Assalamualaikum.. Selamat hari Sabtu...
hari ni aku pecah rekod sepanjang hidup aku.. aku bangun tidur awal gila seyh.. hahaaa... sambil mata kedip-kedip empatbelasribu kali nak bagi korang percaya kat aku.. aku bangon pukul 7 pagi.... erkk?? tu awal ke?? orang lain bangun time subuh nk sembahyang tak kecoh macam kau pong!! ini hari special lah dik... ssssshhhhhh.. sapa paham ayat aku ni diam2 jerk.. tak paham boleh inbox aku keyh.. hahaaa.... Perkara pertama yang aku terasa masa bangun tidur adalah.. LAPAR!! perh.. sebab tu ke aku bangun awal?? tak seksi betul.. Tanpa tunggu ayam berkokok suruh aku bangun... Aku dah melangkak kaki turun kebawah dengan muka belum basuh.. gigi tak gosok lagi.. a.k.a belum mandi.. eeeeyeeerrkrkk.. selekeh lah kau!! eh, sabar.. belum habis cerita lagi.. aku turun bawah untuk tengok apa yang mak aku dah masak untuk breakfast pagi ni.. bukannya nak melantak.. Tapi.. bila tapak kaki aku jejak lantai dapur yang sangat cantik tu.. Mak aku terus toleh tengok muka aku... macam ade aura je aku ni.. Bukan tu je.. Dia berkerut dahi punya lah berlapik-lapik.. "Aik?? Awal kau bangun dik..?? Mimpi apa ni??" Errrr... Makkk.. kira bagus lah anak dara cantik mak ni bangun awal.. Sekurang-kurangnya adalah buat rekod cantik sikit.. Huh!! sambil memanjang-manjangkan leher nak tengok apa mak aku masak ni.. Waaahhh.. Mak aku buat roti john lah.. Hebat jugak mak aku ni.. Boleh lah bukak bazar ni.. Hohoooiii... "nanti hantar mak pegi masai jap..(errr masai tu nama tempat kat area pasir gudang eh.. orang Jb dia taulah..) "Okeyh!!"
gambar ni baru snap tadi.. i khow i'm chubby.. so, please silence!!
ready to hantar mak aku gi Masai.. aku tak tahu dia nak buat apa kat sana.. sebagai anak mithali hanya menuruti perintah mom besar!! citt.. poyo lah kau yuyu.. dan setibanya di tempat tujuan... rupa-rupanya mak aku nak hantar baju dia untuk jahit tepi.. Aku ingat kan apa benda lah yang dia nak buat..
tengah menunggu mak aku jahit baju dia.. sorry gambar ni tak ok.. sebab hujan lebat.. jadi.. gambar tak clear.. wiper turun naik..turun naik je..
Actually dan sebenarnya.. apa yang aku nak sampaikan adalah aku belajar sesuatu dari gambar ni.. Entah kenapa hati aku terus tersentuh bila aku lihat seorang ibu yang sudah tua... duduk di koridor lima bertempiaskan hujan yang lebat.. mencari sesuap nasi dengan hanya menjahit baju dan seluar yang kita sendiri tidak tahu berapa untungnya dalam satu hari.. menumpang diantara kedai-kedai yang memberi belas kasihan untuk mencari rezeki.. Menebalkan muka dari orang lalu lalang disitu dengan pandangan sinis yang pastinya tak setaraf dengan mereka.. Air mata aku tiba-tiba menitis tanpa aku sedar.. Cepat-cepat aku kesat..
Ya Allah!! Aku masih beruntung kerana dapat pekerjaan yang berbumbung dan berhawa dingin.. Aku tak pasti adakah aku sanggup dan tabah seperti ibu itu demi sesuap nasi.. bermacam-macam soalan dan pertanyaan bermain dalam fikiran aku.. membuatkan aku muhasabah diri semula dengan kehidupan aku..
Tiba-tiba.. aku tersentak dari lamunan sebab macam ada orang ketuk tingkap kereta.. Laaaahhh!! Mak aku rupanya.. Bila masa dia ada kat situ.. Padahal aku nampak tadi dia dengan makcik tu.. Haishhh... Aku terus bukak lock kereta.. hidupkan enjin.. terus beredar dari situ.. Dalam perjalanan pulang ke rumah.. Aku sempat bertanya kat mak aku berapa upah yang dia ambil jahit baju tu.. Mak aku cakap "Tiga ringgit je.." Aku terus terkedu... 3 ringgit?? Aku hanya mampu berdiam diri...
Moral of this story... janganlah malu untuk mencari sesuap nasi hanya kerana pekerjaan kita tukang jahit di kaki lima... kerana ALLAH memberi rezeki setiap manusia itu berlainan caranya.. yang lain korang pikir sendiri.. hahaaa....
Terima kasih sudi baca entry ni... Semoga memberi kita sedikit pengajaran.. (^_^)
Love,
YULIANA WAHIT
5 ulasan:
serius kesian.. kita ni senang senang nak mencari makanan, sampai ada yang sanggup membazir.. masyaAllah.. kesiannya.. semoga Allah permurahkan rezeki makcik tersebut...
kan?? amin.... sedih sangat..
inilah dunia sbnrnya...huhu
lebih baik rezeki yang halal daripada rezeki yang haram... betul tak?? kita kena sentiasa berbangga dengan rezeki halal yang kita perolehi
betul tu.. :)
Catat Ulasan