Menyamar jadi saudara pengantin..

Assalamualaikum.. (*_^)

Bila ada majlis perkahwinan.. Selalu kita dengar berlakunya kecurian kan?.. Kes kecurian ni sangat kerap berlaku di Malaysia ni.. Duit salam kaut hilang lah.. handphone hilang.. handbag hilang.. macam-macamlah.. dan yang paling kerap sangat berlaku adalah selipar hilang.. Muehehe.. Mula lah menjerit terlolong tanya siapa ada pakai selipar tersalah sambil leher dah mcm zirafah dok tengok-tengok kaki orang lalu lalang. :) Kat rumah yuyu sendiri pon pernah berlaku kecurian waktu berlangsung majlis perkahwinan.. Cuma handphone saja yang pernah hilang, itupon makcik saudara punya.. Entahlah siapa yang curi. Memang tak boleh nak guard semua sudut rumah tu.. Ramai sangat saudara-mara.  Tapi kesian sangat kalau duit hasil salam kaut tu yang dicuri.. Hermm.. memang hancur luluh lah hati keluarga tuh.. 

Kejadian yang sama berlaku di IPOH, dimana ada sekumpulan geng makcik-makcik yang lingkungan umur 40-an menyamar sebagai saudara pengantin supaya dapat masuk ke dalam kediaman pengantin dan mencuri barangan berharga.

Taktik mackciks-makciks ni dapat dikesan lebih kurang seminggu selepas the makciks mencuri barangan berharga di 2 buah kediaman di Batu Kurau dan Manjoi. Kemudian saksi, Salina Shansudin berkata, geng-geng makciks tu mencuri empat handbag kepunyaan keluarga pengantin sewaktu majlis berlangsung. Empat orang makciks tu berpakaian lengkap baju kurungdan menyusup masuk ke dalam rumah pengantin dan memperkenalkan diri mereka adalah saudara pengantin lelaki. 

Kemudian, mereka bersikap pelik dan tidak bercakap serta hanya memerhati sekeliling dengan kecuriagaan. Mereka memilih untuk duduk hampir dengan bilik pengantin. Tak lama selepas itu, dua daripada empat makciks tu dilihat masuk ke bilik pengantin. Mereka mencuri 4 beg tangan yang mengandungi lapan telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas bernilai RM30,000. 

Saksi berkata, kecurian itu disedari semasa pihak bank menghubungi salah seorang mangsa untuk membuat pengesahan pembelian telefon bimbit yang menggunakan kad kredit dan urusan itu tidak berjaya kerana diragui pihak bank. Sekarang, siasatan masih dijalankan.. -maklumat.my-

Eeeee jahat nya makciks-makciks tuh!! siap menyamar bagai.. Dah tua-tua pon masih nak mencuri lagi ke?? tak faham betul.. Hope korang semua be carefull ok about this.. Kalau boleh pastikan dengan betul siapa saudara mara-yang datang sama ada dari pihak lelaki atau pon perempuan.. Supaya perkara ni tak berlaku dalam keluarga kita.. Okey.. Peace!!

Thanks for reading this entry.. 


12 ulasan:

Anisa Anuar berkata...

uihhhh bahaya2...pasni...sape nak datang kena bagi kad la cengini...

Ikmal berkata...

Assalam, dekat kampung aku pun ada uga kejadian macam nie. tapi modus operandinya lain sikit, perempuan nie akan cari macam2 alasan seperti nak solat, nak susukan bayi dan macam2 lagi, selepas tu pencuri nie hilang terus dengan hasil yg berjaya dikaut... entah macam mana dia lepas tak tahulah mungkin ada ilmu kot... cari dekat video yang dirakam pun muka orang nie memang tak nampak... kesian aku tengok makcik tu habis barang dan duit kena kebas... tapi entah beberapa minggu selepas itu pencuri itu akhirnya kena tangkap juga sebab ada orang perangkap dia...

Boo berkata...

Assalamualaikum yuyu..
Ya Allah, ada juga manusia perangai cmni kan.. belum pernah saya dgr geng makcik tua mencuri kat wedding orang. ish ish ishkk. bahaya. nasib baik wedding sheila kat depan dewan apartment. mmg takdalah, org nak naik rumah tumpang toilet ke tumpang tdo ke. heee

Dieba Adieba berkata...

macam takde keje lain je makcik2 ni...

Nick Nashram berkata...

dekat masjid pun ade jugak orang yg sanggup mencuri..bukan setakat tabung masjid selipar pun diorang nak kebas..kalo pakai selipar baru p masjid jawabnye balik kaki ayam je la..sebab tu selipar ade orang kunci mangga jugak..hahaha

boni kacak berkata...

mak aih.. macam ni pun ada.. zaman sekarang ni memang pelik2 je lah.. berani betul makcik2 tu

Miss Sue berkata...

macam2 dunia zaman sekarang ni.. mencuri jalan terbaik agaknya bagi dorang.. -..- dah tua pun akal tak ade..

faridah nazurah berkata...

gilalah makcik2 nih. fuhh..ermm masa akak sy tunang haritu pun ada duit salam yg hilang. tp nsb baik la benda lain xhilang

✿Lady Ainaa✿ berkata...

ya Allah, mcm2 la skrg ni... manusia makin cerdik buat benda yang berdosa.. astagfirullah halazim... kne hati2lah lepas ni.. haishhh

◕ Kawaii D Y S H A ◕ berkata...

masa kawen kita dulu kena curi 1k.. suspek sedara.. moral jgn mudah percaya, always beware

dubuksenja berkata...

nice
ikut awak

Sue Echan berkata...

hummm.. tak faham.. dah tua pun masih buat perangai. yang peliknya ade group pulak tu..tambah memalukan bertudung pula... MasyaAllah...

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol