Ciri-ciri orang yang obses dengan blog!

Assalamualaikum.. (*_^) 

Obses?? ye ke?? mana ada!! biasa jer.. mana kau tahu aku obses dengan blogging?? huh!!! chettt tak mengaku tuh.. dengan ini.. jom kita tengok ciri-ciri orang yang obses dengan blog..


1) Bangun je dari tidur, terus capai laptop.. Walaupun dengan mata yang penuh dengan taik dan peta yang dah kering kat keliling mulut tu.. Arhhh takpe.. itu nanti boleh buat.. yang penting log in blog dulu.. 

2) Crazy blogwalking!! sentiasa blogwalking ke blog-blog lain. like, follow, comment dan tinggalkan shoutbox dengan pesanan follow saya balik.. Kalau boleh selagi ada ruang kosong yang boleh tinggalkan comment selagi tulah dia isi.. Motif?? supaya tuan blog tuh tak terlepas pandang untuk follow blog aku balekk.. 

3) Lepas update dan ping entry, setiap lima minit akan refresh blog tengok berapa ramai yang tengah baca entry.. Refresh jugak kat comment waiting moderation.. Ada tak yang komen entry aku.. bila ada yang komen.. senyum sampai ketelinga. kalau boleh nak melompat tinggi-tinggi.. sebab traffik naik.. LOL!!

4) Sentiasa mencari idea dan topik untuk diupdate dalam blog.. Google search, yahoo search cari sumber maklumat yang boleh diupdate!! 

5) Pegi jejalan.. kamera sentiasa kat tangan.. Ambil gambar sebanyak yang mungkin untuk dijadikan entry terbaru.. Sampai umah.. cepat-cepat terus update blog!! 

6) Sanggup tahan mata walaupun tahu jam dah menunjukkan pukul 3.00 pagi.. Tapi, masih nak refresh blog sebab risaukan traffic.. Adooayaii.. Traffic tu tak lari kemana lah.. Esok pagi  boleh sambung dengan taik mata tuh sekali.. huehuehue..

7) Join segmen sini sana.. Kadang-kadang tuh penuh blog hanya dengan entry segmen sahaja.. niat dalam hati nak traffic tinggi dan followers yang banyak!! So bored!! balance kan entry korang dengan bersegmen dan juga maklumat.. insyaallah tinggi jugak traffic dan followers korang kalau apa yang korang kongsikan itu bermanfaat.

8) Laptop tak shut down satu malam risau dengan comment dan traffic. kalau on je laptop nanti senang nak tengok2 ada orang comment ke tak..kan kan kan??

9) Waktu makan, duduk depan laptop sambil makan. tangan kanan makan.. tangan kiri pegang mouse.. Mak bising kat sebelah pon tak dipedulikan yang penting blogging dulu!! hahaha parah-parah...

10) Korang pikir lah sendiri yerkk!! Muahahhaa..

betul kan apa yang yuyu tulis tu?? haaa jangan nak menipu ok.. kalau korang cakap tak tu lagi maknanya korang tipu.. ngeh ngeh.. tak kisahlah korang nak obsesi dengan blog atau apa-apa sekalipun. Cuma nak bagitau jaga kesihatan diri dan jangan buat-buat tak dengar bila mak minta tolong pergi pasar.. Semata-semata untuk blog!! No..no..no..no.. Ini bukan ciri-ciri seorang blogger.. ada lagi ke ciri-ciri yang yuyu terlepas pandang?? or ciri yang anda pada korang?? hehehhe komen..komen..

p/s: apa yang yuyu tulis adalah berdasarkan pengalaman yuyu sendiri.. jika ada persamaan diantara hidup dan mati yuyu minta maaf.. :) Peace!!!



8 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum yuyu.
hee itulah juga saya ketika menjadi new blogger pada masa dahulu.
nasib baik sejak kawin, update blog kat ofis sama senggang. kat rumah utk suami je. winkwink :p

Yuliana Wahit berkata...

Boo: mcm tu lah agaknya saya kalau dah kawen kan.. kurang berblogging nnt..

boni kacak berkata...

hahaha. ni da tahap kritikal da ni.hehehehe

5zol berkata...

sstgh tu mmg cari duit ngn blogging.. tpi ramai gak yg suka2 je..

Keri berkata...

fuh ,nasib baik tak pernah jd camtu...

✿INA AINAA✿ berkata...

ena masih tak obses lagi kiranya ni sbb 2 3 hari baru update entry... ngeeeeeeeee.....


btw, can u like my page https://www.facebook.com/ainaaroseberry92

ikaa berkata...

hahahaha...

ikaa bila dh set siap, sehari stu entry..xmao wt byk..nnt abis idea hihi

Mila Ahmad berkata...

pernah jugak melalui zaman tu hehe..tapi lepas kahwin ni dah jarang disebabkan banyak komitmen lain :)

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol