Selamat Hari Kemerdekaan ke-55

Assalamualaikum.. (^_^)

Sebagai mukaddimah untuk entry ini.. yuyu nak laungkan merdeka kuat-kuat boley?? hehehe 
MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!


Huh!! Alhamdulillah.. Allah panjangkan umur kita untuk merasai hari kemerdekaan negara kita yang ke-55 ni.. Dah 55 tahun dah merdeka kan.. Yuyu pon baru terkedek-kedek nak buat entry sempena merdeka ni. Orang lain semua buat entry tepat jam 12 malam tadi.. Muehehee..

Ada yang join perarakan kat dataran merdeka tak?? huhuhu.. mesti best kan.. yuyu just dapat tengok kat tv je.. Kalau boleh nak join jugak.. Nak rasa semangat kemerdekaan tuh. tapi, yuyu ni jauh kat selatan.. cane nak join..

Sebagai anak MALAYSIA , yuyu nak berterima kasih kepada pejuang dan pemimpin negara kita.. Kerana merekalah kita hidup dengan aman hari ini.. Shopping dengan aman tanpa dengar bunyi tembakan dan bom kebabom tuh.. Melantak kuih tart gulung sambil naip entry..(erkk aku lah tuh..) Keluar rumah tengok jiran-jiran main basikal, makcik-makcik sapu sampah, kanak-kanak bermain layang-layang.. Jelas terserlah kebebasan didalam negara kita kan.. (ok, bab keluar rumah memang aku tipu sangat-sangat..)

nampak tak muka merdeka kat atas tuh.. hehehe of course lah!!

Ok, actually yuyu mengambil masa selama 5 jam untuk membuat entry nih.. Entah kenapa pon yuyu tak tahu.. Tengok entry tak de pon sepanjang karangan wajib lebih 350 patah perkataan. Maybe sebab yuyu buat entry sambil tengok tv?? sebab tu meleweh banyak.. hahaha.. ok dah! Disini, yuyu sebagai anak Malaysia sangat berbangga menjadi anak Malaysia!!

I LOVE MALAYSIA!!


1 ulasan:

Fienazzuki berkata...

Ahaks!
Selamat Hari Merdeka!!!

Jom baca cerita Fie
http://fienazzuki.blogspot.com/2012/08/hari-kemerdekaan-saya.html

Copyright 2013 © ♥Yuliana Wahit♥. Designed by Ayu Barbydol