Bohong untuk nampak hebat??

Assalamualaikum (^_^)

Manusia memang tak pernah lari dari dengan namanya berbohong.. kan kan?? Tak kiralah berbohong dari segi yang macam mana.. Banyak yang kita boleh kategorikan dalam berbohong ni.. Walaupun dalam naluri kita kuat untuk berkata "aku tak nak berbohong!!" tetapi, kadang-kadang manusia terpaksa untuk berbohong atas sebab-sebab tertentu?? ya.. aku terpaksa berbohong.. 

Bohong untuk nampak hebat?? untuk apa?? dan kenapa?? Sedangkan agama islam kita sendiri menyuruh supaya kita untuk sentiasa merendah diri dan tidak bermegah-megah.. Yup!! takde siapa yang tahu kenapa sesorang itu berbohong.. melainkan empunya diri.. 

TERDESAK
Manusia ni suka sangat terikut-ikut dengan lifestyle kawan dia.. Sanggup berbohong untuk menampakkan diri tu up level! Biarlah lah kalau kawan kita tu pernah pergi London ke, pergi Australia ke, pergi Paris ke?? Tak perlu untuk kita say the same word! then, bila ditanya lebih teliti tak tahu nak jawab!! friends, are u lie with us?? haishh!! Tak perlu cari jauh-jauh.. Aku sendiri pernah ada kawan macam tuh.. Fine!! Dalam dunia ni kita berkawan dengan ramai orang.. yahh! so many people in the world!!  tetapi, dalam berkawan tak perlu untuk hipokrit right?? tak perlu untuk bohong?? Ok! terdesak.. aku faham.. 

Contoh yang sumber aku ambik sikit dari artikel berita harian.. golongan lelaki adalah paling terdesak dalam berbohong dengan menokok nambah cerita mengenai jumlah pendapatan yang mereka perolehi dan juga berpura-pura mendakwa mereka memandu kereta mahal. Manakala wanita pula gemar berbohong mendakwa mereka mempunyai kerja yang lebih glamour berbanding dengan apa yang sebenarnya mereka lakukan. -Berita Harian-

Betul ke tak, tepuk dada tanya iman.. Aku faham.. Ada sesetengah perkara yang perlu untuk berbohong dan juga sebaliknya.. Tetapi, fikir dengan lebih panjang sebelum berbuat keputusan.. Adakah dengan berbohong ini akan memberi manfaat kepada diri suatu hari kelak?? kalau tidak.. lebih baik jangan. Diri sendiri yang memutuskan.. 

Buatlah sesuatu perkara yang boleh mendatangkan manfaat pada diri dan juga orang lain.. Kita juga tak perlu untuk jadi orang lain demi mendapatkan sesuatu yang manis tetapi hanya sementara padahal kepahitan yang berkekalan disuatu masa kelak..

no edit!! si chubby nak pergi open house!!

Thanks for reading this entry... Sharing is Caring!!


9 ulasan:

Unknown berkata...

saya bawak motor je dan ini adalah jujur.hehe

Unknown berkata...

Btul..sgt setuju dgn entry ni..btw gmbr tu comel sgt...

Unknown berkata...

kenapa perlu bohong .. at last semua terbongkar jugak kan.
itulah manusia , tidak bersyukur dgn apa yg dimiliki sehingga sanggup bohong. miskin cakap kaya.. T___T

Fienazzuki berkata...

haish...
sabo jelah....

Mohamad Fathi berkata...

Tak baik bohong2 nieh... Bohong boleh makan diri ohhh... =)

Pha Is berkata...

pernah kadang2 tu, laju je mulut bercakap, sampai tak sedar diri cakap bohong. berbohong scara spontan. mcm x bleh nk kawal... bila fikirkan balik apa yg dikata, terus terfikir, "eh, knapa tadi aku cakap bohong?"

terok kan?

Nick Nashram berkata...

selalu jugak kena tahan ngan jpj..nak tak nak terpaksa jugak bohong sunat..takpa kot nak elak dari kena saman..heheh

lynenotsocute berkata...

kadangkala tu ter'bohong' sebab nak menyelamatkan diri

Wonderful Life with Mary Kay berkata...

Agree wif this entry. Pelik kenapa mereka suka berbohong

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol