Assalamualaikum.. (^_^)
Sebuah syarikat teknologi iaitu ABRA Corp Sdn Bhd telah melancarkan alat pengesan pergerakan pelajar yang diberi nama SchoolTrac. SchoolTrac ini berbentuk kad yang mengandungi cip dan akan disambungkan ke pusat data sekolah bagi memaklumkan guru dan juga penjaga mengenai status kehadiran pelajar menerusi emel atau sms.
Pengarah Projek ABRA Corp iaitu Mohd Shahril Mahmud (gambar diatas) mengatakan bahawa ibu bapa akan menerima SMS atau pun email daripada data pusat(sekolah) setiap kali pelajar memasuki dan keluar dari sekolah. Ibu bapa hanya perlu membayar yuran bulanan sebanyak RM10 sahaja untuk menggunakan perkhidmatan ini..
SchoolTrac juga mencatat semua maklumat kehadiran setiap pelajar menerusi pancaran sistem pada produk berkenaan. Syarikat ABRA Corp Sdn Bhd sedang berunding dengan Kementerian Pelajaran untuk menggunakan SchoolTrac ini disemua sekolah di seluruh negara.. -BeritaHarian-
Bagus juga kan sistem ni. So, ibubapa sekarang tak perlu lah risau sangat tentang kehadiran anak-anak ke sekolah.. Dengan adanya perkhidmatan sistem ni dapat membantu dan menyelesaikan sedikit kerisauan pada ibubapa sekarang. Kepada para pelajar, ada baiknya kalau korang pakai kad tuh supaya korang tak boleh bohong parents korang..
Agak-agak bila ya sistem SchoolTrac ni di lancarkan kesemua sekolah di Malaysia.. Hehehehe.... Devil face!! Jangan Maraahhh... Peace!
10 ulasan:
kalau dilancarkan kat malaysia, saya bernasib baik. bernasib baik sebab dah habis sekolah.hahahaha
sama lah kita boni.. terselamat sebab dah habis sekolah.. hahaha ketawa jahat!
Nasib dah abih sekolah.. hehe..
huhuhuhu bagus2 boleh membantu aku tak yah susah2 kejar budak lagi huhuhu
bagusnye kalo ade camne..xdela saya terkejar2 nak cari budak yg ponteng da..huhu
wahwahwah mcm sians fiksyen pulok.hehe
slm lebaran,
cik ana
hahaha best ni.. =D
jaga2 ye adik2 klu dilancarkan di Malaysia.. hehehe.
sistem ni bgos..sbb anak2 x leh tipu parents dorg dh..tp bg yg krg mampu,mesti kesiankan nk baya every month rm10?klu anak dorg ada 9 org?rm90/month..mesti dorg x mampu nk bayar..
bestlah cikgu nanti. tak payah tanda kehadiran.. heheh
Catat Ulasan