Assalamualaikum..
Masalah yang sering di hadapi oleh wanita zaman sekarang yang paling banyak adalah masalah keputihan.. Keputihan ni ialah lendir yang keluar dari faraj wanita. keputihan ini jugak terbahagi kepada pelbagai sifat.. Biasanya keputihan ini bewarna jernih atau kelabu keputihan.. dan selalunya kalau keputihan tidak berubah kepada warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.. Tetapi, jika keputihan itu seperti yang disebut tadi. berlendir dan beku seperti susu basi serta berbau hanyir dan kegatalan pada faraj ini menandakan jangkitan.. Jom kita tengok apa yang punca yang menyebabkan keputihan ni..
- Keputihan atau lendir berubah akibat daripada perubahan hormon, mental, jangkitan, ubatan dan juga penyakit dalaman kerana wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon..
- Tambahan lagi, wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya..
- Keadaan yang stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan dan mengakibatkan keputihan yang berlebihan..
- Penyakit dalaman seperti kencing manis, tiroid akan mengakibatkan tidak seimbang hormon dan mudah mendapat penyakit..
- Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj ni adalah jangkitan seksual seperti, Bacterial vaginosis. Candada vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau Herpes.. (ini yuyu search kat google.. tapi lupa nk copy link dia.. Sory...)
- Setiap jangkitan yang diatas ni mempunyai sifat lendiran dan bauan yang berbeza..
Cara rawatan secara Moden:
- kalau seandainya anda aktif dalam hubungan kelamin, jadi, digalakkan untuk menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis
- gunakan alas seluar dalam (panty liner) untuk mengurangkan lendiran dan radang pada kemaluan.
- tetapi, sebaiknya berjumpa dengan doktor untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai masalah ini..
Cara rawatan Tradisional: ada 2 cara..
Cara pertama
- Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan..
- then, rebus pucuk pegaga tadi dengan 2 gelas air bersih
- masukkan sedikit garam ke dalam air rebusan tu
- bila mendidih, biarkan sejuk
- bila dah sejuk, tapis air rebusan tu
- minum air tersebut 2 kali sehari
- amalkan sampai masalah tersebut sembuh
Cara Kedua
- ambil 12 helai daun sireh dan bersihkan
- then, sediakan 1 liter air suam
- ramas semua daun sireh dengan air suam tadi
- tapis air tersebut
- gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda,
- lakukan hingga dapat atasi masalah keputihan..
**harap dapat membantu kaum hawa yang menghadapi masalah tersbut..
Thank you sudi baca.. Ini untuk pengetahuan tau!! I love sharing is caring...
Love,
YULIANA WAHIT
6 ulasan:
good sharing! jazakillah khair... :)
nice sharing nie dear :)
Welcome yunk.. (^_^)
hehehe.. sharing is caring!!
wah.. kenapa lah saya terbaca jugak ye entri ni??hahaha
hahhaa.. tape.. untuk pengetahuan awk.. nnt dah kawen senang.. kih kih.
Catat Ulasan