Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia

Assalamualaikum.. (^_^)

Seperti mana yang kita semua tahu yang Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan telah melancarkan( erkk mcm lancarkan roket nak pergi bulan pulak..) satu kad iaitu Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia kepada semua pelajar-pelajar di institut pengajian tinggi tak kisahlah institut awam atau swasta.. Kad Diskaun Siswa 1 Malaysia ini adalah bertujuan untuk membantu mengurangkan kos sara hidup pelajar-pelajar institut pengajian tinggi..

KADS1M ini diberi secara percuma kepada semua pelajar-pelajar.. Tidak dikenakan bayaran se-sen pon dan kad ini boleh digunakan disemua premis & perniagaan yang berkenaan.. Yang bestnya tak perlu untuk korang buat permohonan nak dapatkan kad ini sebabnya nanti pihak terlibat akan hantar kepada pengurusan institut korang then, diedarkan pada korang semua.. So easy kan..


inilah rupa KADS1M yang akan korang dapat nanti.. (huhu nama siapalah kat kad tu ekk.. femes kau kejap).. Kenapa ada logo Bank Rakyat dekat kad tu?? Sebab Bank Rakyat lah yang menguruskan percetakan kad tersebut.

Untungnya pelajar-pelajar sekrang ni yerkk.. Macam-macam diberi kemudahan.. Rugi pulak habis belajar awal-awal.. (cehh rugi konon.. ko yg mmg dah tak nak belajar..) hehehe... So, harap-harap digunakan dengan sebaiknya lah kemudahan yang telah diberikan oleh kementerian ni ye.. Jangan pulak nanti timbul hal-hal yang tak sedap didengar.. Bersyukurlah.. Allah suka hambanya yang selalu mengucapkan syukur.. :)

Kalau korang semua inginkan keterangan lanjut boleh klik website ini http://www.1pengguna.com. Disitu semua maklumat lengkap.. Boleh rujuk sepuas-puasnya.. Senarai perniagaan yang terlibat juga ada.. Jadi, korang semua nanti tak delah maen terjah semua kedai mintak diskaun siswa 1 Malaysia.. Muehehe.. Tamo..tamo.. 

Terima Kasih Sudi Baca Entry Ini..

6 ulasan:

nursuriani berkata...

saya dah abeh belajarrr laaa adoyaiiii huhuhu

Yen berkata...

dah abis belajar dah.. :(

Unknown berkata...

alhamdulillah , saya maseh belaja :)

Unknown berkata...

bestnya student2 sekarang. macam2 kemudahan yang diorang dapat

Nab tiut berkata...

saya dah isi borang. cuma tak sampai lagi card tuu . weheee <3

Tanpa Nama berkata...

awat la dia tak bg pd orang yang ulat buku juga..huh rugi2 :(

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol