The Bad Anonymous!!

Asalamualaikum.. :)

Penat bekerja masih terasa lagi.. Sampai je umah.. masuk bilik.. guling-guling atas katil jap sambil gesel2 kaki kt tilam.. mak aihh nikmat dia aku je yang rasa..  hehehe.... Then, sambil baring sambil lah tengok2 blog.. 

Suddenly, ada satu benda yang pada mulanya membuatkan mata aku terbeliak dan sempat cakap dalam hati "what the hell of him??" tapi bertukar menjadi senyuman yang membuatkan aku rasa macam happy plak.. kenapa?? hahahha.. walaupun ini adalah pertama kali kata-kata sebegini aku terima selama aku berblogging nih.. tapi, langsung tak buat aku down.. sebab aku tau kelemahan dan kelebihan aku..

sebab apa aku happy?? sebab kata-kata dia tu dah cukup mencerminkan diri dia tuh siapa.. biarlah yang kat atas uruskan dia.. malas nak cakap orang lebih-lebih sebab aku sedar diri ni pon tak lepas dari melakukan kesilapan.. dan aku yakin.. dengan adanya kata-kata cacian dan makian tuh.. membuatkan aku bertambah semangat dalam berblogging nih.. adatlah menjadi blogger.. ada yang suka.. dan ada yang tak suka.. sebab manusia tak pernah ada sifat puas dalam hidup dia..

aku akan terus kan dengan apa yang aku buat sekarang.. tujuan aku berblogging ni adalah untuk berkongsi dan berkawan.. tak suka?? ikut suka hati kau lah labu.. dialu-alukan untuk mengklik pangkah(X) kat atas tuh.. sebab kami para bloggers tak ingin berkawan dengan orang yang ada sifat busuk hati kat orang lain..got it??

aku tak marah.. aku tak marah.. sebab apa yang kau kata tu akan berbalik pada tuan yang berkata.. so, apa aku nk risau.. sebab bumi ni bulat.. dunia sentiasa berputar... lagipun aku dilahirkan didunia ini adalah untuk beriman dengan Allah, taat pada ibu bapa dan juga menjadi manusia yang memberi manfaat pada orang lain. bukan untuk melayan karenah kau yang tak de hala tuju.. 

Bila-bila masa kita mati.. mati tak menunggu kita untuk bertaubat.. selagi kita membuka mata pada keesokan harinya.. selagi itulah kita kena bersyukur diberi masa untuk bertaubat dan bermuhasabah diri.. jadi, gunakan masa itu dengan sebaik-baiknya.. :)

takyah besar2 lah.. kecik je sudah.. hehe..

Jadilah manusia yang boleh membuat orang tersenyum dan beri manfaat pada orang lain..  Itu lebih baik.. Peace!!!

8 ulasan:

~MiZz Atie ZieYa~ berkata...

hehe..chill sis..mulut org..biasala kan

Nick Nashram berkata...

kalo dilayan anon ni takkan menang..lagi dilayan lagi buat kita sakit hati..memang dah adat blogger kan..ada yg suka, ada yg cemburu dan tak puas hati..bila dah lama jadi blogger, anon ni kira cam jenis spam je..buat tak kisah je la.huhu

faridah nazurah berkata...

sabar je la.. biasalah tu. ada yg suka dgn apa yg kita buat, ada jugak yg xsuka.

✿Lady Ainaa✿ berkata...

ena dahulu pernah jadi macam ni... funny, dia tak tahu byk tntang diri kita tapi dialah yg byk ckp psl kita.. pelik betul org mcm ni,.. huhuhu

Mila Ahmad berkata...

haters make your famous oke !!! huhu...

AmyZana berkata...

kita pun pernah kene gak gini. lagi dilayan, lagi jahanam statement yg dikeluarkannye. boleh jadik gile :S luckily skrg dia dah tak attack lagi sbb kite dah buang shoutbox :/

Boo berkata...

Assalamualaikum yuyu..
ada orang buat !#@$$&^7 ke? bersabarlah ye, kat dunia ni takda orang yang perfect. anggap anonymous ni macam angin je.

*chill yuyu!

۩PinkyLady687۩ berkata...

follow cni..pink blognye..sk pink jgk..

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol