Fakta Menarik Perkahwinan Ustaz Don & Husna yang patut dicontohi

Assalamualaikum..

Alhamdulillah.. Kita semua tahu yang Ustaz Don & isterinya Husna telah selamat diijabkabulkan.. Ramai blogger-blogger yang post entry berkenaan majlis beliau.. Rasa sejuk je mata yuyu bila tengok betapa sweet nya diorang ni.. :) terasa macam nak kawen jugak.. hahha gatal.. Kat sini yuyu nak share beberapa fakta yang sangat menarik tentang perkahwinan pasangan tersebut. Perkongsian ini di kongsi oleh krew Nadia Zahari Photography & Artmosphere Photography. Let's see...


1. Majlis dibuat secara sederhana tetapi indah. Majlis dimulakan dengan selawat.
2) Husna memakai inai dipergelangan tangan sahaja iaitu bukan ditempat aurat, inai tidak berkekalan dan lukisan berbentuk bunga /tumbuhan tidak berbentuk haiwan atau menyerupai makhluk.
3) Make-up Husna tidak tebal, Ustaz Don berkata dia berkahwin kerana diri Husna sendiri, dia tidahk mahu melihat Husna menjadi orang lain dengan bermakeup tebal atau memakai bulu mata palsu.
4) Tiada inai ditiga jari Ustaz Don kerana inai dilelaki dipakai hanya untuk tujuan berubat sahaja.
5) Selepas ijab qabul nikah, Ustaz Don meminta izin kedua pihak keluarga untuk Husna bersembahyang sunat bersamanya.
6) Sebelum menyarungkan cincin di jari Husna,  Ustaz Don memegang bahagian depan kepala Husna sambil menyebut nama Allah dan mendoakan keberkatan baginya.  
7) Tiada sesi bersanding atau merenjis, pelamin hanya untuk tempat mengambil gambar bersama family dan rakan.
8) Kesemua hantaran dikedua belah pihak berbentuk makanan. Pengantin ingin berkongsi kegembiran dengan seluruh family ketika membuka hantaran. Tujuan ini juga adalah kerana pengantin tidak mahu hantaran al-Quran/kitab diletak sama level dengan hantaran kasut, baju dan lain-lain
Credit : Fb page sjiehan.com

Yuyu macam dapat rasakan kebahagian perkahwinan diorang ni.. Huhuhu.. Harap yuyu dapat create majlis perkahwinan macam ni.. Perkahwinan berlandaskan islam dan juga diredhai Allah.. :) dan juga seorang imam  yang boleh membimbing yuyu menjadi seorang isteri yang solehah.. Amin... 

Hope sharing di atas memberi sedikit panduan untuk kita semua.. Sharing is Caring!!!


4 ulasan:

Hana berkata...

info menarik

Unknown berkata...

bersederhana dalam segala segi... tabik kat ustaz don

Unknown berkata...

wahhh,....sweet je....yang pasal hantaran al-quran yg sma level ngan kasut or apa2 ja...cik siti pernah baca dalam novel brtajuk "awak suka saya tak"....best sgt....=)

Mummy MM berkata...

bestnye kawin ngan ustad tu :)

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol