Be positif thinking..

Assalamualaikum..

Boleh tak yuyu nak meluahkan perasaan dekat sini? haishhh.. tak suka sebenarnya nk post entry luahan hati.. tapi, selagi tak terluah.. selagi itulah rasa terbeban jiwa raga ni.. Entahlah.. aku manusia biasa.. orang lain pon begitu juga.. Sama.. Tiada yang beza dari segi zahir.. Hanya dalaman kita yang membezakan.. (don't think anything eh..) tapi............

Sejak dari terciptanya bumi, malaikat, jin, manusia dan keseluruhan alam semesta ini.. Allah telah memerintahkan hambanya untuk beriman kepada-Nya.. Begitu juga dengan Nabi Muhammad.. Tidak pernah putus asa menyebarkan dakwah agama islam keseluruh dunia..  Menyeru kepada kebaikan.. Alhamdulillah.. Syukur padamu ya Allah.. Aku lahir dari rahim seorang ibu yang beragama islam.. Dan tumbuh menjadi dewasa seperti sekarang ini..

hemmm... rasanya macam terlalu panjang mukaddimah aku tu yerk.. dah cuba aku pendekan.. tapi, tetap berjelar jugak.. maaf ye.. 
Kenapa setiap perbuatan yang baik disisi Allah itu selalu dipandang hina disisi manusia?? Aku sendiri tak habis pikir.. Sampai sekarang masih tiada jawapan.. Aku masih boleh terima jika penolakan itu datangnya dari bukan beragama islam.. tetapi, sayang.. malah sebaliknya.. Aku bukan lah seorang yang tinggi ilmunya.. tetapi, hanya ingin berkongsi.. 

Ada saja yang mempertikaikan sesuatu hal yang mendorong kebaikan.. Kenapa ya? kenapa?? Adakah kita lupa bahawa Allah mencipta manusia itu untuk beribadat dan menuntut ilmu dan menyebarkannya?? Ya.. memang ilmu didada sangatlah cetek.. tapi, tanggungjawab seorang muslim untuk menyebarkan kebaikan walaupun hanya sekadar nasihat.. Terimalah.. terimalah dengan ikhlas kebaikan itu.. Bukan dibalas dengan cacian dan makian.. Itu bukan suruhan Allah..

Please!! think positif... jangan terlalu memandang pada sisi buruknya.. 
Tiada siapa yang sempurna.. Tiada!! 

Hmm.. terluah jugak perasaan yang terbeban dalam hati ni.. Terasa kelegaannya.. Sebenarnya banyak yang nak diluahkan lagi..  Kalau tak faham apa yang yuyu membebel kat atas tuh.. Cuba fahamkan.. Kalau faham.. Alhamdulillah.. Maaf salah dan silap.. :)


5 ulasan:

Fienazzuki berkata...

sabar lah...
mungkin orang itu merasakan dia sempurna...

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum yuyu..
banyakkan bersabar.
mungkin mereka yang memandang perkara buruk belum diperlihatkan perkara yang baik. Kita doakan mereka tersebut tidak terus terjerumus dlm hal sedemikian :)

✿INA AINAA✿ berkata...

dunia dah nk kiamat memang camni sis... antara tnda2 kecil iaitu, org menghalalkan yg haram dan yg halal diharamkan.. Sama juga dlm kes ni, yg baik dilihat buruk dan yg buruk dilihat baik.. masyaALlah, bersabar jelah

Unknown berkata...

bak kata pepatah. rambut sama hitam hati lain2.. manusia ni banyaknya yang akan menentang apapun yang kita lakukan.. yang penting , kita abaikan je segala2 tu dan buat apa yang kita nak buat..

Tanpa Nama berkata...

kebanyakan org mcm tu la...nak ckp sikit asal agama mesti telinga diorang panas. Jika Allah ingin memberi hidayah,maka akan dibukakan pintu hati seseorang itu tanpa sesiapa mampu menyesatkannya. jika telinga,mata dan hati mereka ditutup dari menerima hidayah,maka tak ada satu orang boleh menyedarkannya kecuali dengan izinNya.orang yang selalu panas telinga dengar ceramah agama ni,orang yang sememangnya dikecualikan Allah dari menerima kebaikan

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol