Assalamualaikum :)
Lama yuyu tak update entry baru kan? kalau update pon entry entah apa-apa je yang yuyu tulis. :P mesti ramai yang rindu kat yuyu?? (werkkss) sebenarnya, mesti ramai yang boring buka blog ni balek-balek entry yang sama je.. (masalahnya ada ke org bukak blog ni??) hopely adalah.. :) haaa dalam entry ni yuyu nak cerita kenapa dan mengapa yuyu sekarang ni jarang sangat update blog. ehem ehem.. Sedia?? Panjang tau nak tulis nih.. Tarik nafas pajang-panjang dan ambil kedudukan yang selesa..
Terus terang, bulan november 2012 ni adalah bulan yang sungguh pack, padat, dan dugaan untuk yuyu. Beberapa minggu lepas, dugaan untuk yuyu dan tunang.. Motor tunang yuyu kena curi. Entah macam mana yuyu pon tak tau.. Report dah buat dah.. Harapan untuk motor tu jumpa balek memang ada walaupun tahu yang motor tu tak kan jumpa. Walaupun agak stress kat situ tapi, yuyu anggap ni dugaan kecil untuk yuyu dan tunang. Tak pe. :)
Minggu lepas pulak, yuyu diberhentikan kerja oleh bos. Terkejut?? dah tentulah sebab yuyu tak ada buat salah apa-apa pun kat company tuh. Tiba-tiba dapat mesej dari bos yang dia nak tutup company, then last day yuyu ialah 30 November ni.. Sedih.. sangatlah sedih.. Yuyu tanya dengan bos kenapa nak tutup company. Dia cakap nak maintain untuk company dia yang dekat Skudai tu. dan juga untuk save cost. Hurmm.. yuyu akui memang tak ramai client yang datang kat office yuyu kerja ni sebabnya dia baru open for new branch. Staff pon cuma yuyu seorang sahaja. Tapi yang membuatkan yuyu semakin geram ialah.. hari jumaat lepas yuyu mintak kerja half day.. masuk office after lunch sebab ada urusan sikit. then, bila masuk office yuyu tengok sume barang2 kat office dah tak de dah.. komputer, perabot sume dah tak de.. Ya Allah, masa tuh air mata terus mengalir.. sampai hati bos buat yuyu macam ni.. apa salah yuyu dah buat pada dia. kalau ye pon tak suka yuyu bagitaulah.. ni tak.. dah la last day yuyu 30 haribulan.. ada lagi seminggu nak keje.. tapi, apa yuyu nak buat dalam office yang dah x de barang dan perabot?? yuyu terus mesej boss mintak balik rumah sebab dah tak de apa yang nak dibuat dan yuyu tanya yang yuyu keje atau tak next week sebab barang sume dah tak de.. Boss cuma cakap, kunci office letak atas meja, jangan kunci office, nanti gaji yuyu dia masukkan dalam account dan next week dah tak payah datang kerja.. last he say is Good Luck!!. Astaghfirullahalazim.. Masa tuh, yuyu rasa menyesal sangat-sangat kerja dengan dia.. Memang menyesal.. Yuyu menangis kuat-kuat.. rasa macam nak saman je company dia.. tapi, ;epas nangis tuh, baru yuyu boleh fikir dengan waras.. Allah nak uji yuyu.. Setiap apa yang Allah uji mesti ada hikmah.. Yuyu yakin itu. Jadi, yuyu think positif saja yang yuyu memang tak de rezeki.. :) Allah dah tentukan..
Ok dah.. Cerita sedih dah tamat dah.. so, proceed to happy news pulak. Hehehe.. Semua dah tahu kot yang yuyu ni bride to be.. Insyaallah.. :) Jadi, tentulah yuyu dah start prepare prosedur-prosedur untuk berkahwin nanti.. So, entry ni pon khas untuk bakal-bakal pengantin diluar sana tuh k.. kot-kot boleh share kat korang sikit-sikit.. :)
KURSUS PERKAHWINAN
Alhamdulillah, yuyu telah pon menghadiri kursus perkahwinan ni pada bulan Jun 2012 yang lalu. Yuyu memang niat nak pergi kursus kahwin ni awal-awal sebab tak nak nanti bila nak kahwin baru terhegeh-hegeh nak pergi. Apa yang boleh kita buat sekarang, better buat dulu.. Tak kelam kabut. :) Tempat kursus pon yuyu tak amek jauh-jauh.. yuyu amek kat Hotel Selesa Pasir Gudang je. dekat dengan rumah.. Sangat selesa you allss.. Class gituh.. Layanan memang macam VIP.. dan makanan dia.. perhh memang terbaik dan high class. Kursus ni berlangsung selama 2 hari dari Sabtu sampai ke Ahad. Ceramah dia pon not bad lah.. Seronok!! Puas hati dan sangat berbaloi bayar RM120 tuh.. Hehee... Tapi, yuyu tak pergi dengan tunang sebab tunang dah pergi dulu dengan kawan-kawan dia.. hurmm. tak rasa seronok nye kan.. So, yuyu ajak lah saudara yuyu tok join sama-sama dengan yuyu sekali.. :) Yang penting settle!!
HIV TEST
Proceed kepada perkara seterusnya iaitu HIV Test. HIV Test ni adalah perkara penting dan wajib dilakukan oleh bakal-bakal pengantin diluar sana.. Selagi tak jalani ujian JIV.. Selagi tu tak boleh kahwin..Understood.. Hehee.. :P Masa beli borang nikah tu nanti, dia akan bagi borang untuk jalani ujian HIV tu.. So, korang boleh lah pergi mana-mana klinik kesihatan yang berkenaan.. Opss, klinik kerajaan sahaja.. swasta tidak dibenarkan.. Yuyu baru lepas buat ujian HIV tadi. Kat belakang surat HIV tu ada tulis senarai klinik kesihatan yang boleh buat HIV nih. dan Klinik Kesihatan di Pasir Gudang pada hari Selasa. Pagi-pagi lagi yuyu dah bangun untuk settle kan ujian HIV ni. Memang tak sarapan tak apa.. Terus pergi. Sampai sana, nurse tu cakap HIV test petang nanti kol 2.. aduhh..stress nya kena tunggu petang lagi.. Hurmm.. So, yuyu pergi sarapan dulu.. then pergi settle kan kad kahwin. Habis discuss untuk kad kahwin dah jam 12.30 tengah hari.. Rushing pulak pergi klinik balek sebab yuyu risau ramai orang yang nak buat HIV tu. Al-maklumlah, klinik kerajaan kan.. paham-paham lerr.. tak kisah lah sampai awal, yang penting jangan lambat. Sampai je yuyu terus amek nombor, baru tanya kat kaunter tuh apa nk buat utk HIV test. hahhaa.. orang tanya dulu kat kaunter baru amek nombor.. sewel.. Dalam kol 2.15 macam tuh baru nama yuyu dipanggil. kalau korang nak tau yuyu orang pertama yang buat ujian HIV.. semangat betul.. Perasaan?? tentulah takut.. takut dengan jarum.. haissh.. masa nama yuyu dipanggil tuh, ni dialog yuyu dengan nurse tuh:-
Yuyu : Sakit tak?
Nurse : Tak lah, tak sakit pon. Kita cucuk sikit je tau kat hujung jari.
Yuyu : Tangan mana?
Nurse : Mana-mana tangan pon boleh.. kiri ke kanan ke.. boleh..
Yuyu : Ibu jari eh?
Nurse : Tak lah, Jari hantu atau jari manis. (sambil siap2 kan peralatan nak cucuk..)
Yuyu : (tutup muka dengan tapak tangan.. takut punya pasal..) tibe-tiba tuppp!!!
Nurse: OK dah.. tunggu kat luar ye.. Dah siap nanti kita panggil..
Untuk bakal-bakal pengantin, jangan risau dan jangan takut untuk buat ujian HIV ni, tak sakit pon dia cucuk. Sikit je.. Korang akan rasa terkejut je.. Serious tak sakit. Dia cuma amek darah je. Tunggu dalam setengah jam.. Siap lah resultnya.. Sama jugak dengan tunang. Sekejap je. Dan masa yuyu buat HIV ni pon tak yah nak set appoinment bagai.. pergi je terus buat. dan bayar RM1.00 je. senang kan. Bila ingat balik perasaan takut yuyu yang membuak sampai tak lalu nak makan tu membuat kan yuyu nak ketawa.. haaaaiihh.. entah pape je aku nih. Masa nama yuyu dipanggil untuk ambik result HIV, yuyu sempat tanya kat nurse tuh, resultnya apa ek nurse?? Dia cakap, result ok tak de masalah.. Dah boleh kawen... Hehehhee... malu yuyu kat situh, sebab dia cakap kuat ok.. hahhaa.. Pape pon, pengalaman yang menyeronokkan untuk HIV test ni..
Alhamdulillah..!!! Yuyu dan Tunang bebas dari HIV.. so, dah boleh kahwin dah. Hehhehehe.. Process seterusnya, adalah lengkapkan dokumen2 yang diperlukan dalam borang nikah.. :) Still in progress.. Please, doakan yuyu semoga semua urusan dan perancangan ni settle dengan baik dan lancar.. Aminn... Terima kasih sebab sudi baca entry ni sampai habis..
See you next entry.. :)
6 ulasan:
Ya Allah, boleh pula bos sis yuyu buat keputusan last minit camtu.. ena yang baca ni pun terkejut dan sakit hati.. hurmmm.. ena doakan supaya sis dapat kerja yang lebih baik dari itu.. Amin.. ada hikmah tu
Alhamdulillah, senanglah nanti.. tak payah susah2 nak pergi khursus apa semua bila nak dekat hari perkahwinan...
Tahniah kak yuyu ;)
Allah bg kt ujian pasti akan ada hikmahnya nanti..
mana boleh macam tu..sekurang2nya dia kena bagi pampasan sekurang2nya 3 bulan gaji untuk yuyu cari kerja baru.. benda ni boleh report kat pejabat buruh.. yuyu buat je report dekat pejabat buruh.. kalau orang dah buat taik dengan kita, tak payah kita bagi muka lagi...
alhamdulillah... saya doakan urusan perkahwinan yuyu akan dipermudahkan... amin
assalamualaikum yuyu...dugaan utk bakal pengantin kot sabar je kan...InsyaAllah semoga sampai ke jinjang pelamin yer...:)
Assalamualaikum yuyu, kesiannya awak. sampai hati bos awak tu tak kasi short notice kan. sheila harapa yuu bersabar banyak ye :)
*tak sabar le nak tngok yuyu kawin :)
Nak kawen dah ke? Sobs~ Sobs~ baru nak masuk meminang :p
New Entry : [KLIK] Pergi Mekah pada usia muda.
Catat Ulasan