"Kau Yang Satu"

Assalamualaikum.. :)

Kalau kita tengok sekarang banyak dah cerita kat tv, movie kat pawagam semuanya daripada novel kan.. Ombak Rindu, Bicara Hati, Adam & Hawa.. hmmm entah apa lagi yuyu tak ingat.. Banyak sangat-sangat!!! err banyak ke?? :P dan kalau part-part jiwang ni mesti Aaron Aziz yang berlakon kan.. Fuhh!!! memang tip top.. ohhh my handsome Aaron Aziz!!! Lap u larhh.. (lebih ar ko yuyu..)

Aku?? pencinta novel!!! bukan pencinta wanita, pencinta lelaki malahan juga pencinta haiwan.. tapi itu dulu lah.. sekarang dah pencen.. fokus on my blog!! bueerkkk poyos ayat.. Yuyu pernah habis kan masa satu hari hanya dengan membaca novel.. sanggup tak makan, tak minum.. (but solat tetap diutamakan..).. semata-mata nak habiskan novel nih.. pernah jugak baca novel start lepas isyak dan khatam subuh.. mata memang power lah malam tuh.. sebab yuyu jenis orang kalau baca novel tak suka stop-stop.. sebab nanti tak feeling tau cerita dia.. lepas tuh bercampur aduk dengan cerita bab makan.. cerita bab tengok tv.. tak suka.. tak suka.. 

Pembawa wabak novel adalah kakak yuyu.. dia yang menyebarkan virus ni pada yuyu.. dan novel pertamaaaa sekali yuyu baca adalah novel "Kau Yang Satu" - Nia Azalea.. (Alaf 21)


Yuyu bagi 10 bintang pada novel ni dan penulisnya sekali... hehehe.. memang best sangat-sangat novel nih.. rugi kalau korang tak baca.. jalan cerita yang sangat-sangat best dan romantik!! dan secara dalam angan tak sedar menjerumuskan yuyu dalam dunia novel nih.. boleh dikatakan every week yuyu akan beli at least satu novel.. atau pon dua novel.. kalau duit tengah pokai nak beli novel.. pinjam kawan-kawan punya novel yang best-best.. Chooii sampai macam tuh sekali penangannya.. kalau korang nak tau, yuyu adalah pembaca tegar novel from Aisya Sofea, Anis Ayuni dan juga Aleya Aneesa.. my favourite writer.. dan novel-novel yang diorang tulis tak pernah mengecewakan.. 

Rasanya lah kan kalau dikira koleksi novel yang yuyu ada around 50 jugak lah... tapi, sekarang hanya ada berapa ketul je tinggal.. sebab pinjam tak pulang-pulang (buat harta sendiri), kena rampas dengan warden lagi, hilang entah kemana.. so, start dari tuh, slowly yuyu stop dari baca novel nih.. 

Mungkin ada yang tertanya-tanya.. apa yang seronok sangat baca novel nih?? best sangat ke?? jawapannya adalah besssttt sangat-sangat.. sebab apa?? sebab orang yang pernah baca novel je yang tau feeling dia.. kalau yang tak suka membaca tuh, rasanya tak payahlah baca.. hahaha.. gitu plak.. 

Kepada pencinta novel diluar sana tuh.. Kalau ada yang belum baca novel "kau yang satu".. yuyu recommend to read this novel.. Sure tak kan menghampakan u allss.. Hahaha.. Ok bye!!

** pssssttt, jom follow sayeshukepink.com kat NuffnangX, then korang boleh baca entry yuyu dengan jayanya!!!                                                                              


2 ulasan:

✿Lady Ainaa✿ berkata...

sygnyaaaaaaaaa byk dah hilanggg.. kalau tak, boleh dah buat library novel.... memang peminat novel, macam kakak ena.. tp ena tak berapa minat novel melayu tapi ena minat novel english... hehe...

Boo berkata...

Assalamualaikum.. sheila pun peminat novel! kat rumah dah penuh satu almari. hee suami support hobi sheila ni. sebulan sekali mesti beli :)
sheila suka terbitan buku prima. best

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol