Surat Cinta Saintifik untuk Kekasih!!

Assalamualaikum 
Yuyu nak share satu surat cinta dari kawan yuyu nih.. Penuh dengan saintifik dan bermadah juga.. Dah lama ada kat fb yuyu.. Baru teringat then yuyu share lah kat sini.. Jangan gelak aww.. Ketawa je boleh.. tapi jangan nampak gigi. Muehehehe.. 


Dalam kesuraman ultra lembayung tika tujuh bulan menumpahkan cahaya dibawah kaki langit khirmizi, tiba-tiba aku terkenangkan eurika nostalgia cinta lama yang kita palitkan berdua. Kehadiranmu bersama molekul-molekul hidrogen menerjang segala kekusustan yang membelit tali perutku. dan kehadiranmu itu mengajar aku erti gelora dan shahdu.
Kau juga mngajarku erti cinta, singa laut, beruang kutub, penguin, kambing salji, mee rebus, cendol, koridor, kotak pensil, tali kasut dan pasu bunga. Kala itu, bagaikan Nobita dan Sizuka. Kau dan aku umpama Kurt Cobain dan Rafeah Buang yang tidak dapat dipisahkan. Malangnya percintaan yang mendapat liputan meluas hingga ke planet Ziku itu mengundang perpisahan yang akhirnya telah mengecewakan seluruh penternak lipan di Burma. kau pergi jua ketika Kuala Lumpur sedang bersiap sedia menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998.
Sesungguhnya perpisahan itu berpunca daripada penebangan pokok getah secara besar-besaran di Lembah Klang. Pemergianmu menyebabkan aku menghidap penyakit resdung dan hepatitis-Q secara mengejut. Ketiadaanmu memaksa aku memakai topi keledar setiap masa sebagai langkah keselamatan. Aku seperti tidak percaya dengan apa yang terjadi. Aku bagaikan tergelincir dari orbit bumi dan terpelanting ke ruang angkasa, apabila daya tarikan graviti terhadapku tiada lagi berfungsi setelah aku tersungkur dalam percintaan yang berlarutan hingga ke rubber-set. Seluruh perjalanan hidupku menjadi gelita bagaikan terperangkap di dalam gua yang gelap dan ditemani stlagit dan stlagmit yang bagai sembilu.
Kondominium cinta yang kita bina dari makgat basikal dan kipas helikopter akhirnya musnah setelah kau berpaling tadah. Ternyata sikapmu mulai berubah bila Malaysia mula melancarkan satelit MEASET-1 ke ruang angkasa raya. Sejak itu kau sering melarikan diri bila terserempak dengan abang iparku. Akhirnya aku menyedari diri ini tidak diperlukan lagi.
Sejak kau tiada, aku sering menyendiri berbual-berbual dengan pokok betik untuk mengisi masa lapang. Kadang-kadang aku mengikat botol oren pada tiang rumah agar nampak lebih cantik. Saban hari aku termenung didalam peti sejuk mengenangkan dirimu yang entah hilang kemana. Aku cuba bermain badminton sambil makan mee hailam untuk melupakanmu, tetapi aku tidak berdaya. Lalu aku membakar mesin basuh dan membelasah empat ekor itik serati jiran sebelah sebagai tanda aku tidak bersalah.
Mengapa? Mengapa sayang? Mengapa ini semua bisa terjadi? Setelah kau curi hatiku, kau rompak cintaku lantas kau bunuh cintaku sehingga kau terbunuh dalam kemalangan cinta yang ngeri. Aku bagaikan terhimpit dan dihimpit oleh guni-guni batu yang kau timpakan diatas belakangku. Derita yang kau timpakan itu adalah bebanan yang terlalu berat untukku tanggung bagaikan mendukung 75 ekor biawak dan 386 ekor anak beruk. Dan kini segala harapanku hancur berkecai bagaikan aku terjatuh dari Menara Kuala Lumpur dan dihempap oleh Menara Berkembar Petronas lalu tersangkut di celah landasan LRT dan kemudiannya digilis pula kereta Komuter hingga aku hancur berkecai. Oh! terlalu berat dugaan yang kutempuhi kini.
Kini segalanya telah pun berakhir. Aku sedar siapa aku. Aku hanya insan biasa yang suka makan mee segera. Aku bukan McGyver, McDonald's, Superman atau Kesatria Baja Hitam. Aku juga bukanlah Ultraman seperti yang kau idam-idamkan. Aku menyedari kekurangan diri dan kekurangan kemudahan awam tempat sendiri. Tak perlu dikesali lagi kerana nasi telah menjadi capati dan tin sardin yang ku genggam ini telah luput tarikhnya. Segalanya sungguh mengharukan dan semua hadian pemberianmu termasuk enjin kapal selam telah pun aku cincang untuk dibuat makanan lembu.
Walaupun segalanya telah pun berakhir. Disini, diatas pokok getah ini aku tetap menunggu kau akan kembali. Selagi ada nafas ini, selagi ada kompleks membeli-belah SOGO, selagi ada kedai kasut selipar di sekitar Argentina, selagi kumpulan Metallica tidak berpecah, aku tetap menunggumu sehinggalah mentari terbelah lapan. Namun aku menyedari bahwa penantianku hanyalah sia-sia belaka. Akhirnya aku mengambil keputusan muktamad untuk menunggu tiang elektrik dihadapan rumahku berbuah. Kalau tiang elektrik berbuah nanti, aku poskan buahnya kepadamu. Nak tak???

Haaa.. Style tak surat dia.. ni emsti ada yag ketawa berguling-guling kan.. Muahaha.. kalau ada sesiapa yang  putus cinta atau pun kecewa dengan pasangan masing-masing.. Boleh lah try tulis surat mcm kat atas nih.. Insyaallah dia tak jadi clash!! hahahaa.. 

Entry ni ditulis hanyalah untuk suka-muka.. dan sebenarnya entry ni bukan kawan yuyu tulis.. yuyu dapat dari google dan dah lama bersemak kat fb yuyu.. :)

2 ulasan:

Sue PeLik berkata...

huhuhu surat cinta~ dah lama tak tulis surat cinta

✿Lady Ainaa✿ berkata...

perghhh bhasa, boleh ganti A samad said ni..XD... nak sampai satu makne tu, berjela2.. hahaha... tp ena suka , sbb dapat idea nk bermadah nanti.. teeeettttt

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol