bouquet. Dalam entry aku yang lepas, aku ada sharing tutorial untuk buat felt hand bouquet. boleh tengok kat SINI. Yang ni jenis fabric punya pulak. Buatnya tak susah mana pon yang penting korang kena istiqamah dan sabar. Yaa.. Sabar itu separuh daripada Iman.. So, janganlah bosan baca entry yang sangat panjang ni okey.





Let's do it!!

 ..........................................................................................................................

1) Potong kain kepada 3 jenis yang berbeza size. Ikut korang lah nak size besar mana. Kalau nk bunga tu besar potong size besar. Aku ni pon potong ikut sesedap rasa je. Tak ikut ukuran sangat pon.


Sorry tak dapat bagi actual size sebab tak de pembaris kat rumah. So tak boleh nak ukur. 




2) Lipat dua, kemudian jahit jelujur halus dibahagian hujung kain.




3) Ulang step yang sama juga untuk yang lain. Dan hasilnya akan seperti dibawah.





4) Kemudian, terbalikkan kain tadi dan lipa dua sehingga menjadi seperti gambar dibawah. Untuk mendapatkah hasil kelopak bunga yang cantik dan kemas, aku syorkan kan gosok sedikit dibahagian hujung kain. Lihat contoh dibawah.





5) Dah?? Ok. then korang jahit jelujur kasar pulak untuk dapatkan kelopak bunga yang cantik. Jahit sekeliling kain. Ulang step yang sama untuk balance 2 kain lagi tu.





6) Kemudian, tarik perlahan-lahan benang dan matikan jahitan dengan kemas. Part yang ni haruslah berhati-hati ya, jangan sampai benang putus. 





7) Okey, sekarang kita dah ada 3 size bunga yang berlainan. Apa yang kita perlukan sekarang ada dawai dan juga butang ya.





8) Ambil dawai, masukkan butang dan bengkokkan sedikit dawai . 





8) Masukkan layer pertama iaitu bunga size yang paling kecik, diikuti dengan yang sederhana dan akhir sekali yang besar.




9) Bengkokkan sedikit dawai supaya bunga kita tak jatuh. So, nampak cun-cun je bunga tuh nanti.






10) Taraaaaa!!! Dapat dah satu kuntum bunga yang cantik, cun dan comel!!.  Ulang step yang sama dan buat lagi banyak-banyak...








.................................................................................................................




Ni lah hasilnya setelah dicantumkan semunya menjadi sebuah hand bouquet. Hehe.. Senang kan?? Rasanya cukup jelas dan mudah tutorial ni. jangan risau, tak complicated mana pon buatnya. Yang penting buat dengan seikhlas hati dan di topping dengan kasih sayang confirm hasilnya sangat cantik. Tak faham?? pm fb yuyu ok...


Happy Trying!!!



Hand Bouquet Myla Syamilah

Assalamualaikum.. 

Seperti biasa, aku akan tunggu mood aku dalam keadaan baik dan cun-cun je baru aku pam entry baru. Tu pon entry yang biasa-biasa sahaja. tak de yang menarik sangat pon. Blogger suam-suam kuku jer. Tapi insyaallah aku akan cuba sekerap yang mungkin untuk pam entry banyak-banyak sebabnya dah jadi suri rumah sepenuh masa katakan. Alhamdulillah.

Sharing to all. Hand Bouquet yang special aku buat untuk my senior aka my roomate jugak masa aku kt kolej dulu. See, konon dah tak ambik tempahan HB tapi asyik dok mengupdate je. Thank you lah sebab sudi jauh-jauh datang dari kluang ke JB semata-mata nak ambik HB tu. Padahal boleh post laju je kalau nak. Katanya nak hand bouquet macam masa aku kawen dulu. Okeyh kak, no problem. Senang je tuh.

So, rambang-rambangkan lah mata anda ya..




Cantikkan???
I is memang suka combination colour ni. Lagi-lagi kalau PINK. I is suka so much!!

Ok lah babay!! See u next soon.


Hand Bouquet Rafidah Lasuri

Assalamualaikum.. :)

Fabric Hand Bouquet
Theme: Turqoise (Reception)


Felt Hand Bouquet
Theme: Blue & Pink (Solemnization)


Congrates dear.. Selamat Pengantin Baru!!

p/s: tempahan HB ditutup!! TQ for customer yang dah booking.. Insyaallah akan dibuka semula pada tahun 2013!!

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol